I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Qadha Puasa Dan Fidyah

Salam…

Ustaz Love nak sambung sikit pasal puasa qadha.. pastu nak masuk sket pasal fidyah.. sebab kedua2nya merupakan tajuk yg berkaitan.. Iaitu sebagai akibat daripada perlakuan yg membatalkan puasa.. maka, wajiblah puasa qadha.. ada juga yang wajib qadha dan wajib membayar fidyah.. dan ada juga yang tak perlu qadha, cuma perlu bayar fidyah..

Ustaz Love ingat nak buat macam jadual, bagi mudah sket.. sayangnya, Ustaz Love cuba2 cari fungsi table kat wordpress, tapi tak jumpa plak.. jadi Ustaz Love buat mcm biasa je la..

Bagi yang meninggalkan puasa kerana dirinya sendiri, tak kira la dia makan minum ke, jimak ke, onani ke, menyusukan anak ke, musafir ke, sakit ke.. maka wajiblah beliau qadha puasa sejumlah hari yg ditinggalkan itu.

Bagi kes2 tertentu, ada penambahan padanya.. iaitu kena fidyah sekali.. ini tertentu bagi orang2 yang antaranya telah terlajak sampai bulan Ramadhan tahun depan, tapi masih belum qadha puasa, maka baginya wajib menggantikan puasa dan fidyah.. kalau tak ganti2 puasa (batal puasa 2 hari contohnya) sampai 5 tahun (contohnya), maka beliau perlu ganti puasa 2 hari je.. tetapi fidyahnya kena ganda 5.. iaitu kena bayar 5 cupak makanan asasi (1 cupak = 675g)

Bagi yang menyusukan anak, jika beliau tak larat puasa (sbb ayah dan anak sama2 hisap susu.. kering badan beliau) dan beliau membatalkan puasa sebab tak larat, maka wajib qadha saja hari2 yg ditinggalkan puasa itu. Sebaliknya, jika beliau batalkan puasa sebab takut anak tak dapat minum susu, maka beliau kena qadha puasa dan kena fidyah.. begitu juga keadaannya dengan wanita mengandung.. jika membatalkan puasa disebabkan takut mendatangkan bahaya pada bayi dlm kandungan, maka kena qadha dan fidyah. Ini tertakluk pada isteri saja, bukan suami. Sebab suami tak menyusukan anak, walaupun ada juga suami2 yg gemuk, buah dada mereka seolah2 mcm boleh menyusukan anak.. kihkih

Bagi orang2 yang uzur dan sakit serta tak mampu nak sembuh, juga tak dapat nak berpuasa sampai bila2, maka beliau cuma wajib membayar fidyah bagi hari2 yg ditinggalkan dan tak wajib qadha puasa.

Jadi, bagi sesiapa yg belum ganti puasa tu, qadha la awal2 ni.. sementara masih ada peluang..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

48 Comments

Add a Comment
  1. ‘..kalau tak ganti2 puasa (batal puasa 2 hari contohnya) sampai 5 tahun (contohnya), maka beliau perlu ganti puasa 2 hari je..’
    apa mksd ayt kt atas ni ek klu xganti puasa sampai 5 thn batal puasa 2 hari? mksdnya?

    1. maksudnya, kata la puasa tahun ni dia batal puasa 2 hari, maka sekiranya beliau tak ganti2 puasa tu sampai 5 tahun akan datang sekalipun, tetap kena ganti 2 hari je.. takde gandaan mcm fidyah πŸ˜‰

  2. Assalamualaikum ustaz love. 2x sy bersalin terkena bulan puasa pehuh. tahun 2009 baru ganti 3 hari, tahun ni ada ganti puasa tapi sy perlu ganti yg 2009 dulu @ bersalin 2011??

  3. Maafkan sy ustaz, sy tak jelas kan dgn betul. tahun 2009 sy bersalin anak pertama, tahun 2011 anak ke2. kedua-duanya terlebih hari (overdue) sehingga ke bulan puasa. bermula 1-30 Ramadhan sy tak dpt puasa. Tahun 2010 sy mampu ganti 3 hari saja. Tahun ini sy cuba habiskan yg selebihnya. Untuk pengetahuan ustaz sy juga belum membayar fidyah.

    1. Gantikan puasa tahun 2009 dulu dan bayar fidyah yg tertunggak utk puasa 2009. Lepas raya, ganti puasa 2011 dan byr fidyah.
      WA

      1. sekiranya saya tak sempat bayar puasa habis sebelum tibanya ramadhan ini, boleh ke saya sambung selepas raya nanti utk bayar puasa 2009…

  4. Assalamulaikum ustaz… Nk tnye… Kalu thn lps xganti puasa, then tinggal lg puasa thn ni, mcm mne? Thn lps balance 4 hari, thn ni 6 hari… So kene ganti bganda ke yg thn lps punya?

    1. puasa tak kena ganti secara berganda.. cuma kalau dah masuk Ramadhan yg baru sedangkan puasa yg ditinggalkan pada Ramadhan sebelumnya belum lagi diganti, maka dikenakan fidyah.

  5. Assalamualaikum ustaz, sy ingin bertanya tentang fidyah, jika kita telah terlajak sehingga ramadhan yg berikutnya, serta tidak ingat berapa tahun kita telah terlajak untuk qada puasa, bagaimana kita ingin tentukan fidyah yang perlu dibayar? terima kasih.

  6. saya pernah berjun ub pada siang hari waktu bulan ramadhan. Ini bermakna , jika saya qadha puasa, makna nya puasa saya yang telah batal sudah dibayar.

  7. Assalamualaikum ustaz, saya dah berniat dan berazam untuk mengganti puasa yang telah saya tinggalkan sepanjang 5 tahun ketika zaman remaja saya. Saya sudah buat pengiraan dan berdasarkan pengiraan hari, memang tak sempat dalam masa 1 tahun. Saya memang tak mampu mengqada secara berterusan atas faktor haid, tolak hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dan paling lama saya boleh bertahan berpuasa ialah seminggu kerana risau saya akan jatuh sakit.Saya akan berehat untuk 2 atau 3 hari dan menyambung semula. Apa saya perlu lakukan? Bolehkah saya bayar fidyah dahulu sebelum qada’kan kesemua puasa saya?? Jika saya tidak sempat menqada’kannya, apakah saya perlu bayar fidyah sekali lagi?

    1. boleh lakukan qadha puasa setakat termampu. jangan sampai menjejaskan kesihatan. jelaskan dulu puasa qadha dan selepas itu bayar fidyah puasa yang telah diqadha. bagi jumlah hari puasa yang tak sempat dijelaskan, boleh lakukan selepas hari raya dan tunaikan tambahan fidyahnya.

      WA

  8. salam ustaz sy ada 28 hari lagi nak ganti memang takkan sempat nak ganti smpai ramadan akhir bln 6 2014 ni.ditambah pula haid yang kdang2 cecah 15 hari kemudian 10 hari solat datang balik haid.jadi,bolehkah saya puasa mana yang mampu kemudian selebihnya saya ganti selepas ramadan 2014 ini.dan bayar fidyah.

    1. Maksimum haid adalah 15 hari dan tempoh minimum suci adalah 15 hari (mengikut mazhab Syafie).. jika dalam tempoh suci hanya 10 hari dan datang balik haid pada hari ke 11, maka ia dianggap bukan haid dan wajib solat dan berpuasa..

      Gantilah puasa sekadar termampu dan yang tak sempat tu, gantilah selepas raya dan bayarlah fidyah.

      WA

  9. Salam ustaz, saya nak tanya, selepas kita habis qada puasa tahun2 sebelum ni, adakah kita wajib membayar terus fidyah atau fidyah boleh dibayar pada bila2 masa bergantung kpd kewangan kita?adakah kita wajib bayar fidyah menggunakan wang sendiri atau wang ibu bapa kerana saya masih belajar lagi, terima kasih…

    1. mengikut mazhab syafie, kena bayar fidyah kalau tak menggantikan puasa sehingga sampai bulan Ramadhan berikutnya. Boleh dibayar pada bila2 masa dan menggunakan duit sesiapa saja. WA

  10. Assalamualaikum Ustad,

    Sy nak tanye lah..kalau kita bayar fidyah dulu, then baru ganti puasa boleh ke ustad?

  11. Salam ustaz, saya ingin bertanya, saya memeluk agama islam pada thn 2005 sebelum ramadhan..soalan saya dari thn 2005-2013 puasa tak pernah penuh dan tak ganti sbb saya tak tahu perlu di ganti..baru thn ini saya tahu hukum2 puasa..jadi perlu ke saya ganti dan bayar fidyah?.

  12. Assalamualaikum ustaz,
    Pada tahun 2001, saya tidak dapat berpuasa selama sebulan kerana melakukan pembedahan apendiks yang serius (dibedah ditengah perut). Saya tidak menggantikan puasa pada tahun berikut kerana bimbang menjejaskan kesihatan.

    Pada tahun 2004, saya dimasukkan ke hospital kerana komplikasi di usus(kesan daripada pembedahan yg pertama). Alhamdulillah saya tidak dibedah tetapi menyebabkan saya tidak dapat berpuasa sebulan kerana berlaku pada bulan puasa.

    Pada tahun 2007, saya sekali lagi dimasukkan ke hospital atas sebab yang sama iaitu komplikasi di usus. Kali ini saya telah dibedah semula kerana serius dan juga berlaku di dalam bulan puasa. Alhamdulillah.. Allah masih memberi kesempatan untuk meneruskan hidup.

    Saya tidak berpuasa selepas itu kerana bimbang menjejaskan kesihatan saya. Selepas 7tahun (2007-2014), saya merasakan saya mampu untuk menggantikan puasa tersebut pada tahun ini (2014).
    1) Adakah saya wajib menggantikan puasa selama yang ditinggalkan semasa sakit dahulu?
    2) Adakah fidyah juga dikenakan dan bagaimanakah kiraan fidyah tersebut?

    Mohon penjelasan dan jawapan daripada ustaz.. Terima kasih…

  13. as-salam ustaz, soalan saya hampir sama dengan soalan enie. sekiranya dah habis qadha puasa semua untuk tahun2 yg lalu, tapi tak sempat bayar fidyah sebelum ramadhan seterusnya. adakah fidyahnya ditambah extra satu tahun gandaan atau tidak perlu?

  14. Salam ustaz. Klu sy da bayar fidyah, tapi da nak masuk Ramadan seterusnya. Perlu sy bayar fidyah lg bagi yg x sempat ganti?

    1. Mengikut mazhab Syafie, kena bayar fidyah mengikut bilangan hari yg ditinggalkan jika tak sempat qadha hingga masuk Ramadhan seterusnya.

  15. Ustaz love,sya nk tnya nie……2010 tngal puasa 10 hari Dan sya gnti puasa 3 hri,pstu puasa2011 14 hri sya gnti tpi x igy brpa hri,2012 plt 7 hri,2014 3hri tpi sya dah gnti…..nk Kira nk byr firdiyah dgn rggit blh x ustaz….dan brpa hri klau di cmpur dgn gnda sya kne puasa ganti smua skli dgn gnda puasa….tolong utaz

    1. Saya pun pening nak kira. Saya cadangkan saudari pergi ke pejabat zakat dan buat pengiraan di sana. Mereka ada sistem yang memudahkan proses pengiraan fidyah.

  16. Salam ustaz ,saya ad kemuskilan ..Saya ada 5 hari puasa yang saya tinggalkan pada tahun 2013 ..Jadi tahun ni saya ganti puasa yg tertunggak itu ..Saya sempat ganti puasa sebelum ramadhan tiba tapi fidyah pula saya tak sempat bayar sebelum ramadhan ..Adakah fidyah tersebut perlu digandakan kalau saya bercadang mahu tangguhkan untuk bayar selepas raya ? .

  17. Ustaz, saya ada Satu persoalan yg saya sangat sangat perlukan jawapan. Kalau saya ganti puasa dulu dan bayar fidyah kemudian boleh x ustaz? Saya berumur 18 tahun dan saya ada banyak puasa ganti yg perlu dilunaskan. Saya tak mampu nak membayar fidyah dan saya tak nak meminta duit dari ayah dan Ibu saya kerana saya tak nak membebankan mereka. Kalau saya ganti puasa sekarang dan bayar fidyah apabila saya sudah ada punca pendapatan sendiri,adakah itu boleh ustaz?

  18. salam ustaz..sye x berpuasa sebulan tahun lepas sebab mengandung and melahirkan anak masa pertengahan bulan puasa…so sye kene wajib qada’ dan bayar fidyah sekali ke?

  19. Assalamualaikum… saya nak tanya tentang fidyah. Cth, saya perlu ganti puasa 2015 sbnyk 15 hari. Tp skrg da nak masuk ramadhan 2016 dan saya hanya sempat ganti 10 hari. Jd, sblum ramdhan 2016, perlu tak saya bayar fidyah atau bayar pada tahun dpn bila da habis ganti semuanya? Tq

    1. Bayar lepas dah habis ganti semuanya.. sebab mazhab syafie ada gandaan fidyah.. kalau tertinggal tahun lepas sehari dan tak sempat ganti sampai masuk ramadhan tahun ni, maka kena bayar fidyah secupak makanan asasi. Kalau sampai ke ramadhan tahun depan pun tak sempat juga ganti yang 1 hari tertinggal tahun lepas tu, maka kena bayar fidyah 2 cupak. Puasa tetap kena ganti sehari saja, takde gandaan..

      1. Oh..maksudnya tahun ni tak pyh bayar, pastu tahun yg da hbis ganti semua tu, gandakan fidyah ikut brape thun yg tak sempat?

      2. Ehh silap tulis pulak, maaf. Yg kena ganti tu puasa 2014. Pastu masuk 2015 kena fidyah kan, tp saya tak ganti jugak sampai ke ramadhan 2016. Jd soalan saya, tahun 2015 kena byr tak fidyah atau tahun 2016 nanti da siap ganti puasa semuanya, byr fidyah dua kali gandaan?

  20. Assalam ustaz. Baru2 ni saya bayar fidyah utk kesemua puasa yg sy tinggalkan sejak pertama kali sy baligh. Masalahnya sy tak habis qadha semua puasa tu lagi. Adakah fidyah tu akan berganda dan sy perlu bayar fidyah semula atau hanya sekadar qadha puasa je? Mohon pencerahan. Tq

  21. Assalammualaikum ustaz.. boleh terangkan jangkamasa bayaran fidyah dalam tahun tersebut dan bolehkah kita bagi sekampit beras kepada satu keluarga yang kurang berkemampuan tanpa mengagihkan pada setiap sorang fakir miskin.

  22. Asslm wbt
    Ustaz, sekiranya kita tinggal puasa dan belum ganti contohnya bermula dari
    2012 – 6hari
    2013 – 8hari
    2014 – 5hari
    2015 – 5hari
    2016 – 7hari

    Utk tahun 2012-2015, tahun mana yg perlu digantikan dulu ustaz? Senang utk kiraan byran fidyah nanti
    Terima kasih

  23. Assalamualaikum Ustaz..saya x sempat nk gnti puasa utk thun lps..so tinggl lgi satu hri je..hri sabtu dh start puasa..so kena ganti fidyah kn ustaz..bape kg fidyah yg saya kena bgi…

  24. Assalammualaikum ustaz love,seronok la baca semua entry2 ustaz. Cuma nak tanya kalau saya terlepas ganti puasa 7 hari tahun lepas, pastu dah masuk ramadhan tahun ni. Pastu saya gantikan puasa tahun lepas tu, lepas raya tahun ni. Fidyah tu kalau saya bayar 5 tahun lepas tu takpe ke hahah dan still digandakan ke tak dah? Eh mcm keling pulak ayat harap ustaz faham la dan harap ustaz masih bukak blog ni lagi 😊

  25. assalamualaikum ustaz…saya baligh ketika umur 11…tetapi saya tidak tahu yg sya dah baligh sehingga saya bermumur 13…selain itu saya juga onani di bulan ramadhan….saya langsung tidak tahu bahawa onani tu haram dan membatalkan puasa….adakah puasa saya dari umur 11-13 tidak sah walaupun saya tidak tahu yg saya sudah baligh dan hukum onani?adakah perlu saya qada’semuanya 90 hari puasa dan membayar fidyah?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme