I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Penasihat Agama MB Terengganu Meninggal Dunia Kemalangan

Salam…

Telinga Ustaz Love berjaya menangkap suatu nama yang Ustaz Love rasa macam kenal.. walaupun mata tak terpaku pun kat tv, tapi sebaik nama disebutkan, Ustaz Love lalu cuba mendapatkan kepastian dengan melakukan carian, adakah benar seperti yang didengari. Kadang2 telinga Ustaz Love ni tak berapa nak menangkap sangat.. Orang cakap lain, Ustaz Love dengar lain.. Last2, Ustaz Love salahkan jin la, kononnya ada jin yg singgah kat telinga memesongkan pendengaran, padahal telinga dah nak expired dah.. kihkih..

Memang sah seperti yang Ustaz Love dengar.. Datuk Awang Jabar, seorang alim dan juga ahli politik negeri Terengganu terlibat dalam kemalangan maut tersebut.

Ustaz Love tak nak sentuh persoalan politik (walaupun arwah merupakan seorang ahli politik).. tapi, sepanjang perkenalan Ustaz Love dengan beliau, walaupun tak berapa rapat, tapi Ustaz Love dapat simpulkan bahawa beliau merupakan seorang yang pemurah. Itu je yang Ustaz Love dapat bagitau.

Masa Ustaz Love bertugas di suatu kawasan yg dirahsiakan, beliau rajin solat Jumaat di situ. Walaupun kadang2 Ustaz Love tak nampak beliau (mungkin beliau menyorok di sebalik tiang), tapi Ustaz Love dapat mengesan kehadiran beliau sekiranya kutipan Jumaat pada hari itu ada note RM100 (Ustaz Love selalu melepak lepas Jumaat tolong AJK kira duit kutipan Jumaat). Kisah ni sudah berlalu 10 tahun lepas.. tapi masih segar dalam ingatan Ustaz Love.

Beliau tak seperti ‘orang besar’ lain yang suka sekiranya orang tahu kehadiran beliau.. Kadang2, Ustaz Love nampak beliau pakai jubah berserban, kadang2 pakai baju melayu lengkap bersampin.. tapi, kalau beliau ada, maknanya akan jumpa la note RM100 tu dalam tabung masjid.. Kalau takde note RM100, maknanya, takyah cari la beliau.. memang beliau takde solat kat situ..

Kiranya masa tu, bila orang menderma RM100 tu kira banyak la.. sbb kawasan tu, penduduk sekitar pun bukannya orang2 kaya.. jadi, note RM100 tu memang akan nampak terpampang jelas di kalangan note RM1 dan duit syiling.. hehe..

Berita ini agak mengejutkan Ustaz Love.. walaupun Ustaz Love takde apa2 kaitan pun dengan beliau.. just teringat kemurahan hati beliau saja.. Ustaz Love doakan agar roh beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.. insyaAllah, amin.

Takziah buat keluarga beliau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. Lady ingatkan beliau merupakan org politik yg jenis yg enth hape2.. maka lady endah x endah je lah memandangkan lady ni buta politik..

    Ape2pun.. semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang terpuji.. ameeennn…

    1. setiap orang ada sisi baiknya.. tinggal kita nak tengok yg baik ataupun kita lebih melihat pada sisi negatifnya je 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme