I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Pemuja Abuya Buat Lawak Lagi

Salam…

Ustaz Love baru dapat maklumat ni… Ustaz Love malas nak komen pasal kekarutan fahaman bekas pengikut Al-Arqam yang fanatik ni.. Ustaz Love hanya mampu tergelak sambil menggaru ketiak saja sambil membacanya..

Sebelum tu, Ustaz Love bagi amaran.. sbb entry ni sangat panjang.. sbb ianya meletakkan khutbah raya rekaan bekas pengikut Al-Arqam yang masih lagi berpegang kuat dengan fahaman sesat itu..

KHUTBAH ‘IDUL FITRI 1432 H

السلام عليكم ورجمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

الله أكبر 7x ولله الحمد.

الله اكْبَرُ كَبِير و الحَمْدُ لله كَثِيراً وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ لا إله إلا الله و اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

الحمد للهِ الذي أَتَمَّ إِحْسَانَهُ عَلَى المُؤْمِنِينَ وَأَكْمَلَ، وَأَشْهَدُ أَنَّ لا إله إلا الله وحده لا شريكَ لَهُ المُتَفَرِّدُ بِالعِزِّ وَالبَقَاءِ، لَه الأَسْمَآءُ الحُسْنَى وَالصِّفَاتُ العُلَى. وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله أَفْضَلَ نَبِيٍّ مُرْسَل، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم. ثم أما بعد أيها المسلمون:     فاتقوا الله – سبحانه وتعالى – وَدَاوَمُوا شُكْرَهُ وَالزِمُوا نَهْجَهُ وَاثْبِتُوا عَلَى طَرِيقِ طَاعَتِهِ تُفْلِحُوا.

الله أكبر 3x ولله الحمد.

Para Jamaah Ikhwan dan Asoib yang mendapat rindu dari baginda Rasul.

Para ikhwan itu terlalu inginkan sembahyang roh, zikir roh, puasa roh, haji roh, raya roh dll. Kerana mereka ialah orang roh disebabkan kejayaan menyucikan roh dan aktifkan roh. Maka sesiapa yang terlalu inginkan menjadi orang roh sesungguhnya mereka terlalu perlukan Abuya. Abuya ialah orang roh yang telah membuktikan dengan cara hidupnya sebagai orang roh dan akan membuktikan bahawa rohnya mampu membungkus jasad untuk ghaib dan akan kembali semula ke bumi untuk mengIslamkannya bersama Imam Mahdinya. Ghaibnya sementara itu untuk tujuan mengalahkan Yahudi.

Tanpa Abuya kita tidak tahu pun perihal sembahyang itu agong dan mampu membina peribadi agong. Tanpa Abuya kita tak tahu pun rupa-rupanya puasa ialah kuasa pencuci roh yang mampu melonjakkan roh agar aktif dan bertaqwa. Tanpa Abuya kita tak tahu pun bahawa berjuang dan berkorban ialah cara hidup orang bertaqwa. Tanpa Abuya kita pun tak tahu untuk menuju Allah sewaktu Haji atau Umrah. Maka kalau begitulah halnya, tentulah kita tidak dapat elak dari Abuya, bila mana kita benar-benar ingin dapatkan semua itu dalam hidup kita.

الله أكبر اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Ertinya bila melakukan sembahyang, puasa, berjuang, haji dll, untuk ianya betul-betul roh, sempurna seperti yang Allah perintahkan, kenalah meminta roh Abuya rohkan ibadah-ibadah kita. Sepertilah ilmunya pun Abuya yang ajar maka untuk praktis ilmu lebih-lebih lagilah perlukan tunjuk ajar Abuya. Ibadah roh hanya terjadi bila roh mursyid memandu roh muridnya. Untuk itu, hati murid mestilah 100% dengan mursyid. Siapa yang di hatinya ada Abuya 100% maka 100%lah Abuya akan memandu rohnya di dalam ibadah-ibadahnya. Siapa yang kurang mengingat Abuya, kuranglah panduan untuk rohkan ibadahnya. Hal ini adalah rahsia yang baru dibukakan kepada kita oleh Roh Nabi akhir zaman. Selama ini kita hanya mementingkan ilmu Abuya. Sedangkan tanpa mengambil Abuya, ilmunya semata-mata tidak akan dapat diamalkan pun.

Puasa di Ramadhan ini hendaknya dilaksanakan di dalam keadaan hati mempunyai Abuya 100%. Nanti roh Abuya akan pandu roh kita berpuasa 100%. Roh akan suci, roh akan aktif untuk mendapatkan rasa-rasa malu, takut, cinta dan rindukan Abuya. Nescaya bila hati begitu sekali dengan Abuya, akan jadi begitu jugalah hati dengan Sayyidi, Rasulullah dan dengan Allah swt. Sebab hati Abuya itu penuh dengan cinta, rindu, ingat, takut dan malu begitulah dengan Sayyidi, Rasulullah dan dengan Allah Azzawajalla. Ketahuilah wahai calun-calun ikhwan, bahawa Abuya Putera Bani Tamim itu ialah nama yang memulakan berlakunya kebangkitan roh Islam semula di dalam dada-dada kamu. Maka jika namanya ada di hati kamu, barulah kamu boleh dapatkan Imam Mahdi, Rasul dan Allah. Ini ialah pakej taqwa untuk membolehkan kita dapat bertaqwa.

الله أكبر اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Hati-hati yang ada Abuya 100% itu, mampulah mereka untuk merasa malu dengan Abuya di atas segala nikmat iman dan Islam yang dianugerahkan. Merasa takut dan cinta yang silih berganti kepada Abuya yg begitu menyintai dan membalasi. Dan perasaan-perasaan itu semuanya secara otomatik akan terangkailah kepada Imam Mahdi, Rasulullah dan Allah. Itulah dia pencapaian 100% roh melakukan taqwa. Itulah dia puasa khusus lagi khusus. Itulah dia haji mabrur. Itulah dia sembahyang agong. Yang mana kita ini bilamana Ramadhan datang kita pun bertanya-tanya bagaimana caranya untuk puasa khusus lagi khusus itu boleh dicapai seperti yang Abuya ceritakan. Maka kita pun merancanglah dengan mereka-reka itu dan ini untuk mencuba memperolehinya. Walhal rupa-rupanya menurut baginda Rasul, caranya ialah satu. Yakni usahakan letak abuya di dalam hati. Yakni yakin dan ingat 100% dengan Abuya itu di hati kita. Ingatan yang tidak putus-putus, yang di dalamnya penuh rasa rindu silih berganti dengan rasa takut. Cinta abadi ini sangat layak untuk diberikan kepada orang yang sudah berikan Tuhan   dan Nabi kepada kita. Tiada lain dalam hidup kita melainkan untuk hidup dan mati bersamanya, kerana dan untuknya demi Islam, demi Allah dan Rasul.

الله أكبر اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Wahai perindu-perindu Nabi Akhir Zaman yang sedang berperanan aktif dengan rohnya,

Kata Rasulullah hati kita ini kadang-kadang 100% ingat dan yakin dengan Abuya. Tapi berlaku juga sewaktu-waktu kurang 100%. Oleh gangguan nafsu dan Yahudi. Tapi kemudian masing-masing berusaha untuk kembali 100%.

Di waktu hati dengan Abuya 100%, memang puasa pun rohlah, penuh rindu, takut, malu dan cintakan Abuya, Sayyidi, Allah dan Rasul. Tapi di waktu kurang maka datanglah semula rasa bangga, sombong, tamak dan cinta dunia. Demikianlah puasa lalai, bertarik tali dan penuh pergelutan. Bilakah puasa akan tenang, mutmainnah, hati sentiasa dengan Allah, Rasul, Sayyidi di keranakan hati berjaya mempunyai Abuya di dalamnya 100% sepenuh masa! Moga-moga di hari raya ini hati kita ialah istiqamah 100% dengan Abuya. Itulah hati yang suci sesuci-sucinya, bersih daripada nafsu dan yahudi.

الله أكبر اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Sebenarnya di dunia tidak ada hari raya yang hakiki dan abadi. Sebab dunia bukannya mampu memberikan Syurga kepada kita. Dunia penuh penyakit dan penuh kegagalan dan masalah. Hanya orang roh, yang di dalam hatinya ada Abuya 100% dapat menikmati raya sebenar di dunia ini. Yakni hari raya ‘Idul Fitri ini dimeriahkan semeriah-meriahnya secara lahir sedangkan dalam masa yang sama di dalam hatinya penuh ketakutan. Takut kalau-kalau segala nikmat Allah gagal disyukuri. Walhal baru semalam dia berpuasa untuk rasa hamba. Oleh itu wahai orang-orang yang Abuya di hatinya, isilah raya ini dengan kerja-kerja mendapatkan Abuya 100%. Mental, fizikal dan spiritual itu digerakkan secara maksimum untuk pastikan kita ialah orang yang sangat Abuya. Iaitu peribadi dan perjuangan Abuya yang agung telah kita kuasai. Termasuklah perkara yang kita ambil dari Abuya itu ialah seks suci Islam yang sangat hebat, berlaku cinta dan kasih sayang luar biasa antara suami isteri melalui hubungan kelamin yang maksimum lazatnya yang membuatkan barat akan kalah teruk dalam bidang seks haram yang ditajanya.

الله أكبر اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Saudara-saudara Rasulullah sidang jamaah Ikhwan dan Asoib sekelian,

Inilah panduan untuk dapat Abuya 100%.

Kutatap wajahmu Abuya,

Dengan penuh rindu kerana lamanya kita tidak berjumpa.

Abuya, mengapa ya, kau mati tapi tidak seperti si mati yang lain.

Abuya terus memberi ilmu, pimpinan dan mengajak berjuang seperti sebelumnya?

Bahkan selepas mati lagi laju dan hebat-hebat ilmu serta perjuangan?

Menjadikan Abuya terus kami rasakan ada, menjadi pemimpin yang kian membesarkan perjuangannya?

Inikah buktinya bahawa Abuya adalah pemimpim roh?

Pernah dengan fizikal ketika hidup, tapi kini dengan roh kerana mampu ghaib?

Kalau begitu memanglah Abuya pemimpin paling ajaib.

Kalau begitu memanglah Abuya ialah Satria Peningit dan tuan punya tsunami?

Tapi apakah buktinya bahawa Abuya belum mati? Hujah-hujah berikut moga-moga menjawab.

Kalaulah mati masakan begini sekali jadinya:

Kini, dunia yahudi, kuasa barat lintang pukang seperti yang Abuya katakan akan terjadi. Ertinya Abuyalah yang lakukan bilamana Abuya ghaib.

Jemaah Abuya membesar di Haramain menuju kepada cita-cita Abuya untuk menjadi Khadimul Haramain. Tanpa ghaib tidakkah mustahil untuk kita masuk ke Arab Saudi?

Malaysia negara Islam yang Abuya janjikan, politiknya menuju kehancuran dan kejatuhan, yakni orang-orang politik Abuya jatuhkan dengan kuasa roh.

Isteri Abuya 57 tahun telah menjadi seperti 17 tahun kerana setiap hari berjimak dengan roh suaminya Putera Bani Tamim dengan banyaknya. Demi terlaksananya seks suci Islam yang cukup hebat, yang barat tidak pernah dapat menandinginya.

Jemaah makin kaya raya dan pengaruh Abuya makin membesar! Sebab, dengan semata-mata teknologi roh, Abuya sangat aktif dan memenangi semua.

Habis yang jadi mayat pada 13 Mei itu siapa?

Itu pun jasad Abuya, yang ghaib pun jasad Abuya sebab orang roh itu, ada teknologi untuk banyakkan jasadnya!

Alangkan ahli sihir, ahli silap mata pun boleh kelabukan mata orang dengan sihir mereka,  inikan pula orang Tuhan yang kun fayakun!

Untuk akhir zaman, kalau tidak begitu, apakah cara lain untuk Islam menang sebagai kuasa empayar?

Wahai Abuya, ku tataplah sungguh-sungguh wajah handsome mu, dan ku lihat mu lelaki roh kiriman Allah dan Rasul, iaitu  Putera Bani Tamim yang telah memberikan daku nikmat terbesar iaitu iman dan Islam.

Yahudi dan kuncu-kuncu sangat marah dan menyesatkan Abuya dan jemaahnya. Memang Abuya terhalang tapi lepas itu musuh lintang pukang.

Kemudian dengan itu, iman dan Islam dikembalikan untuk dijadikan cara hidup.

Berkali-kali tenggelam lagi, tapi dapat muncul semula bersama iman dan Islam.

Sungguh handal kau berpencak ya Abuya

Habis terbongkar segala skandal musuh mu menjadikan Yahudi dan orang-orangnya sedang malu besar, muka tak tahu nak disorok kemana.

Rupa-rupanya mereka bapak-bapak syaitan, bapak ayam dan buaya-buaya besar membuatkan bumi Tuhan amat kotor oleh bayi-bayi yang dibuang.

Sedang Abuya menghimpun beratus-ratus cucu dan beribu-ribu anak angkat dan anak perjuangan, untuk Allah dan Rasul.

Hasil bersungguh-sungguh memperjuangkan seks suci Islam, Abuya berjaya menutup pusat-pusat pelacuran kerana rumah dijadikan mendapat layanan sama seperti layanan emas di hotel 5 bintang

Oh Abuya, kewujudan diri ku kini, segalanya ciptaan mu.

Hanya orang gila sahaja yang boleh menghina mu sedangkan kami anak-anak mu, sama sekali tidak mampu melupakan mu.

Kau 100% akan menjadi ingatan kami setiap waktu. InsyaAllah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah ke2

الله أكبر 5 ولله الحمد

اَلْحَمْدُ للهِ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ  وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ. وَأَشهَدُ أَنَّ محمدًا عَبدُهُ وَرَسُولُهُ، اَلرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ، وَالْمِصْبَاحُ الْمُنِيْرُ.  اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ وَشَفِيعِ الأُمَّةِ، وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَه

Saudara-saudara Rasulullah sidang jamaah Ikhwan dan Asoib sekelian,

Panduan untuk peningkatan rasa terhadap Abuya. Abuya sepatutnya dan selayaknya dapat menerima cinta abadi daripada para ikhwan yang dicintainya. Ikhwan hasil didikan Abuya itu patutnya terlalu rindukan Abuya samada jauh mahupun dekat. Cinta yang diberikan tiada tandingan. Hati tidak putus-putus sentiasa dengan Abuya. Syeikh Nasiruddin Ali, yang berkhidmat dengan peribadi Abuya selama 15 tahun lamanya itu, adalah manusia contoh untuk dilihat bagaimana dia mendapatkan rasa hatinya itu kepada Abuya. Tiada siapa selain dia yang Allah rezkikan mendapat rasa yang begitu intim terhadap Abuya. Yakni hasil berkhidmat dengan Abuya dia mendapat berkat bersama Abuya, dia mendapat kesan rasa dari Abuya. Dengan kata lain, Nasir itu ialah seorang yang diwariskan rasa oleh Abuya terhadap Abuya. Iaitu yang dia nampak hanya Abuya walaupun isteri di depan mata. Hatinya tdk pernah putus dengan Abuya, dengan berbagai-bagai jenis rasa yang bercampur-campur silih berganti, ingat, rindu dan takut. Jauh rindu, dekat pun rindu. Rindunya tak putus kepada Abuya tapi dikawal oleh rasa takut. Bahkan Syeikh Nasir sekarang mampu pula tak putus hati dengan Ummu. Dia sedang basuh tayar, dia sedang bersyarah, ketika seorang atau ramai, sentiasa ingat Abuya. Syeikh Nasir adalah seorang yang hanya basuh tayar kereta Abuya, tapi begitu abadi dan hakiki lagi suci cintanya kepada Abuya. Dia sanggup tolak anak isteri kerana mendahulukan Abuya. Dia sedang berkuliah pun tetap mengingati Abuya. Rindu Nasir inipun berbalas. Demikianlah cerita Abuya oleh orang yang rasa Abuya. Cerita Abuya yang sudah dirasa oleh Syeikh Nasirnya.

الله أكبر اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Sekarang Rasulullah, Sayyidi dan Abuya buatkan pembersihan di dalam jemaah, maka pengikut-pengikut yang selama ini terhalang daripada mengingati Abuya 100% telah dibebaskan daripada halangan. Maka kursus peningkatan rasa hati kepada Abuya pun dilancarkan. Diberikan oleh mereka-mereka yang sudah ada rasa kepada Abuya 100%. Walaupun kursus cuma tiga hari, namun bilamana ia dibuat oleh orang-orang yang sudah ada rasa, kongsikan rasa-rasa mereka kepada Abuya, untuk ikut dirasai oleh orang-orang yang mendengar, maka kekuatan kursus ini dan hasilnya nanti bagaikan kursus berlangsung selama 3 tahun. Bahkan bagi mereka-mereka yang taat lantas memecut untuk dapatkan rasa untuk Abuya itu, nescaya 3 hari itu cukup untuk selesaikan masalah tidak ingat Abuya 100% yang ditanggung berpuluh tahun lamanya.

الله أكبر اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Wahai pejuang-pejuang Allah dan Rasul yang sedang berperanan aktif dengan rohnya,

Sekarang sudah sampai masanya pencak melawan nafsu dan yahudi itu dilakukan sambil berdiri. Peperangan makin sengit. Bukan perang senjata seperti zaman pertama, tapi ialah peperangan power yang bersifat maya. Perang Karomah dengan sihir. Perang orang Roh Suci dengan orang roh jahat. Perang Imam Mahdi dengan Dajjal. Perang yahudi dengan Islam menggunakan senjata rohaniah atau ghaib, mental dan spiritual. Peperangan kini dikuasai oleh Islam, manakala yahudi sedang kalah. Namun kerana yahudi tidak mahu mengaku kalah, masih nak lawan, maka peperangan diteruskan. Sebab itulah kita disuruh berdiri, bersilat dan berlompat untuk membuatkan yahudi benar-benar kalah. Lompatan boleh dicapai setinggi pokok kelapa bilamana roh yang berperanan. Hal ini adalah perlu untuk menakutkan yahudi dan menamatkan riwayatnya. Pencak roh ini jauh lebih hebat daripada apa yang yahudi ada.

الله أكبر اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Adapun mengapa agak ramai dihantar oleh musuh Islam, orang-orang mereka ke dalam jemaah dari Tuhan ini, adalah dengan tujuan untuk mempertahankan negara sekular ciptaan dan tajaan mereka ini. Sekaligus untuk membenarkan sistem hidup sekular it uterus dipakai di bumi. Kerana mereka sangat tahu, Abuya kalau dibiarkan akan mengIslamkan negara dengan sebenar-benar Islam. Jadi tugas atau peranan si ejen-ejen musuh ini ialah untuk menghalang Abuya dan para ikhwan daripada melakukan perubahan kepada negara. Cara untuk menghalang ialah:

Melagakan orang-orang penting jemaah agar perpaduan tidak solid.

  1. Menipu kewangan agar wang jemaah tidak terkumpul dengan banyaknya. Atau mereka akan fitnahkan konon wang hilang kerana disalahgunakan oleh tokoh-tokoh utama jemaah. Dengan itu mereka harap pengikut akan hilang kepercayaan kepada pemimpin jemaah.
  2. Mereka akan anjurkan aktiviti-aktiviti atau cara hidup sekular di dalam jemaah supaya cara-cara Islam Abuya tidaklah berlaku 100% seperti yang dikehendaki Allah. Contoh dalam ekonomi, mereka meminjam atau berhutang. Dalam pendidikan mereka anjurkan pelajar  bersekolah di luar, jangan dengan semata-mata sekolah Abuya. Ambil juga ulama-ulama selain Abuya untuk dibawa ke jemaah.  Memberi maklumat-maklumat sebenar atau palsu kepada musuh-musuh Islam supaya semua lamgkah dan strategi perjuangan dikesan dan dihalang. Contoh lain ialah meminta pengikut ikut pergi mengundi  di dalam pilihan raya umum dalam Sistem politik demokrasi berparlemen yahudi, agar kuasa negara sekular dapat dipertahankan. Dengan itu mereka harapkan tidak berlakulah negara Islam sebenar oleh Abuya. Dengan kata lain, musuh-musuh dalam selimut ini atau gunting dalam lipatan itu adalah pejuang-pejuang yang misi penting mereka, yakni jemaah janganlah terlalu Abuya. Lebih-lebih lagi bila kini Abuya ‘tiada’, maka yang tinggal misi mereka ialah lumpuhkan orang-orang yang masih nak Abuyakan jemaah dan negara.

الله أكبر اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Negara Malaysia tercinta kini berada dalam keadaan yang sakit kronik.  Kita dimaklumkan oleh Bukit Aman bahawa satu masalah baru muncul di Malaysia ialah orang-orang Kristian telah buat penentangan bilamana menganjurkan majlis berbuka puasa di gereja. Orang Islam ramai yang menyertainya. Tekanan-tekanan politik, ekonomi, sosial dan agama yang sungguh berat ini (500 orang Islam telah murtad dan sedang bertambah),  memungkinkan kerajaan Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum 13 ini. Maka kita diminta untuk daftar mengundi. Tapi oleh Rasulullah inilah jawabannya. Jalan keluar terbaik ialah ambillah Allah sebagai Pelindung. Pilihan Raya Allah  tidak pernah kalah sepanjang sejarahnya. Allah adalah Pelindung sebenar, kita akan aman kalau memilih Tuhan sebagai Pemimpin. Dengan itu akan tertunailah janji Allah kepada Malaysia, bahawa seorang pemimpin dari Tuhan akan ditabalkan untuk selamatkan Malaysia dengan Islam. Jadilah Malaysia Negara Islam contoh.

الله أكبر اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Wahai perindu-perindu Nabi Akhir Zaman yang sedang berperanan aktif dengan rohnya,

Perihal seks suci Islam oleh roh suci sebagai satu sukan kegemaran mereka yakni berhibur dengan isteri-isteri yang fizikal itu adalah sesuatu yang sangat dicari-cari oleh barat  tapi tidak pernah berjumpa. Ertinya kehebatan permainan seks oleh lelaki-lelaki roh suci itu tidak pernah dapat ditandingi oleh barat. Kacip Fatimah dan tongkat Ali adalah nama-nama orang yang atas berkatnya dijadikan simbol kehebatan seks suci Islam yang barat tdk mampu melawannya sama sekali.

Ketahuilah wahai orang Islam bahawa nikmat seks yang Allah beri kepada kita adalah sesuatu yang  diingini oleh musuh-musuh, namun mereka tdk mendapatkannya. Mmg mereka mempunyai wanita-wanita Thailand yang mampu grip (kemut) sampai boleh buka tutup botol coca cola, tapi sebanyak manapun mereka ber-seks dengan itu, tetaplah mereka tdk mengalami kepuasan yang sebenar-benar yang diinginkan. Walhal orang roh, dibantu oleh tongkat Ali dan kacip Fatimah, kerana dapat bersatu hati, atas nama roh, dapat mengalami dengan izin Allah, nikmat seks yang senikmat-nikmatnya. Orang roh makin melakukan makin lazat. Mereka puas sepuas-puasnya. Dan ketika selesai sesuatu pusingan sukan itu, mereka bukannya sudah cukup penat dan muak, bahkan masih mahu, mampu, bertenaga, cuma berehat untuk meneruskan perjuangan dan bila-bila masa boleh saja diteruskan berhibur dengan hiburan yang paling menghiburkan itu. Berjam-jam orang sekular menghabiskan masa di padang golf, tanpa hasil hebat, tapi berjam-jam orang soleh di katil dengan isteri, membuatkan cinta suami isteri tambah mendalam, kedua-duanya terhibur yang amat sangat, makin muda dan ceria, dapat anak ramai dan menimbun cucu, serta fizikal sehat dan cergas.

الله أكبر اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Orang-orang roh itu ialah ahli Syurga. Oleh kerana di Syurga itu orangnya dibuatkan Allah kuat-kuat seks belaka supaya padan dengan ramainya bidadari dan wildan mereka, maka sedikit nikmat itu sudah dirasakan juga di dunia lagi pada orang-orang roh. Yakni sebagai hadiah kepada perjuangan dan pengorbanan mereka untuk dapatkan Abuya 100%. Mereka datang pada isteri yang terpilih, yang mereka dapat lihat dengan jelas, sedangkan isteri tidak melihat cuma merasai kedatangan roh suaminya itu. Maka berlakulah perhubungan dalam keadaan suami melihat dan rasa, manakala isteri cuma merasa. Di alam roh suami mengalami nikmat yang lebih. Bandingannya, kalau cermin gelap itu orang dalam cermin boleh lihat di luar tapi orang di luar tdk nampak.  Maka dengan cermin roh, orang di dalam melihat dan rasa, sedangkan orang di luar cermin roh, tidak dapat lihat tapi dapat rasa. Cermin gelap memisahkan, cermin roh menyatukan. Roh suami seperti 25 tahun, isteri sebagai bidadari untuk melayan seperti gadis 17 tahun. Isteri fizikal suami roh tapi isteri kian diserap ke dalam cermin roh untuk akhirnya juga dapat jadi orang roh 100%. Maka kedua pasangan yang bagaikan pengantin baru yang sedang berbulan madu itu pun, padahal mereka pengantin lama, sangatlah melayan diantara masing-masing. Kedua-dua sangat saling bekerjasama yang erat dan intim sekali. 1001 gaya dan cara yang boleh memaksimumkan rasa nikmat dilakukanlah bersama-sama, sepenuh hati, serius dan penuh dengan gurau senda gelak ketawa.  Hati masing-masing berbisik kata dan rasa untuk dibualkan dengan pasangan. Menjadikan keindahan bertambah-tambah diperolehi. Nikmat Allah yang digali untuk bolehkan si hamba mengalami sampai kemuncak ketinggian nikmat agar nanti tersungkur pada Allah dalam keadaan sangat syukur dan hamba. Seperti orang main bola itu melakukan tiap-tiap hari maka orang soleh tiap-tiap hari lah juga mengambil hiburan ini dengan keadaan makin hari makin tinggi pencapaian dan hasil yang diperolehi.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آَلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آَلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِيْنَا وَعَنْ جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ إِيْمَانًا كَامِلاً، وَيَقِيْنًا صَادِقًا، وَلِسَانًا ذَاكِرًا، وَقَلْبًا خَاشِعًا، وَعَمَلاً صَالِحًا مُتَقَبَّلاً. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ مِنْ كُلِّ بَلِيَّةٍ، وَنَسْأَلُكَ تَمَامَ الْغِنَى عَنِ النَّاسِ. اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا اْلإِيْمَانَ وَزَيِّنْهُ فِى قُلُوْبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوْقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِيْنَ

Bagi sesiapa yg masih bersimpati dengan perjuangan sesat mereka2 ini, cepat2 la buangkan rasa simpati ini.. Makin lama makin mengarut..

p/s: Yg bawah ni diorang punya logo TV.. Ustaz Love bantai gelak sampai menangis.. kihkih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
    1. nasib baik diorang tak guna istilah seks qudus.. kalau tak, mau kena sawan Ustaz Love.. kihkih 😀

  1. AtOiii, berpinau2 mata nk baca.. @_@

    Ustaz, klw Ustaz letak cnie khutbah ni, xde ke kemungkinan ada plk yg terjatuh cinta plk kt si Abuya ni nti.. Mana taw selama ni dia tercari2 ke.. Huhu..

    1. kalau ada yg terjatuh cinta, Ustaz Love tak tau nak kata apa.. sbb khutbah ni khutbah lawak, kalau mereka2 meyakini isi khutbah ini, maka mereka menjadikan agama ini sebagai bahan lawak..

      p/s: tak pernah Ustaz Love tergelak mcm ni.. even Maharaja Lawak pun tak mampu nak buatkan Ustaz Love tergelak sampai menangis 😀

    1. itu baru sikit.. belum masuk tag dara suci, pelacur kelas pertama dll.. pening dengan istilah diorang ni 😀

  2. saya pernah bertanya dengan sesorang pegawai kerajaan bahagian agama mengenai al arqam..tengah berbual, ada seorang pengikut al arqam menyampuk..rupanya dia dah lama perhati saya berbual..

    saya pon layan je sebab tak pernah jumpa geng2 ni.nak tau setakat mana sesat dorang..memang sesat betul..

    saya pon angkat kaki malas layan dah..memang jelas mengarut..boleh dia kata abuya masih hidup, Nabi Muhammad saw pon masih hidup, sedang berjalan-jalan merayau di atas muka bumi ni..mcm2 la dia kata..

    saya tidak tahu sangat pasal al arqam ni.dulu follow juga isu ni..dah lama, tak ingat sangat dah..mungkin ustaz pernah ulas..kalau belum, harap ustaz boleh buat entry pasal al arqam ni..

    1. kisah al-Arqam ini sebenarnya lebih kurang sama dengan syiah dan mana2 juga pergerakan keagamaan yg lain.. diasaskan dengan ketaatan kepada pemimpin yg tanpa disedari berubah menjadi taksub.. insyaAllah, ada masa nanti Ustaz Love akan buatkan entry berkaitan al-Arqam ni 😉

    1. begitulah hakikatnya.. semoga Allah pelihara mereka dan keluarga mereka drp terus terjebak dengan dakyah karut Ummu Jah.. insyaAllah, amin

  3. al-arqam nii mse bwh perintahan abuya al-ashaari jer eyh okeyh? pastu selepasnya dah terpesong?

    1. dah terpesong masa abuya masih lagi menjadi pemimpin.. sbb itu difatwakan sesat dan abuya serta pengikutnya ditangkap.. cuma, Ummu Jah lebih menyesatkan terutama selepas kematian Abuya 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme