I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Nikmatnya Merdeka

Salam…

Bila terbaca tentang berita kematian seorang jurukamera TV Bernama, Noramfaizul Mohd Nor akibat terkena peluru sesat, Ustaz Love terus teringat kat abang Ustaz Love… jangan terpedaya ye.. Abang Ustaz Love takde kaitan pun dengan misi bantuan ke Somalia tu.. Cuma beliau pernah bertugas sebagai anggota pengaman di Bosnia.. lama dulu.. tahun bila pun tak ingat.. tapi lepas perang Balkan tu la (Serbia vs Bosnia). Ustaz Love sekadar bercerita.. kalau nak cerita pasal pengalaman sendiri, pegang senapang pun Ustaz Love tak pernah.. hehe..

Mungkin misinya agak berbeza.. satu misi bantuan kemanusiaan untuk membantu rakyat Somalia.. sedangkan abang Ustaz Love itu terlibat dalam misi pengaman di bawah PBB.. bukan pergi nak perang, sekadar memantau. Cuma, situasinya lebih kurang sama, iaitu situasi yg penuh kekacauan dan tak aman damai..

Lama gak beliau pergi.. rasanya dalam 6 bulan.. tapi bila dengar pengalaman beliau, memang agak menakutkan.. sebab masa tu, perang baru je tamat.. Walaupun dah tamat, tapi masih ada lagi saki baki tentera yang belum menyerah kalah (menurut beliau la.. Ustaz Love pun ingat2 lupa dah). Jadi, sentiasa ada sniper (penembak curi) yang tugasnya melakukan serangan hendap.. Tak pasti plak masa tu ada ke tak tentera pengaman Malaysia yang terkorban.. tapi situasi kat sana memang cukup berhati2.. silap langkah, nyawa melayang..

Situasi kat Somalia pun lebih kurang sama.. iaitu situasi tak aman tu.. dah la kebuluran, bantuan makanan plak selalu tersekat dek gerila dan puak2 bersenjata yang bertelagah.. sama2 bangsa diorang gak.. akibatnya, rakyat biasa menderita.. makanan takde.. menunggu saat datangnya kematian..

Situasi kat Malaysia memang jauh berbeza.. walaupun masih belum 100% selamat (dengan adanya jenayah sana sini), tapi sekurang2nya kita aman daripada peperangan. Boleh keluar gi kerja.. Malah orang yang miskin pun bleh kenyang dengan mencari sisa makanan (orang Malaysia terutama wanita selalu makan tak habis.. dah la amik nasik separuh, dia makan separuh je daripada nasik yg separuh itu.. nak tunjuk tgh diet kot? hehe). Kalau kat Somalia, memang takde la nak jumpa sisa makanan ni..

Itulah nikmat keamanan.. bila aman, ekonomi pun berkembang.. rakyat hidup dalam keadaan yang baik.. bleh beraya sana sini makan sampai muntah.. lepas muntah, sambung balik makan.. begitulah makmurnya negara kita..

Namun, kita jangan lupakan sejarah.. negara Malaysia (atau lebih tepat lagi Tanah Melayu) pernah dijajah lebih 400 tahun.. sedangkan usia kemerdekaan kita baru 54 tahun.. jadi, muda sangat lagi kalau kita nak lupa diri dengan nikmat kemerdekaan ini.

Semoga Allah memelihara keamanan negara kita ini daripada anasir2 buruk yang boleh menggugat kedamaian hidup, tak kira la anasir peringkat bawahan ke, atasan ke, pertengahan ke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
    1. betul tu.. rezeki kemerdekaan.. tak semua orang dapat merasainya.. ada yg duduk dlm negara merdeka, tapi duduk dalam penjara.. pun kira tak merdeka gak 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme