Taksub Dengan Bola Tak Perlu Sampai Macam Ni!!

Kisah Ramadhan Yang Sungguh Menyayat Hati!!

Kenangan World Cup Yang Tak Mungkin Dilupakan!!

Niat Puasa Sunat Syawal

Salam…

Sebelum ni, Ustaz Love ada bincangkan pasal bab niat puasa Ramadhan.. masa bulan Ramadhan dulu la.. sekarang ni puasa bulan Syawal (puasa 6), jadi dah tentu tak sama puasa Ramadhan dengan puasa Syawal. Puasa Ramadhan itu puasa fardhu (wajib) sedangkan puasa 6 di bulan Syawal adalah puasa sunat. Sekalipun puasa Syawal itu sunat, tetapi ianya masih lagi tertakluk pada rukun puasa iaitu niat dan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara2 yg membatalkan puasa, bermula daripada terbit fajar (Subuh) sampai la terbenam matahari (Maghrib).

Rukun yg lain lebih kurang sama je.. masa puasa fardhu Ramadhan, takleh berjimak.. puasa sunat Syawal pun takleh berjimak gak.. kalau jimak masa puasa, batal puasa tu.. bezanya, kalau jimak masa puasa sunat, tak kena kifarah. Tapi, batal tetap batal.

Bezanya yg ketara adalah pada niat..

Jika masa puasa fardhu Ramadhan, niat puasa perlu dilakukan sebelum masuk Subuh, niat puasa sunat pula boleh dilambatkan selepas waktu Subuh sampai la waktu Zohor.. dengan syarat, selepas masuk Subuh, kita tak melakukan apa2 yg boleh membatalkan puasa.. spt dah sarapan pagi ke, jimak sebelum pergi kerja ke dsb.

Kalau kita bangun, lepas tu solat Subuh.. lepas tu gi kerja.. lepas tu teringat la nak puasa sunat, maka boleh berniat puasa dan meneruskan menahan diri itu sampai la masuk Maghrib..

Kalau puasa fardhu Ramadhan, kita tak bleh suka-suki je batalkan puasa.. kecuali kalau ada keuzuran yg dibenarkan syarak.. tapi, kalau puasa sunat, kita bleh je suka suki batalkan puasa.. tapi kalau dah batal puasa, takde la pahala puasa tu.. sbb puasa ni takde puasa sekerat ke, 4 kerat ke.. dan pahala pun takde sekerat2..

Malah, ada keadaan2 tertentu, lebih afdhal kita berbuka puasa.. contohnya kalau kita menerima tetamu ke, atau kita gi beraya ke.. takkan kita nak bagitau tetamu kita puasa, tak lalu plak tetamu nak makan sbb kita dok tengok je beliau makan sambil menelan2 air liur. Kalau kita gi beraya plak, biasanya tuan rumah akan sediakan minuman ke, makanan ke.. takkan kita nak tengok je.. sebab tu, kalau nak beraya, lebih baik call dulu.. bagitau yg kita cuma datang nak beraya.. takyah sediakan makanan sbb kita puasa.. kalau mcm tu ok la..

Macam biasa, niat itu adalah lintasan hati.. maka, terlintas dalam hati kita yang kita berpuasa sunat (dengan syarat waktunya sebelum Zohor), maka dikira kita sedang berpuasa sunat.

p/s: Dah berapa hari dah puasa 6 Syawal? Ustaz Love belum mula lagi.. hehe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Comments

Add a Comment
    1. takde masalah, sbb ada pendapat yg membolehkan.. cuma yg lebih afdhal, buat yg wajib dulu, kemudian baru yg sunat ;)

  1. banyak perkara yang dibincangkan berkenaan puasa sunat, tapi malangnya tiada siapa yang memberi niat puasa itu sendiri, tambahan pula dalam niat bahasa Arab. Mohon bantuan mendapatkannya disini.

    1. seperti yg Ustaz Love jelaskan dalam entry ni dan entry2 terdahulu, niat itu merupakan lintasan hati.. dan bukannya bacaan di mulut.. jadi, Ustaz Love lebih tekankan tentang niat di hati.. iaitu lintasan hati yg berkata “aku nak puasa sunat kerana Allah Taala” (atau apa yg semaksud dengannya) dan bukannya lafaz sebutan arab “nawaitu souma ghadin..”.. kerana lafaz niat di mulut tidak dikira sebagai niat, selagi tiada lintasan di hati.. ;)

  2. Assalamu’alaikum. Saya ingin bayar puasa. Tapi, apabila saya bangun untuk solat subuh, baru saya teringat bahawa saya terlupa untuk niat. Boleh kah saya teruskan puasa?

    1. Waalaikumussalam..

      Waalaikumussalam..

      Puasa Qadha kena berniat sebelum Subuh (sama macam puasa Ramadhan).. Jika tak berniat, maka tak sah puasanya dan tak perlu teruskan puasa.

    1. Boleh..dgn syarat niat puasa ganti dulu.. Lepas tu baru niat puasa sunat. Tetapi yg sebaiknya diasingkan puasa wajib dan sunat.

  3. Assalamualaikum ustaz.
    Boleh ke klu sy nk puasa sunat dahulu sblm puasa ganti?
    Sbb saya terlupe nk niat sblm subuh utk puasa ganti. Sy niat slps subuh utk puasa sunat shj.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site