Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Niat Puasa Qadha / Ganti

Salam…

Ustaz Love percaya yang ramai dah balik dari kampung ke rumah masing2.. Cuma mungkin ada yang terus masuk kerja hari ni, mungkin ada yang sambung cuti lagi dsb. Waktu2 macam ni, biasanya orang sibuk buat perancangan untuk mengadakan rumah terbuka.. Maksud rumah terbuka adalah jemputan makan2 sempena meraikan hari raya.. bukanlah maksudnya membiarkan rumah terbuka luas2.. kang lain plak yang masuk dalam rumah tu..

Waktu2 ini juga, ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan puasa sunat Syawal iaitu puasa 6.. Ada juga yang nak ganti puasa, takut kalau biar lama2 nanti terlupa plak. Jadi, pada kesempatan ni, Ustaz Love nak cerita sikit pasal puasa ganti.

Puasa ganti ini hukumnya adalah wajib.. Puasa ganti wajib dilakukan sekiranya seseorang itu membatalkan puasa Ramadhan, sama ada dengan sengaja, ataupun tak sengaja. Namun, ada beberapa keadaan yang tak mewajibkan untuk qadha puasa spt orang yg baru masuk Islam, maka tak wajib mengganti puasa yg ditinggalkan semasa beliau masih kafir.. begitu juga seorang yang baru akil baligh, maka tak wajib mengganti puasa yg ditinggalkan masa belum baligh dsb.

Waktu berniat puasa ganti ini adalah sama dengan waktu puasa Ramadhan iaitu pada waktu malam dan berakhir ketika masuk Subuh. Kalau berniat selepas Subuh, maka tak sah puasa ganti itu. Keadaannya sama mcm puasa Ramadhan.. cuma bezanya, kalau berjimak waktu puasa ganti tu, takde la kena kifarah.. berbeza dengan bulan Ramadhan.

Niat puasa ganti ini, seperti biasa adalah lintasan hati nak berpuasa qadha esok hari kerana Allah Taala.. Maka termasuk kat situ sunat bersahur.. semua lebih kurang mcm puasa Ramadhan.. bezanya cuma pada niat.

InsyaAllah, nanti Ustaz Love sambung lagi pasal isu2 berkaitan puasa qadha ni..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

106 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum ustaz…puasa bulan Ramadhan lalu sy ada tinggal puasa lebih kurang 7 hri..biasalah…’durian runtuh’..hehe.masalah skrg….sy masih ada beberapa puasa lg yg tk ganti pada tahun Ramadhan lalu…cm ne sy nk wat 2..niatnya cm ne?sbb sy nk ganti puasa utk tahun ni dan tahun lalu punya….rasa berdosa bru skrg nk ganti,sy baru tau bahawa kena ganti rupanya.

    1. Waalaikumussalam…

      Ganti puasa macam biasa.. kalau Ramadhan lepas tak puasa 7 hari, Ramadhan tahun sebelumnya juga tak puasa 7 hari, maka ganti puasa sebanyak 14 hari.. niat yg sama saja (niat puasa qadha).. cuma, yg tertinggal puasa 7 hari Ramadhan tahun sebelumnya itu, kena bayar fidyah (sbb dah masuk Ramadhan selepasnya).. iaitu 1 hari 1 cupak, bermakna kena bayar fidyah 7 cupak.

  2. Assalamualaikum ustaz,

    sy dh berniat puasa ganti dgn niat..’esok nk puasa la’

    tp pastu sy niat, aku puasa jika suami beri keizinan..

    lps subuh, sy tny suami, suami kata ok..

    apa hukum nye ustaz? sah xpuasa sy kerana perngesahan niat tu selepas subuh?

    1. Waalaikumussalam..

      Puasa ganti adalah puasa wajib.. tidak memerlukan keizinan suami untuk melakukannya.. namun niat yg tergantung itu belum dikira niat.. pada pandangan Ustaz Love, niat tu tak dikira dan puasa itu tak sah.. kena ulang balik puasa ganti tersebut (tanpa apa2 ta’liq iaitu pergantungan niat atas kebenaran suami dsb) ;)

  3. assalamualaikum ustaz, apakah hukum kalau saya hanya terlintas dalam hati, “esok nak puasa ganti lah” tanpa menyebut kerana Allah di belakangnya. Adakah puasa itu sah?

    1. waalaikumussalam..

      tak perlu sebut nama Allah pun takpe.. sbb memang dah sedia maklum yg puasa itu adalah semata2 kerana Allah.. insyaAllah sah puasanya ;)

  4. Assalamualaikum ustaz…
    aper hukum nyer seseorang itu berniat puasa ganti tp sampai pertengahan jalan dier membukanya tanpa sebarang sebab……

    1. Waalaikumussalam..

      Membatalkan puasa ganti dengan sengaja, sama seperti membatalkan puasa fardhu pada bulan puasa.. hukumnya haram..

      1. as-salam ustaz, saya de niat puasa ganti pada malam hari, tp bila bangun pagi, saya tidak pasti saya sudah niat ganti atau tidak atau saya hanya niat puasa sahaja… adakah sah puasa itu?

        1. assalam mimi..

          dalam kaedah usul mengatakan “keyakinan itu tidak dapat dihilangkan oleh syak”.. jadi, saudari teruskan saja puasa atas keyakinan sudah berniat qadha pada malam hari itu.. insyaAllah, sah puasanya ;)

      2. maksudnya berdosa ke kalau kita dah niat ganti puasa tapi membuatnya setengah jalan tanpa sebarang sebab munasabah…

        1. hukumnya haram dan berdosa.. sbb ia puasa qadha yg wajib.. kalau puasa sunat, takde masalah..

  5. salam ustaz….

    saya dah berniat nak ganti puasa pd keesokkn hari, dan dah niat dr malam hari lg… tp keesokkn hari tu ditempat keja saya kena ketuai latihan sukan murid2 prasekolah saya.. jd sbb takut nanti keletihan, saya x jd nak puasa ganti pd hari tu… sy cuba tanya kpd kwn2 sy ada yg kata kena ganda kan puasa tu sbb niat ganti.. yg sy takutkn skrg sy dgr kwn sy ckap hukum nya haram… jd sy nak minta ustaz tlg jelaskan apa yg perlu sy lakukan….?

    1. Niat itu bukan permulaan puasa.. puasa bermula bila kita dah niat, kemudian kita menahan diri daripada makan dan minum dan perbuatan yg membatalkan puasa.. ketika itu barulah tidak boleh menghentikan puasa qadha tanpa alasan yg dibenarkan syarak. Kalau belum lagi menahan diri (baru niat, lepas tu tak jadi), maka itu tak dikira membatalkan puasa.. cuma tak jadi nak puasa je.

      Sekalipun kita dah puasa qadha, kemudian kita membatalkannya disebabkan terlalu letih, maka tak kena ganda puasa itu.. sbb tiada qadha atas qadha.. qadha itu adalah menggantikan ibadah fardhu yang kita tak dapat lakukan pada masanya.. sedangkan puasa qadha itu sendiri boleh saja dilakukan bila2 masa.

      WA

      1. Assalamualaikum Ustaz, saya juga agak keliru mengenai apabila telah berniat di malam hari menggantikan/qada’ puasa keesokan hari. Tetapi keesokan pagi, disebabkan terlajak tidur, saya tersedar dan azan subuh sedang berkumandang. Saya pun, alah dah azan tak sempat nak sahur, cuma minum air kosong sahaja.
        Selepas azan, saya cakap dengan diri saya semula, tak jadi nak puasa lah hari ni. Kemudian saya mula pening, boleh ke dah niat qada puasa, tapi tak jadi puasa nih…. sedangkan sebelum ini, saya juga cuma mendengar kata-kata kawan, berdosa kalau dah niat puasa qada’ tapi tak berpuasa. Ustaz, boleh bantu saya rungkaikan kekeliruan saya ni…. Terima kasih

        1. Waalaikumussalam..

          Kalau minum air semasa azan, maka puasa itu tak sah.. kalau sebelum azan, maka sah puasanya.

          Bila kita dah mula berpuasa qadha, maka tidak boleh membatalkannya sesuka hati (kecuali ada sebab2 yg dibenarkan syarak). Jika kita dah berniat puasa, tapi esoknya kita tak puasa, takde masalah.. sebaliknya bila kita dah mula berpuasa (mula menahan diri drp makan dan minum dan perbuatan2 yg membatalkan puasa), maka tidak boleh berbuka.. contohnya kita dah mula puasa dari Subuh.. sampai pukul 12 tghari, kita saja2 buka puasa.. itu yg tak boleh..

          WA

          1. kalau ada niat nak buka tapi membatalkan niat tu dan terus berpuasa. Sah ke puasanya?

  6. assalamualaikum ustadz
    kata ustadz jika puasa tahun sbelum nya belum d bayar harus fidyah dan ganti puasa juga
    tapii jika puasa sbelum – sbelum nya atau tahun 2009 belum d bayar dan nak d bayar tahun ini.. apakah fidyah nya dua kali atau cam mana tu ustadz?
    tolong jawab ya ustadz
    trimakasih

    1. waalaikumussalam…

      dalam mazhab Syafie, jika kita tidak mengganti puasa tahun sebelumnya sehingga masuk bulan Ramadhan yg baru, maka kita kena bayar fidyah.. dan fidyah itu akan berganda ikut tahun kita tinggal puasa itu.

      cthnya kadar fidyah adalah 1 cupak makanan asasi (spt beras) kadarnya sekitar 675 gram atau bersamaan RM1.80 (di Kuala Lumpur, Malaysia), dan tertinggal puasa yg tidak diganti sebanyak 1 hari pada tahun 2009, maka masuk puasa tahun 2010 kena bayar RM1.80. kalau sampai puasa 2012 beliau tidak qadha puasanya yg pada tahun 2009 itu, maka kena ganda 3x fidyah iaitu RM1.80×3 = RM5.40

      WA

  7. assalamualaikum ustaz…saya ingin ganti puasa wajib..dah niat smlmnya..tp x sure lg nk puasa..bgn subuh esoknya bru cnfirm nak puasa…adakah niat puasa saya sah dan boleh untuk saya meneruskan puasa saya..?

    1. waalaikumussalam..

      niat puasa itu kena bulat.. tak boleh separuh2 (rasa nak puasa, tapi rasa mcm tak nak) atau digantungkan (taklik) dgn perkara lain (cthnya kalau esok aku tak demam, aku nak puasa).. niat sebegitu tak diterima..

      WA

  8. Salam ustaz…baru2 ni sy telah qada puasa ramadhan lepas..tp sy jugak berniat puasa sunat pd hari yg sme…maslhnya sy bru tahu xboleh kalau mgabungkan kedua2 niat puasa tersebut…persoalannya bagaimana dengan puasa sya yg telah sy lakukan..adakah terbatal puasa qada sy itu dan sya perlu mengqada puasa sekali lagi?
    inin recently posted..Kelebihan Puasa Bulan RejabMy Profile

  9. salam ustaz..sy nk tnye klu ibu yg dlm berpantang x dpt puasa, wajib ganti kan puasa yg ditinggalkn tu?

  10. Assalamualaikum ustaz saya nak buat puasa ganti tetapi saya terlupa nak niat dan bangun sahur tu pun tak sengaja.. dan di sebab kan itu saya melakukan puasa ganti saya selang seli hari nie puasa and esok tidak lusa pula puasa lagi.. tapi sebenarnya bukan niat nak berpuasa seperti itu.. adakah itu tidak menjadi masalah.?? dan juga niat puasa ganti yang sebenarnya macam mna.?? saya selalunya “sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana hendak membuat puasa ganti keran Allah Taala” adakah itu sudah memadai atau pun ada lagi lain.??
    ekin recently posted..Nasi Kuning~~My Profile

  11. ASSALAMUALAIKOM USTAZ….. saya ingin bertanya…sekiranya kita nk puasa gnti pada esok hari tpi kita cuma niat :bsok aku nk puasa” ….tpi kita x sebut “qada’… adakh sah puasa gnti tersebut??? sekiranya tdk sah….adakah kita perlu mnggntikn kmbli puase trsebut???… soaln ke-2…kwn saye ade ckp..klaw kite sdng mlakukn puase gnti ..nmun kita buka puasa di pertnghn jln…kita harus mengqadakn semula puase tersebut dan dgandakn kpd 2…. adakah benar??? … SEKIAN…BNTUAN DRI USTAZ AMAT DHARGAI… ^_^

    1. waalaikumussalam..

      niat puasa tu tak dah sbb kita tak menentukan ia puasa wajib (qadha) atau puasa sunat.. kena puasa balik.

      kita hanya diwajibkan untuk qadha puasa bulan Ramadhan yang tertinggal, dan bukannya qadha puasa qadha.. sbb tiada qadha atas qadha.. jadi, tak betul cakap kawan tu..

  12. Salam Ustaz, sy hamba Allah yang berdosa, terlalu banyak puasa telah saya tinggal, entah berapa hari setiap tahun, dan tak hirau pun pasal nak ganti…astaghfirullahal azim….baru2 ni alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya, dia telah memberi petunjuk dan membuka hati saya, persoalan skrg, saya terasa amat berat dengan dosa sendiri semasa meninggalkan puasa di tahun2 sudah. Jika puasa2 itu boleh (sekiranya) diqadhakan lagi, saya sanggup berpuasa setiap hari walau untuk setahun sekalipun, asalkan dapat menggantikan puasa itu. Sebab sy pernah membaca dari satu sumber bahawa puasa yg ditinggalkan tahun lepas mesti digantikan sebelum masuk ramadhan tahun baru. Apa pendapat ustaz?

    1. Salam..

      alhamdulillah.. syukur pada Allah kerana telah memberikan petunjuk kepada kita semua.. memang puasa yang ditinggalkan itu wajib diganti.. gantilah puasa sebelum masuk Ramadhan yg berikutnya.. sekalipun dah masuk Ramadhan yg baru, kewajipan untuk menggantikan puasa yg tertinggal itu tetap tidak terhapus bahkan kena tambah dengan membayar fidyah.

      WA

  13. Assalammualikum ustaz… nak tanya, adakah 1 cupak bersamaan 1 hari puasa? sbb sy blm menganti puasa or membyr fidiah dr thn 2003 hingga 2011.Pada 2003 dan 2008 saya tidak puasa kerana melahirkan anak, yang kebetulan melahirkan pada bulan ramadhan. walaupun kena byr fidiah tp puasa tetap kena ganti kan. cuma saya nak tahu berape fidiah saya kena bayar. terima kasih

    1. Waalaikumussalam puan lynn..

      satu cupak itu adalah fidyah yg dikenakan bagi mereka yang tidak sempat menggantikan puasa yang ditinggalkan sehingga masuk Ramadhan yang berikutnya. Puasa wajib diganti.. bila dah ganti puasa itu, maka fidyahnya terhenti daripada digandakan.

      Ustaz Love amik contoh untuk tahun 2003, puan tak puasa 30 hari (contohnya). masuk Ramadhan 2004, jika tak sempat ganti sebelum tu maka kena bayar fidyah 30 cupak. Kalau sempat ganti puasa 15 hari pada tahun 2005 sebelum masuk Ramadhan, maka kena ganda 30 cupak (15 hari yg tak sempat ganti x 2 sbb dah melangkau 2 tahun) dan begitulah seterusnya.. itu untuk puasa yg ditinggalkan pada 2003 saja. Untuk yg 2004, kena kira lain pula.

      Ustaz Love cadangkan puan berurusan dengan mana2 pejabat zakat untuk membuat pengiraan yg tepat berapa jumlah fidyah yg patut dibayar.. untuk puasa, tidak ada gandaan.. hanya ganti apa yg ditinggalkan saja..

      WA

  14. Salam ustaz..sy nak tanya..skrg sy masih usaha utk menqada semua puasa yg sy tinggalkan dahulu..utk pengetahuan ustaz, sy banyak meninggalkan puasa ms zaman remaja dahulu kira dari tahun 1990..katakan lah sy tinggalkan puasa averaga 10 hari setiap thn dari 1990 hingga 2012 ini baru sy nak ganti ialah sebanyak 220hari (22thn X 10 hari average) sy ckp average sbb sy tak ingat berapa hari yg saya tertinggal..jadi berapa kah fidyah yg harus sy bayar ? Terima Kaseh ya ustaz

    1. Salam..
      Puasa tahun 1990 – 10 hari x 21 (tahun) x rm1.80 = rm378
      Puasa tahun 1991 – 10 hari x 20 (tahun) x rm1.80 = rm360

      Dan seterusnya.. Kurangkn 1 utk setiap thn.. Itu pengiraan sblm masuk ramadhan 2012. Lg bagus jika puan ke pusat zakat untuk pengiraan fidyah yg lebih tepat.. WA

  15. Assalamualaikum ustaz..
    Soalan sy ni berkenaan puasa sunat..
    Adakah sah puasa sunat jika terlajak subuh??
    Namun sy sudah qada’ solat tersebut bila sedar drp tidur..
    Mohon pandangan ustaz.. trima kaseh

    1. Sah puasa tiada kaitan dgn solat. Sekalipun terlajak tido sampai pkl 10 pagi, jika belum melakukan perkara yg membatalkn puasa spt mkn minum atau berjimak, maka sah puasanya. Sbb niat puasa sunat boleh dilewatkn sampai sblm zohor.. WA

  16. assalam ustaz, sekiranya niat puasa bulan ramadhan ada ditambah dengan perkataan ‘tunai’, adakah sah puasa itu? saya baru sedar akan hal ini. contohnya sahaja aku puasa esok hari di bulan ramadhan pada tahun ini tunai kerana Allah Taala

    1. tunai itu maksudnya melakukan pada masa yg ditetapkn..jd takde masalah nk tambah tunai.. kalu puasa qadha, kena gantikan tunai ity menjadi qadha / ganti.. WA

  17. salam ustaz,

    saya ada terdetik di hati, “aku igt nk posa gnti sok” tp oleh kerana sy xsdar utk sahur (sedar2 sudah azan subuh), jd sy niat dgn btul swktu azan subuh td , sah atau tidak posa ganti sy pd hari ini?

    1. tak sah sbb hati yg terdetik spt itu baru merancang nk puasa dan bukannya berniat puasa. dan waktu niat puasa ganti adalah sebelum subuh.

        1. Niat untuk bangun sahur tidak boleh dikira sbg niat puasa. Ini kerana tiada niat atas niat. Berbeza jika tak berniat secara formal (yg sebut nawaitu / shj aku..tu) tp bangun mkn sahur, ada pendapat yg menerima perbuatan bersahur itu dikira telah berniat utk puasa.. Sbb takde org sarapan pagi2 buta melainkn mmg niat dia bangun mkn itu adalah utk tujuan puasa.. WA

    2. lafaz niat adalah sunat, dan kebanyakan orang masih mengikut ajaran melafazkan niat untuk mengesahkan sesuatu amal ibadat yang dilakukan seperti puasa, wudhu, mandi wajib, solat. Kerana itu ianya menyebabkan kekeliruan pada umat islam. Niat itu adalah kerja hati iaitu keinginan untuk melakukan sesuatu. Seperti keterangan Imam An-Nawawi ” Niat dalam semua ibadah yang dinilai adalah hati, dan tidak cukup sebatas ucapan lisan sementara hatinya tidak konsentrasi. Tidak disyaratkan harus dilafadzkan, dan tidak masalah jika ucapan lisan berbeza dengan hatinya. Sebagaimana orang berniat dengan hatinya untuk shalat dzuhur, namun terucap di lisannya shalat asar maka yang dinilai adalah dzuhurnya (Raudhatut Thalibin, 1:84).” Puasa cik wahida sah, kerana mempunyai keinginan dan niat untuk berpuasa pada keesokan harinya walaupun wahida terlepas untuk bersahur. Wallahu A’lam

  18. Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya. Dr semalam saya dah niat puasa ganti esok hari dan sudah siapkan makanan utk sahur. Sudah pasang alarm juga sblm subuh. Saya sempat bangun tapi karna tak kuasa menahan kantuk dan saya tertidur lagi. Lalu saya bangun lagi pukul 7. Dan saya lgsg niat puasa ganti lagi. Tp saya bingung. Puasa ganti saya masih bisa lanjut atau tidak?

    1. waalaikumussalam..

      puasa ganti itu masih bisa lanjut karena sudah berniat pada malam hari tersebut..

  19. Ustaz,saya nak tanye..kalau ade lagi 6 hari lagi nak masuk ramadhan,tapi saya ade 2 hari lagi x ganti puasa,so saya nak habiskanlah,
    contoh hari ni 14hb.saya nak habiskan puasa 14july dengan 15 july,lepas tu dah habis ganti puasa,boleh ke ustaz?
    kirenye x delah mencantumkan ramadhan dengan syaabn.
    sebab saya ade terbaca puasa 7 hari sebelum ramdhan dilarang.betul ke?

  20. assalamualaikum ustaz….bagaimana seseorang lelaki yg membatalkan puasa dengan beronani…usianya tinggal puasa dari 13 hingga 18…tetap hanya lebih kurang dlm seminggu bgi setiap ramadhan…dia meggantikannya tetapi ada yg x sempat…maka dia gantkan dengan gandaan hari berpuasa….dia x tahu bhawa diwajibkan membayar fidyah….bagaimana ustaz…?

  21. salam… ustaz, saya nk tny sikit.. boleh ke kalau kita cantumkan sekali puasa ganti bersama dengan puasa sunat 6 di bulan syawal?

  22. ustaz, ada orang cakap…puasa sunat (puasa 6) tak boleh disekalikan dengan puasa ganti. kena ganti puasa dulu, lepas tu baru niat puasa sunat….betul ke ustaz?

  23. assalamualaikum ustaz,

    Saya nak tanya, pada bulan syawal nie ramai orang membuat puasa sunat syawal. boleh ke kita membuat puasa ganti (qada ramadhan) di bulan syawal?

  24. Assalamualaikum..

    Ustad sy mau tnya sy punya hutang puasa udah 3x bulan ramadhan sy mau byar caranya gmn apa ada denda tlong djelskn serincinya ustad,trimakash.

  25. Assalamualaikum ustaz..sya dah banyak tinggalkan puasa.dari tahun2 sebelum ini. kalau sya berpuasa pun cuma minggu pertama…selapas tu tidak pernah puasa. sya sudah lupa berapa thn sya tinggalkan. skarg sya menginsafi apa yg sya tinggalkan. apa yg harus sya buat ustaz?

  26. Salam ustaz ana nk tya..jika kita tlupa byk mna kita dah tgl puasa untuk thn2 yg lepas,nk gnti mcm mna dn nk byar fidyah bgaimna pula

  27. assalamualaikum ustaz, saya nak tanya. Adakah sah puasa kita jika kita ada niat nak buka di pertengahan hari tapi tak jadi so teruskan puasa jugak. Adakah ia sah?

  28. Assalamualaikum ustaz…saya nak tanya, membatalkan puasa qhada setelah berniat dan berpuasa adalah haram (tanpa alasan yang dibenarkan syarak).sekiranya saya berpuasa qhada, tetapi suami saya berkehendakkan saya menyebabkan saya terpaksa menbatalkan puasa, bagaimanakah hukumnya?

  29. salam ustaz.bagaimana jika seorg lelaki ad mlakukan perbuataan liwadh ke ats kekasih wanita ketika bulan ramadhan dan mnybbkn puasa terbatal sbnyk 3 hri..adkh perkara ini dikenakan kafarah iaitu gnti puasa 3bln brturut2 utk stiap hri yg ditinggalkan seperti bersetubuh di siang hari di bulan ramadhan?
    bagaimana pula jka puasa sudah terbatal melalui ciuman lidah sblm perrbuatan bersetubuh/liwadh itu brlaku.masihkah dkra batal sbb brstubuh yg kna kafarah atau btl sbb lain, yg xkna kafarah.sbrg maklumbalas saya dahului dghn ucapan trma kasih.wassalam.

  30. assalamualaikum ustaz… saya ada tertinggal puasa 5 hari pd tahun 2009 dan 5 hari pd tahun 2010, puasa2 ini saya masih belum qadha . saya juga ada tertinggal puasa 1 hari pd tahun lepas. soalan saya, bolehkah saya berniat qadha puasa untuk tahun lepas dahulu seperti ‘shj aku qadha puasa untuk ramadhan lepas’. saya xnk lah tambah kdr fidyah lg.

  31. ASSALAMUALAIKUM , USTAZ LOVE. SAYA NAK TANYA DUA SOALAN.

    PERTAMA : PADA TAHUN INI SAYA TERTINGGAL PUASA SEHARI KERANA TIDAK DAPAT KAWAL NAFSU SAYA DARIPADA BERJUNUB.JIKA SAYA GANTI PUASA, ADAKAH PUASA SAYA LENGKAP PADA TAHUN INI?

    KEDUA : PADA BEBERAPA TAHUN DULU SAYA IAITU PADA WAKTU SAYA TINGKATAN EMPAT, SAYA JUGA BERJUNUB PADA BULAN PUASA, KALAU DIIKUTKAN LEBIH DARIPADA 10 HARI ! JADI , BAGAIMANA SAYA HENDAK MENGHAPUSKAN KESALAHAN SAYA INI USTAZ…..

    SAYA INGIN MEMBERSIHKAN DIRI SAYA DARIPADA DOSA SEBEGINI… MOHON JAWAPAN USTAZ…

    ASSALAMUALAIKUM….

  32. As salam ustaz,sy nk tya pasal puasa ganti,klu sy dh berniat tp terlajak subuh,cm mane puasa sy sah atau tidak..

  33. As salam ustaz,nk tya berkenaan puasa ganti,sah atau tidak puasa sy bila sy terlajak subuh,tp sy tetap smyg wlpun terlewat..

  34. assalamualaikum ustaz..soalan saya boleh x kalau puasa ganti dilakukan selang sehari atau seminggu..terima kasih

      1. As salam ustaz, sah tak puasa kalau niat lepas azan subuh berkumandang? sebab sebelum tu memang ada niat nak puasa sunat tapi lupa hari..

  35. assalamualaikum ustaz…apakah sah puasa seseorang sekiranya dia berbuka puasa setelah dia yakin bahawa telah masuk waktu berbuka puasa kerana azan telah berkumandang… namun setelah berakhirnya bulan ramadan saya ada jumpa “Jam Malaysia” di internet… saya dapati bahawa jam di televisyen (jam yg sering dipaparkan di tv1 dan tv2) yang selalunya sama waktu dengan azan di rumah saya lebih awal dalam lebih kurang 7 saat daripada “jam Malaysia” di internet…adakah sah puasa saya kerana was-was ? ataupun ianya hanyalah was-was yg selalu menghantui saya selama ini…mohon pencerahan ustaz…

  36. salam ustaz,

    saya lelaki dan kini berumur 35 tahun. semenjak baligh sampai ke tahun lepas, rasanya saya tak pernah puasa, mungkin ada puasa, cuma 3 atau 4 hari dalam sebulan ramadhan tiap2 tahun. kini saya ingin kembali ke pangkal jalan dan menebus dosa2 tu semampu saya, tapi apa yg perlu saya buat? kalau nak bayar fidyah macamana caranya? kalau tak mampu bayar fidyah untuk kesemua tahun2 tu apa alternatifnya? kalau nk ganti pun mcmana caranya? mohon bantuan ustaz.

    1. Untuk ganti puasa qadha’, boleh dilakukan sepanjang tahun selain bulan Ramadhan dan hari2 yg diharamkan berpuasa. Untuk pengiraan fidyah, saudara boleh merujuk pada pusat zakat yang berhampiran. Mereka boleh tolong kirakan.

  37. Ustaz’..bagaimana soalan saya yg telah lama dihantar.saya amat berharap jawapan dari ustaz..terima kasih

  38. salam,
    sah tak puasa ganti saya jika saya niat “sahaja aku berpuasa esok hari untuk menggantikan puasa bulan ramadhan tahun lepas kerana Allah Taala’
    maknanyer saya tidak menyebut ‘fardu’ dlm niat sy mcm fardhu ramadhan

  39. assalammualaikum, ustaz saya nk bertanya, boleh atau tidak saya berpuasa ganti dibulan rejab pertama berserta niat puasa di bulan rejab? adakah pahala di bulan rejab saya dapat perolehi. terima kasih

  40. AsSalam,ustaz ,mcm mane kalau bulan ramadhan ataupun bkn bulan ramadhan . ,kita berniat puasa pd waktU mlm .lepastU waktU sahur bngn makan jew. .xingat nak niat. .xpew kew ustaz?

  41. asalamualikum ustaz . . saya nak ganti balik puasa sya tahun lepas , apakah bulan yg lebih afdal di ganti kan , , adakah pada bulan rejab ????dan bagaimana ganjaran puasa yg di ganti kn , adakah sama pada bulan puasa ?

    1. Tiada bulan yg afdhal untuk menggantikan puasa Ramadhan.. yg paling baik adalah menggantikannya secepat mungkin.

  42. Assalamualaikum ustaz. Sy nak tanya. Sy anggarkab sy xsempat nak habiskan separuh lag hari dari total puasa yg sy kena qada sbb kesuntukan masa. Tapi sy nak bayar dahulu fidyah untuk puasa yg sy ganti yg sy anggap sy tinggalkan pada tahun puasa paling awal iaitu 2008. Boleh kah macam tu?

  43. Assalamu’alaikum. ustaz, kalaulah kita ade buat silap dan kesilapan itu menyebabkan puasa kita terbatal tanpa kita ketahui. Dan sekarang baru kita tahu apa yang silap, adakah kita puasa kita selama ini sah.

  44. Assalamu’alaikum. ustaz, adakah sah puasa jika ketika berbuka puasa, kita hanya membaca doa makan sahaja.. harap ustaz dapat memberi penjelasan.

  45. Assalammu’alaikum. ustaz, sekiranya kita ada membuat kesilapan dan kesilapan itu menyebabkan puasa kita terbatal tanpa kita ketahui mengenainya kerana tidak berpengetahuan, adakah puasa kita sah?

  46. salam. ust, saya dah niat qada puasa sblm tidur. ttp pada jam 730 pg saya rasa xmahu puasa. apa hukumnye? jika haram, bagaimana, adakah puasa yang saya perlu qada bertambah 1 hari lagi krn sy membatalkan puasa qada tadi? macam mana saya boleh tebus perkara ini?

    1. Haram hukumnya membatalkan puasa wajib tanpa alasan yg dibenarkan syarak. Tak perlu tambah 1 hari lagi.. hanya ganti puasa saja dan bertaubat atas kesalahan kita membatalkan puasa dengan sengaja.

  47. saya nak bertanya kalau kita sudah tahu niat puasa wajib tidak sah dilakukan selepas terbit fajar tetapi kita sedang berpuasa,adakah kita perlu buka puasa tersebut atau teruskan puasa sahaja?

  48. Assalamualaikum Ustaz Love,
    Saya nak bertanya tahun lepas saya batal puasa selama 10 hari. Saya berniat nak ganti puasa saya tu bulan 6 ini sebelum puasa ramadhan.Tapi,saya tak pasti apa niat ganti puasa,bagaimana saya nak tahu jam berapa saya boleh berbuka puasa.. saya ada cari d google tapi saya masih ragu2. Saya seorang mualaf.
    Terima kasih..

  49. salam ustaz, saya nak tanya adakah sah tidak seseorang jika dia berpuasa ganti tetapi tidak niat kerana dia kurangnya ilmu agama tentang puasa ganti juga kena berniat pada malam hati?.. tetapi baru-baru nie baru dia tahu tentang kesalahannya..
    perlukah dia mengganti puasa qadaknya yang lepas-lepas?

  50. Assalamualaikum ustaz, saye ade niat nak berpuasa qadha pada Hari keesokannya tetapi Saya Tertidur dan tersedar selepas azan berkumandang.oleh itu, saye tidak Makan apa2 tapi telah berniat utk Puasa qadha. Saye was2 bahawa Puasa sebegitu sah ke tidak? :)

  51. assalamualaikum ustaz..saya nak tnye sikit..saya niat malam tu “aku nak puasa ganti besok” ..tapi saya tak terkejut untuk bangun sahur dan saya tak niat dgn cara yang betol takpe ke ?

    ada saya baca satu artikel dikatakan syarat sah puasa ganti bergantung kepada NIAT dlm hati dan tidak semestinya kena niat ‘nawaitu…’ tetapi niat itu mesti dilakukan pada waktu malam hingga sebelum subuh..betol ke?

  52. Assalamualaikum Ustaz Love

    saya tak pernah ganti puasa kerana haid semenjak remaja sampai sekarang berumur 34 tahun. saya ingin bertaubat and membayar fidyah and qada puasa sebanyak 220 hari menurut kiraan estimate sebab dah lama tak ingat. perlukan saya bayar semua 220 hari itu dalam tempoh satu tahun selepas membayar fidyah? bagaimana kalau tak termampu untuk qada kesemua hari dalam setahun? adakah perlu tambah fidyah atau ada cara cara lain? harap nasihat, terima kasih

  53. salam ustat, jika sesorang itu niat puasa 6 setelah tinggi hari maksudnya selepas subuh dalam pukul 8 – 10… adakah puasa nya diterima??

  54. Saya mula niat puasa ganti pada pukul 7 pagi dan tidak bersahur kerana terlajak tidur. Saya telah mula menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkkan puasa selepas sy niat puasa ganti. Persoalan saya, adakah sah puasa ganti saya memandangkan sy telah terlewat niat puasa ganti, iaitu 7 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


5 − = two

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site