I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Mesir Bergolak Lagi

Salam…

Kali ni Ustaz Love nak jadi penganalisis politik plak.. nak ulas pasal politik antarabangsa.. kihkih

Takde la nak ulas mana pun.. cuma masa Ustaz Love tengok al-Jazeera tadi, ada siaran pasal tunjuk perasaan di Kedutaan Israel di Kaherah. Sampaikan duta dan keluarga serta kakitangan kedutaan Israel terpaksa bungkus balik ke Tel Aviv. Puncanya, Ustaz Love pun tak berapa pasti.. tengok sepintas lalu je.. Tapi, kalau sampai duta bungkus balik negeri, kira gawat gak la.. Sampaikan Presiden Barrack Obama pun masuk campur (kalau bab Israel ni, Amerika memang laju je nak amik tau).

Tunjuk perasaan tu nampaknya macam dah berubah menjadi ganas.. dengan ada kenderaan yang terbakar.. Ustaz Love tak pasti adakah ianya akan merebak dan kembali seperti masa nak jatuhkan Hosni Mubarak dulu. Dekat Yaman pun bergolak, Syria pun sama..

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga negara2 Islam ini kembali aman dan pelajar2 Malaysia selamat sejahtera meneruskan pengajian di sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. baguslah..dulu pemimpin mesir dok jalin hubungan dengan musuh yang saban masa membunuh saudara seagama….dah tau yahudi jahat, kawan juga..jahat punya pemimpin..harap merebak ke negara arab lain…mujur malaysia tak terlibat juga…

    1. diorang terpaksa menjalin hubungan selepas kekalahan dalam perang Arab-Israel tahun 1979 (kalau tak silap). Kalau ikutkan bilangan, mudah2 je Mesir nak keronyok Israel.. tapi sbb dah ada matlamat dunia, maka Allah campakkan ketakutan dlm hati mereka, walaupun Israel tu negara kecik dan rakyatnya sikit je.

      Malaysia tak terlibat? cuba kaji pasal APCO πŸ˜‰

      1. maksud saya, takde la sampai israel laknat tu buka kedutaan di sini.ada hubungan diplomatik..

        pasal apco tu, sudah terang lagi bersuluh tapi puak berkenaan masih nak menipu..

        dulu pernah ada gambar bendera Israel dikibarkan di PWTC/bangunan umno(sudah lupa mana satu)..tak tau la ada lagi ke tak sekarang ni..

        1. walaupun Malaysia tiada hubungan terus dengan Israel, Malaysia masih punya hubungan diplomatik dengan proksi Israel seperti US dan Singapore πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme