I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Lawak Apakah Ini? Menasabkan Anak Luar Nikah?

Salam…

Semalam Ustaz Love baca dalam paper berkenaan suatu isu yg sungguh memeranjatkan Boboy.. Kerajaan Terengganu Darul Iman nak mencadangkan supaya anak luar nikah ini dapat diletakkan bin dalam surat beranak. Dalam undang2 memang membolehkan, tetapi hanya tertakluk kepada pasangan bukan Islam. Ini kerana, pasangan Islam tertakluk pada hukum Syariah, termasuk dalam bab meletakkan nasab ni.

Ustaz Love baca dalam paper tu, dikatakan bahawa ia bertujuan untuk melindungi anak luar nikah yg tak bersalah daripada cemuhan dan hinaan masyarakat sekitar. Jadi, pihak berkenaan hanya menunggu kelulusan Majlis Fatwa untuk memberi kebenaran atau tak.

Ustaz Love pun tak pasti apa yg ada dalam pemikiran mereka2 ini.. Menggunakan emosi dan akal semata2 untuk menyalahi apa yg telah ditentukan syarak. Dalam situasi masyarakat yg dah semakin keliru, ditambah lagi kekeliruan dan keserabutan dengan kenyataan2 mereka yang macam tak belajar agama ni.

Alasan yg digunakan untuk menghalalkan tindakan mereka sama sekali tidak masuk dek akal. Semua orang mengetahui bahawa anak luar nikah itu tak bersalah.. yg bersalah adalah pasangan yang menyebabkan kelahiran anak luar nikah itu. Itu soal salah tak salah.

Soal hukum penasaban, tetap tidak boleh menggunakan emosi dan akal.. kerana Allah telah menetapkan beberapa perkara berkaitan nasab ini spt batasan aurat, hak pewarisan, perwalian, mahram dsb. Dalam keadaan sekarang ini (yg tak meletakkan nasab kepada anak luar nikah) pun, ramai yg melakukan penipuan menjadi wali kepada anak angkat dsb, bayangkan kalau perkara ini diteruskan juga.

Matlamat yang baik tidaklah menghalalkan semua cara.. Adalah lebih baik kerajaan Terengganu menggunakan duit royalti minyak yg banyak itu untuk menganjurkan kempen2 kesedaran tentang anak luar nikah ni.. Implikasinya, kesannya, kaedah mengelakkan berlakunya perkara ini dsb.. Boleh letak billboard besar2 bagitau betapa kesan zina itu akan memberi kesusahan dan tekanan emosi kepada anak2 luar nikah dsb.. Duduk berbincang dengan alim ulamak Terengganu yg sangat ramai.. Dan bukannya dok takjub2 dengan idea sendiri..

Sekiranya anak luar nikah diberi hak penasaban, maka ianya akan menjadikan nasab itu bercampur aduk.. hukum Allah tak dapat dilaksanakan.. dan yg lebih teruk, bakal menghasilkan lebih ramai anak2 syubhah (yg nikahnya tak sah, kerana diwalikan oleh bapa luar nikah).

Para penzina pula akan semakin berani berzina, sbb dah tak kisah beranak ke tak.. sbb anak2 mereka ada ‘bapa’nya, walaupun ibunya tak pernah bernikah..

Ustaz Love harap, DYMM SPB YDA Sultan Mizan dapat memberikan teguran kepada golongan2 yang tak berfikiran panjang ni. Biar diorang terpanjat boboy sket (walaupun Ustaz Love yakin, Majlis Fatwa pun takde masa nak layan idea mengarut mereka ni)

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
    1. ini la akibatnya bila Allah dah tunjukkan cara, nak juga guna cara lain.. Allah dah bagi hukum, nak juga hukum lain πŸ˜‰

  1. astaghfirullah al-azim…kenapa sampai boleh jadi cmtu pulak..huhu

    baru2 ni ada tgk satu drama, dlm drama tu ada menyebut jugak soal anak luar nikah..byk pendapat rupanya kan kalau perempuan yg dh mengandung anak luar nikah, tak boleh dinikahkan dengan org yg mengandungkannya mahupun org lain..boleh dinikahkan tapi lepas beranak..ada pendapat lagi, boleh dinikahkan time mengandung tu tapi lepas beranak, kena dinikahkan semula..apa pendapat ustaz?takut pulak saya salah faham..

    1. itu pendapat terpencil seorang Ustazah.. walaupun beliau beria2 menentang idea “isteri sebagai pelacur kelas pertama” πŸ˜€

  2. mengarut tul kerajaan ganu ni…yang Allah suruh taknak ikut malah ditolak..seperti hukuman hudud…yang tak disuruh, yang pelik2 pula nak buat..kalau la hudud dijalankan di negara ini, saya percaya takde orang berani nak berzina..takde isu anak luar nikah..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme