I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kekejaman Terhadap Kucing Yang Comel

Salam…

Ustaz Love ada terbaca kat facebook, ada satu group pencinta haiwan yang prihatin dengan kucing dan anjing jalanan. Ada satu berita tentang kucing2 yg dibiarkan kelaparan oleh sebuah pusat penjagaan kucing (pet boarding) yang melibatkan kira2 300 ekor kucing. Ustaz love berasa sangat sayu hati mengenangkan nasib kucing2 itu yang dibiarkan terseksa dalam sangkar (cage).. Betapa saat beliau kelaparan dan dahaga, mengiau2 meminta secangkir air.. sampai kurus kering.. kalau kucing kat Somalia, memang patut la kalau kurus kering.. sebak betul (-, ,-)

Tidakkah mereka2 yg terlibat itu merasakan betapa comelnya kucing2 itu untuk dibiarkan tersiksa sebegitu? Kalau kurung biawak dalam sangkar sampai mati, Ustaz Love tak rasa sedih sangat.. sbb biawak tak secomel kucing.. walaupun begitu, mengurung binatang tanpa diberi makan, hukumnya adalah haram dan berdosa.

Tambah2 owner pusat penjagaan itu juga adalah Melayu Islam.. untuk maklumat lanjut dan nak tengok gambar kucing2 yg sengsara itu, bleh klik kat sini..

Kes ni mungkin terjadi berpunca daripada cuti raya yg agak lama.. jadi biasanya pemilik2 kucing akan meninggalkan kucingnya kat tempat penjagaan kucing (pet boarding) sebab nak balik bercuti.. Kalau nak bawak balik naik kereta, mungkin kucing2 tu akan berak dan ketakutan.. Ustaz Love ada pengalaman bawak balik 2 ekor kucing dari pantai timur ke KL naik kereta.. seekor tu dok senyap sunyi ketakutan.. sekor lagi tak tentu arah dalam cage.. sampai diberakkan kucing yg sekor lagi.. berbau satu kete.. Tapi, Ustaz Love pernah gak seludup masuk kucing dalam beg pakaian masa naik bas (masa tu baru2 keje.. kete takde lagi).. dalam bas baru keluarkan kepala beliau.. mujur la beliau sporting dan tak mengiau2.. tapi beliau pun dah arwah.. mati terjun tingkat 5.. (-, ,-)

Jadi, memang masyuk la sapa2 yg bukak pusat penjagaan kucing ni.. cuma mungkin disebabkan owner tu pun Melayu, maka beliau pun nak raya gak.. duit pun nak gak.. akhirnya, sang kucing yg tak berdosa itu menjadi mangsa.. Mujurlah ada mereka2 yg prihatin berusaha menyelamatkan kucing2 itu..

Satu je pesanan Ustaz Love kepada semua yang ada memelihara haiwan.. tak kira la bela ayam ke, kucing ke, kambing ke, katak ke.. kena bagi makan.. kalau tak mampu nak bagi makan, jangan kurung beliau.. sila lepaskan supaya beliau boleh mencari makanan sendiri..

Diazab seorang wanita kerana seekor kucing yang dia kurung sehingga mati. Wanita itu masuk neraka kerana itu. Dia tidak memberi kucing itu makan dan minum ketika mengurungnya. Dia juga tidak melepaskan kucing itu untuk mencari makan daripada binatang yang berada di muka bumi” (HR al-Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
    1. cuba beliau plak yg dikurung dlm cage.. biar tak makan, berak kencing kat situ.. agak2 beliau bleh tahan ke duduk seminggu? tamak punya pasal

    1. inilah hakikatnya.. bila diberi kepercayaan, dikhianati.. bila orang tak percaya, cakap tak nak support bangsa sendiri.. 🙁

    1. itu la.. kalau dah tau tak mampu, tak perlu la nak ambil tanggungjawab tu.. kesian meow2 itu 🙁

    1. tadi ada masuk berita NTV7.. memang bungkus la lepas ni.. buat bisnes lain la plak.. jangan buat bisnes binatang dah 🙁

    1. salam kakyon..

      yg selalu guna 7 keturunan ni hadis Melayu je.. takde asas pun.. sebaliknya, dalam hadis Nabi s.a.w. jelas mengatakan bagi sesiapa yg menyiksa binatang, maka akan diazab di akhirat 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme