I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Karaoke Di Masjid?

Salam…

Ustaz Love mendapat makluman daripada seorang member di Uganda, bahawa ada sebuah masjid yang agak tersohor di pelusuk bumi, bakal mengadakan majlis sambutan hari raya (ala2 open mosque la) untuk meraikan ahli kariah masjid. Banyak acara yang dirancangkan akan dilangsungkan.. yang pastinya acara makan2 tu kira wajib la kan.. Takkan sambutan raya, tetamu kena berpuasa plak.. kihkih

Cuma ada sesuatu yang agak merunsingkan.. mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan program karaoke lagu2 raya pada majlis tersebut.. Jika sebelum ini, paling hebat pun setakat pasang lagu2 raya saja, tapi kali ni ada sesi karaoke.. Begitulah maklumat awal yg Ustaz Love dapat.

Pada pandangan Ustaz Love, takde masalah nak karaoke.. Cuma mungkin yg menjadi masalahnya adalah, acara karaoke itu dijalankan dalam program sambutan hari raya di masjid. Jika diikut daripada maslahahnya, maka tak wajar pihak masjid meneruskan aktiviti sebegitu. Ini kerana, jika acara karaoke dijalankan (Ustaz Love pun tak pasti bagaimana caranya dijalankan.. Ustaz Love cuma bagi pandangan berdasarkan pengalaman), maka takkan lelaki je nak karaoke? Sedangkan lagu2 raya pun ada yg dinyanyikan oleh penyanyi perempuan.. Maka, biasanya perempuan juga akan menuntut untuk berkaraoke..

Dari satu sudut, mungkin kita menganggap ia lebih kepada tujuan dakwah (nak mendekatkan diri mereka2 yg jarang / tak pernah ke masjid), tapi dari sudut yang lain, cara itu adalah tidak sesuai dengan waqi’ (keadaan). Ia boleh mengganggu sensitiviti jemaah yang dah selalu ke masjid, dan boleh memberikan pandangan yang negatif kepada orang luar.. Tambahan lagi jika sesi karaoke itu dilakukan di tempat yang terbuka.

Dalam hal ini, menutup lubang2 kejahatan / kefasadan atau apa jua namanya yg melambangkan unsur negatif adalah lebih baik (sadd az-zari’ah). Jangan esok, bila dah jadi isu, baru kelam kabut nak menjawab.. Fikir dahulu sebelum bertindak..

Ada baiknya pihak masjid menukar acara tersebut dengan persembahan nasyid ke, berzanji ke, marhaban ke.. itu lebih mendekati aktiviti2 keagamaan.. berbanding acara karaoke yang lebih banyak keburukan berbanding manfaat.. apatah lagi diketuai oleh institusi masjid pula.

Jangan suatu hari nanti, para pengganti AJK masjid (di kalangan muda-mudi) akan menganjurkan pertandingan karaoke pula.. kerana mengambil iktibar aktiviti yg pernah dilakukan oleh leluhur mereka πŸ˜‰

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. adoi… payah kalu gini… kalu di dalam masjid pun nk karaoeke..dalam rumah allah pun nk menyanyi… sedehnyaaa..

    1. Ustaz Love rasa bukan dalam masjid.. tapi mungkin dalam kawasan masjid.. itu pun sama juga tak eloknya πŸ˜‰

    1. dah tentu la orang penting masjid juga.. kalau setakat jemaah masjid bagi idea, takde kuasa pun diorang nak laksanakan πŸ˜‰

  2. member dari uganda ye…masjid mana la yg ada AJK bertuah sangat tu..AJK import dari Uganda juga kot.

    tok imam dgn tok bilal nak karaoke gak gamaknya..mcm2 la manusia..yang pelik2 nak dibuat…kan bagus sambil buat majlis hari raya buat kuliah agama..lagi baik.

    1. tok imam tu mungkin tak kot.. sbb imam dan bilal ni biasanya daripada kalangan mereka2 yg ada ilmu agama.. kalau AJK masjid tu, belum tentu lagi.. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme