I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Jawab Ahmad Idham Isu Hantu Bonceng

Salam…

Ustaz Love dapat makluman daripada Mama Zharfan bahawa pengarah filem hantu bonceng ini beria2 mempertahankan scene dalam filem Hantu Bonceng yang dikatakan menghina Islam. Berikut adalah kenyataan yg Ustaz Love petik daripada laman web Sinar Harian :

Idham dihubungi Sinar Harian, bagaimanapun menyifatkan isu ini hanyalah usaha segelintir pihak yang cuba mencari publisiti di atas kejayaan filemnya.

Menurutnya, individu yang cuba mencari jalan untuk meraih publisiti sebegini selalunya hanya tahu mengkritik dan berkata-kata sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.

โ€œFilem ini sudah diluluskan untuk tayangan oleh pihak bertanggungjawab termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

โ€œSebelum membuat filem ini, saya terlebih dahulu meminta pandangan dan nasihat daripada mereka yang arif seperti ulama dan mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi.

โ€œSaya tidak sangka, isu ini boleh timbul dan saya percaya, usaha ini dilakukan mereka yang tidak berpuas hati dengan kejayaan Hantu Bonceng,โ€ katanya.

Menurut Idham, dia tidak pernah menolak menerima pandangan orang lain sekiranya perkara itu benar.

Ustaz Love agak keciwa dengan kenyataan Ahmad Idham ini.. nampak mcm dah lupa diri bila melabelkan pengkritik filemnya sebagai “hanya tahu menggunakan kata2 dan tak berfikiran waras”. Waraskah beliau bila mempertahankan babak2 menghina agama itu dengan alasan pihak yg mengkritik itu cemburukan kejayaan beliau?

Bagi Ustaz Love, inilah kenyataan yg paling kelakar, lebih kelakar daripada scene lawak dalam filem komedi tersebut. Kebanyakan yang menulis kritikan itu adalah daripada kalangan penonton filem itu sendiri.. Lepas tonton, mereka kritik. Penonton ini plak yg dikatakan sebagai mencemburui kejayaan beliau? Agaknya, beliau boleh berjaya ke kalau penonton2 ni tak gi tengok filem tu? Jadi, sekali lagi, sebelum bercakap tu fikir habis2 dulu.

Beliau menggunakan alasan dah rujuk kepada ulamak dan mereka yang berilmu tinggi? Ustaz Love teringin sangat nak tahu ulamak mana yg dirujuknya tu? Jangan main sebut je nama ulamak.. Alangkan Ustaz Love yang ilmu cetek ni pun boleh nampak bagaimana syariat agama itu dipersendakan. Apa jua alasan (kononnya nak gambarkan situasi berlaku dalam masyarakat) tak boleh menghalalkan cara yg dibuat. Adakah bila nak nampak real situasi masyarakat yg minum arak, maka pelakon kena minum arak sampai mabuk (sbb nak dapatkan scene yg real)? Adakah bila nak menggambarkan situasi zina dalam masyarakat, para pelakon kena berzina betul2 dalam filem?

Tidakkah beliau sedar, yg scene dalam filem tersebut merupakan satu penghinaan terhadap agama yang boleh menyebabkan akidah rosak? Akidah tu asas agama.. kalau berzina, minum arak sekalipun, tapi akidah masih ok, insyaAllah, jika bertaubat, Allah akan terima taubat.. dan amalan2 yg dilakukan masih lagi berpahala.. Jika akidah dah rosak, buat la amalan setinggi gunung pun, tidak valid.. sbb akidah dah rosak.

Jika Ahmad Idham benar, maka Ustaz Love harap beliau mengemukakan hujjah ulamak dan orang alim yang membenarkan babak2 penghinaan agama itu diteruskan.. mungkin juga Ahmad Idham bertaqlid pada orang yg salah, ataupun Ustaz Love sendiri yg tersalah.. Tapi, secara umumnya perbuatan mempermainkan syahadah, azan, khurafat (berbogel depan hantu) dsb adalah perkara serius yang tak boleh dibuat lawak.

Jangan kata Ustaz Love berdengki dengan beliau plak.. Ustaz Love takde kaitan dengan mana2 produksi penerbitan. Teguran Ustaz Love di sini hanyalah sekadar untuk sama2 berkongsi pandangan. Sebab pada pandangan Ustaz Love, kenyataan Ahmad Idham yang membela babak menghina itu adalah tidak wajar.

Adalah lebih baik Ahmad Idham memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada penonton filemnya, kerana menghidangkan filem yang bertentangan dengan akidah dan akhlak. Itu lebih baik daripada cuba menegakkan benang yg basah dengan hujjah “telah meminta pandangan ulamak dan mereka yg mempunyai ilmu agama yg tinggi”.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. dunia akhir zaman kan ustaz..org bercakap ikut pandangan dia sendiri seolah2 ilmu penuh didada walhal…rasanya ini bukan kali pertama beliau ditegur masyarakat ttg filem dia…

    1. setiap orang ada kemungkinan untuk melakukan kesilapan.. tapi jika dah tersilap, adalah lebih baik bertaubat dan meminta maaf.. bukannya mempertahankan kesilapan tersebut ๐Ÿ˜‰

    1. kalau habis semua benda nak dilawakkan, maka ianya akan jadi cerita sampah.. cerita Mr. Bean pun, ada masa2nya scene sedih, takut dsb.. walaupun bergenre komedi ๐Ÿ˜‰

    1. jangan jadi mcm sorang artis tu dah le.. kena kritik terus mencarut.. akhirnya filem beliau takde sapa nak tengok ๐Ÿ˜‰

  2. begitulah artis…bila buat filem/drama bukan nak minta pandangan ulama..bila dh kena kutuk, pandai berdalih…dulu ustaz harun din ada tegur, jangan buat secene lakonan bab berdoa perkara yang tak wujud tapi masih berlaku..berdoa pon nak berlakon juga..tak ke persenda agama tu…bila ditegur, melenting..macam la drama/filem dia best sngt..filem dari indonesia pon takleh boleh celen..

      1. begitu la artis…..kata ulama bukan nak dengar…rasa ilmu lebih tinggi dari ulama……….padahal ramai ngaji takat SPM je…bukan nak ngata tapi tu la hakikatnya…

        nak wat camne..zaman ni manusia terlalu taksub dengan hiburan..seolah-olah takleh hidup kalau takde hiburan..

        artis disanjung tinggi melangit, ulama sebelah mata pon taknak pandang

        1. ilmu tak tinggi takde masalah.. yg masalahnya kalau berlagak pandai dan bodoh sombong.. orang tegur atas dasar prihatin sesama Islam, tapi dikatanya plak orang cemburukan ‘kejayaan’.. ada unsur2 tak logik kat situ ๐Ÿ˜€

    1. kita memandang dari sudut berbeza.. apa pun, terima kasih kerana sudi ziarah dan drop komen ๐Ÿ˜‰

  3. ingatkan nk langgan astrofirst filem ni, nampak gayanya kensel la…semua filem dia aku malas dh nk langgan…

    1. susah juga nak cakap.. apa pun, sama2 la kita doakan semoga Allah mengekalkan kita dalam hidayahNya.. amin

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme