I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ibarat Mencurah Perfume Di Daun Keladi

Salam…

Ada yang menyangka, Ustaz Love nak menumpang populariti filem Hantu Bonceng dengan membuat entry2 yang mengutuk mereka2 yg terlibat.. Ustaz Love tak salahkan mereka2 yg bersangka2 itu.. sebab Ustaz Love tahu dan yakin dengan apa yg Ustaz Love perjuangkan dalam isu ni.. Sekiranya ada yang menganggap isu ini dah selesai, sebenarnya ia masih tak selesai.

Semenjak dua menjak ini, isu ini telah kurang diambil perhatian.. Mungkin disebabkan tiada siapa2 lagi yg mengeluarkan kenyataan2 yg menyinggung perasaan umat Islam khususnya penonton2 filem tersebut.. Mungkin juga sebab ia dah tak ditayangkan di pawagam.. Tapi, sedarkah anda yang filem itu masih ditayangkan di Astro dengan gembira rianya?

Mungkin ada yang masih menunggu2 tindakan lanjut daripada pihak JAKIM tentang perkara ini, berdasarkan pertemuan saudara Marikh Azahari dengan PRO JAKIM sebelum ini. Mungkin disebabkan sibuk menguruskan event yg lebih ‘besar’ iaitu kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia, dan tak sempat nak mengerling isu ‘picisan’ ini.

Namun, bagi Ustaz Love, perkara ini sepatutnya dimasukkan sekali dalam pembentangan kertas kerja tersebut, agar suatu resolusi dapat dikeluarkan berkaitan perkara ini.. Sesungguhnya, aktiviti melawakkan syiar agama ini telah lama berlaku dalam masyarakat kita sehingga ia dah menjadi sebati.. Sama keadaannya dengan kata2 seorang ‘orang besar’ yg melawakkan hudud dengan mengatakan “Jika mahu menikmati sup tangan, sila lah ke Kelantan”..

Setelah sekian lama, syiar dan hukum Islam dipermainkan, sudah tibalah masanya umat Islam umumnya, dan pihak berkuasa agama khasnya, mengambil tindakan membendung budaya yang merosakkan akidah ini. Sampai bila kita nak dengar alasan ‘tak sengaja’, ‘tak tahu’, ‘takde niat’ dsb semata2 nak menutup kesilapan mempermainkan syiar Islam?

Semakin lama siaran Hantu Bonceng disiarkan, semakin banyak pengaruh2 buruk telah menjangkiti masyarakat terutama kanak2 dan remaja.. Syahadah syaitan (yang dilafazkan dengan ‘satu nafas’ oleh mereka) telah semakin popular digunakan di kalangan kanak2 dan remaja, tanpa menyedari bahawa perkara itu boleh merosakkan akidah.

Perkara yang sama juga disuarakan oleh saudara Marikh Azahari yg baru beberapa hari melakukan satu lagi usaha untuk membawa perkara ini kepada perhatian pihak ‘atasan’ agama.. Biarlah Ustaz Love petik serba-sedikit tulisan beliau yang dihantar melalui e-mail :

Saya bermohon dan merayu kpd saudara sampaikanlah kepada semua para Bloggers jgn berhenti daripada mengecam Isu Hantu Bonceng memperlekehkan dan mempersendakan kalimah suci Allah. Saya berharap sangat semua Bloggers dapat mempertingkatkan lagi kempen mengecam Filem ini, memandangkan Kongress Islam sedang berlangsung selama 2 hari dan dihadiri oleh DYMM Agong dan semua Raja-Raja. Semoga perkara ini mendapat perhatian Ketua-ketua Agama Negeri dan seterusnya tindakan memperbetulkan keadaan dapat dilakukan dgn segera.

Saya merayu kepada semua jgnlah berdiam diri apabila Allah dan Rasul-Nya dijadikan bahan jenaka manusia yg tidak bertanggung jawab. Saya telah pun berusaha sehingga tahap ini, malahan akan terus berusaha ke tahap lebih tinggi lagi untuk membantah keputusan Jakim dalam hal ini dan saya harap para bloggers dpt mengunakan blog mereka sebagai medium utk menyampaikan kecaman dari Suara Rakyat.

Saudara,
Para Sahabat Rasulullah bermandikan air mata dan darah dlm mempertahankan kesucian Allah dan Rasul-Nya. Apalah sangatlah usaha yg kita lakukan berbeza dgn apa yg telah mereka pertahankan.

sekian wasalam

Ustaz Love tak sempat nak publish entry ni awal sikit disebabkan kekangan masa..

Juga, Ustaz Love ada terbaca berkenaan tawaran Ustaz Nasrudin Hassan (Ketua DPP) untuk bertemu dengan Ahmad Idham.. ia merupakan satu usaha yg baik.. cuma Ustaz Love merasakan, adalah lebih baik kita tuju kepada akarnya, iaitu pihak berkaitan seperti LPF dan JAKIM untuk duduk semeja berbincang tentang perkara ini.. Takde masalah nak belai2 daun dan menyiramnya dengan air atau nak letak perfume bagi wangi.. cuma, adalah lebih praktikal jika air itu disemburkan saja ke akarnya.. Sbb akar itu juga yg akan menentukan kesihatan daun2 tersebut..

Kalau akar pun dah sakit tenat, bukan setakat satu daun je nak kena jaga, malahan akan menyebabkan berpuluh2 helai daun lagi muncul menjadi daun yg berpenyakit.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. kalau dibiarkan koyak pada masa sekarang, tak mustahil ianya akan jadi carik barik dan koyak rabak menjelang generasi akan datang 😉

  1. saya sokong pendapat ustaz……..kes hantu bonceng ni boleh jadi kayu ukur untuk kes lain…banyak lagi filem /drama yang hina Islam tanpa disedari….bila timbul isu ni, baru la ramai yang celik mata…tapi orang yang terlibat dlm i ndustri seni ramai yang degil, bukan nak dengar, lagi nak tunjuk bagus..

    kerajaan perlu sedia peraturan, bukan garis panduan..kalau takat garis panduan je, nak ikut ke taknak ikut ke, dorang bukan peduli

    1. Inilah yg terjadi bila kuasa itu diasing2kan.. JAKIM sendiri tak boleh nak paksa Jabatan Agama Negeri menerima dan menguatkuasakan fatwa yg diputuskan oleh mufti negeri (dlm mesyuarat jawatankuasa fatwa kebangsaan).. sebab hak menguatkuasakan peraturan fatwa itu milik kerajaan negeri.. sbb itu dalam banyak keadaan, JAKIM cuma mampu menjadi penasihat.. kalau orang tak nak ikut nasihat, tak bleh nak buat apa2..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme