I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

I Love You Sophie Sally

Salam…

Sebelum Ustaz Love teruskan entry ni, Ustaz Love nak jelaskan dulu.. entry ini tiada kaitan dengan cinta mahupun kasih sayang.. cuma entry melahirkan rasa bangga je..

Nama Sophie Sally tu Ustaz Love terjemahkan nama Safee Sali ke Bahasa Inggeris.. bijak tak Ustaz Love? kihkih..

Seperti yg kita sedia maklum, Safee Sali telahΒ  pergi ke Cardiff City di UK untuk menyertai sesi latihan.. kalau ada rejeki, dapat la bermain kat sana.. Tapi, awal2 lagi Safee Sali dah tunjuk taring, bukan tunjuk belang okeh.. walaupun kedua2nya ada pada spesies harimau malaya (taring dan belang), namun maksud kedua2nya itu berbeza..

Tunjuk taring tu maksudnya tunjuk kehebatan.. tunjuk belang tu maksudnya buat perangai.. hehe..

KUALA LUMPUR – Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.

Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.

Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.

“Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds.

“Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.

“Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu.

“Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik.

“Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain,” katanya.

Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.

Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai ‘David Beckham Malaysia’, Zakaria berkata: “Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.

“Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City,” katanya.

Kredit : utusan.com.my

Apa pun, tahniah buat Safee Sali.. Semoga beliau berjaya di sana πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme