I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Hantu Bonceng : Maklumat Terbaru Daripada Marikh Azahari

Salam…

Ustaz Love menerima komen daripada saudara Marikh Azahari di entry ini (seseorang yang menggemparkan dunia blogger apabila soalan beliau yg jujur dibalas secara sinis dan tak wajar oleh Ahmad Idham) semalam.. tapi Ustaz Love cuba mendapatkan kepastian dulu sama ada benar atau tidak itu komen daripada beliau.. Takut2 kalau Ustaz Love letak dalam entry, rupa2nya bukan beliau yang hantar..

Jadi, Ustaz Love cuba mendapatkan kepastian dengan menghantar e-mail kepada beliau.. Alhamdulillah, beliau dah membalas dan mengesahkannya serta memberikan keizinan untuk berkongsi komen tersebut dalam entry :

Assalamualaikum…
Untuk maklumat, sebaik sahaja kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengerusi LPF menerusi Bernama. Sebaik sahaja solat jumaat saya seorg diri telah pergi ke Pejabat Ketua Pengarah Jakim di tingkat 9 Blok D7 Putrajaya bagi mengemukakan bantahan terhadap keputusan yg dibuat oleh Jakim. Disana saya telah bertemu dengan Ustazah Asiah iaitu PRO kepada JAKIM. Segala isu telah saya ketengahkan kpd beliau berkenaan isu ini, dimana saya tekankan bahawa isunya bukan dari konteks ayat mahupun senafas atau dua nafas seperti kenyataan yg dikeluarkan oleh LPF.

Apa yg patut diberi perhatian adalah isu AZAN, kalimah syahadah dan tasyahud akhir HARAM dijadikan bahan untuk lawak jenaka. Turut saya suarakan kpd beliau mengenai petikan surah Al-Taubah ayat 64,65,66,67 / surah Al-An’am ayat 70 dan Surah Kahfi ayat 104, 105 dimana jelas menunjukkan ANCAMAN KERAS drpd Allah s.w.t kpd sesiapa sahaja yg menjadikan Allah, Rasul-Nya dan kalimah-Nya sebagai olok-olok mahupun main-main sebagai persendaan.
Ustazah tersebut berjanji bahawa perkara ini akan diberi perhatian. Malahan saya telah bertanya kpd beliau apakah pandangan peribadi beliau terhadap hukum menggunakan kalimah suci Allah seperti Azan dan kalimah syahadah adakah salah ataupun tidak. Jawapan yang saya terima dari ustazah tersebut adalah “HARAM”.

Oleh itu, kita tunggu apa tindakan seterusnya dari JAKIM dalam tempoh 5 hari lagi memandangkan mereka semua sedang sibuk dengan persiapan Kongress Majlis Islam pada 26hb ni.Sekiranya tiada juga tindakan susulan, saya berjanji akan membawa perkara ini ke atas lg.Ini isu kesucian Allah dan Rasul diperlekehkan bukan isu politik ataupun utk menjatuhkan mana2 pihak. Aku takda masa nk pertahankan org, tapi wajib bagi aku pertahankan Allah dan Rasul ku.

sekian

Wasalam

Beliau memberitahu bahawa beliau akan meneruskan lagi usahanya esok.. tapi Ustaz Love tak boleh beritahu lagi apa yang beliau akan lakukan.. takut2 mengganggu proses usaha beliau.

Ustaz Love cuma harapkan agar kita sama2 dapat berdoa semoga Allah memudahkan usaha beliau dan memberikan hasil yang terbaik daripadanya. Terima kasih juga Ustaz Love ucapkan kepada beliau kerana sanggup bersusah payah untuk membawa perkara ini kepada pihak JAKIM walaupun secara berseorangan. Ini menunjukkan iltizam beliau yang tak sanggup melihat syiar Islam dipermain2kan.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum Ustadz,
    Berkenaan msg laman facebook yg disiarkan itu benar adalah tulisan saya kpd msg inbox laman facebook beliau. Harap Ustadz dapat perbetulkan kenyataan di atas.
    Terima kasih.

    wasalam

    1. Waalaikumussalam..

      Ustaz Love tak pertikaikan tentang inbox di facebook tu.. yg Ustaz Love maksudkan adalah, sama ada betul atau tak saudara sendiri yg memberi komen di entry ni :

      http://ustazlove.com/blog/2011/09/dialog-tak-menghina-rasulullah-tapi-menghina-syariat-islam/

      dan Ustaz Love dah dapat e-mail saudara yg mengesahkan memang saudara yg meninggalkan komen itu.. rasanya takde apa yg perlu diperbetulkan.. ataupun mungkin Ustaz Love tersalah pandang? Mungkin saudara boleh tunjukkan yg mana patut dibetulkan.. insyaAllah, Ustaz Love akan betulkan..

      p/s : Ustaz Love ada buat sikit penambahan dalam baris pertama tu.. sebagai maksud komen saudara di entry Ustaz Love.. dan bukannya msg di facebook

      Terima kasih 😉

  2. insyaallah kita doakan bt beliau dalam mpertahankan agama islam…..Aaminnnn3…..takbir!!!!!!!! 🙂 kuatkan semangatmu wahai pejuang islam….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme