I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Had Umur Persaraan Dinaikkan.. Selamat Bekerja Warga Emas

Salam…

Ustaz Love ada buat urusan di satu pejabat pendaftaran.. sambil tunggu nombor naik, Ustaz Love melepak sambil memerhati kakitangan yg sedang bertugas.. tak ramai sangat orang sbb waktu makan tengahari.. Kaunter pun tak banyak yg dibuka..

Perhatian mata Ustaz Love tertancap (fuhh.. perkataan tahap tinggi ni.. kihkih) pada seseorang yg Ustaz Love rasa adalah seorang pegawai (berdasarkan lagaknya, walaupun beliau memakai kopiah). Ketika orang lain sedang sibuk nak buat kerja, beliau plak sibuk kacau orang buat kerja.. nak ajak berborak la, mengusik staff pempuan la.. Akhirnya, Ustaz Love berpendapat, adalah lebih baik Ustaz Love memejamkan mata dulu (tido.. kihkih) daripada melihat drama2 yg memualkan seperti ini..

Kalau ikut pemerhatian Ustaz Love, pegawai tu patutnya dah bersara pun.. sbb nampak dah agak tua.. walaupun berpakaian kemas siap dengan blazer bagai, tapi gayanya dah macam orang tak nak bekerja.. mungkin la sebab beliau bekerja dengan kerajaan, jadi takde terasa sangat kalau tak buat kerja pun.. beliau pegawai, sape yg nak tegur dan pantau? kihkih..

Ustaz Love ada pengalaman berhadapan dengan orang yang dah tak lalu nak bekerja, tapi terpaksa bekerja sebab nak cukupkan umur… supaya bila bersara nanti, ada la duit pencen.. iaitu bekas bos Ustaz Love dulu. Beliau punya ilmu yang tinggi dan kerap menjadi rujukan Ustaz Love kalau tak faham sesuatu berkaitan ilmu agama.. gayanya sangat sempoi.. orangnya kecik2 je.. Ustaz Love panggil beliau Ustaz Comel.. kihkih.

Beliau selalu berborak dengan Ustaz Love, tak tahan kerja lama2 ni.. mata cepat mengantuk.. Kalau Ustaz Love takde, biasanya beliau akan tido je la.. sbb dah takde kerja nak dibuat.. semuanya diserahkan kepada Ustaz Love, dengan alasan Ustaz Love orang muda, maka lebih cergas dan kreatif.. Kalau beliau celik mata, beliau akan berjalan2 ajak staff lain berborak.. begitulah hari2 beliau, sampai la Ustaz Love berhenti kerja lebih awal daripada tarikh beliau bersara.. hehe..

Bila sampai satu tahap, manusia ni dah tak bleh nak push lagi.. ditambah dengan umur yang sebegitu tua, dengan penyakit lagi dsb, bukan saja akan mengurangkan produktiviti kerja, bahkan akan menambahkan beban kepada majikan.. umur sebegitu sepatutnya digunakan untuk tujuan lain yang lebih bermakna.

Sekalipun seseorang itu masih gagah perkasa dan mampu bekerja, mereka masih boleh menyalurkan sumbangan mereka dengan membuka perniagaan sendiri ke (yg sesuai dengan kepakaran mereka).. sekurang2nya ia boleh membuka peluang2 baru bagi pekerjaan.. dan wang KWSP yang dikeluarkan itu dapat digunakan dengan sebaiknya..

Ustaz Love sangat kagum dengan ATM (bukan mesin ATM, tapi Angkatan Tentera Malaysia) yang menghantar para pegawai mereka yang akan bersara mengikuti latihan2 perniagaan.. supaya bila mereka bersara nanti, mereka boleh membuka perniagaan sendiri. Walaupun sebenarnya, anggota tentera itu sangat diperlukan pengalaman dan pengetahuan mereka, namun jika dipaksa juga untuk bersara lambat, mungkin akan mengurangkan kualiti kerja.. dan mungkin juga akan menambahkan tekanan.

KWSP dan pihak2 berkaitan tidak wajar mengemukakan cadangan seperti ini.. Sepatutnya, Malaysia yg sedang menuju ke arah negara maju, lebih memandang ke hadapan.. kalau orang2 lama ini ditambah lagi tempoh perkhidmatan, seolah2 mcm menutup pintu bagi orang2 muda untuk menimba lebih banyak pengalaman dan mendapat kenaikan pangkat.. bila yg dah bekerja bertahun2 pun masih berada di tahap yg sama, mcm mana pula dengan mereka2 yg baru2 grad dan tercari2 peluang pekerjaan?

Percaya atau tidak, walaupun orang lama lebih berpengalaman, tapi kebanyakan orang muda lebih berkemahiran.. Inilah yg diperlukan untuk memacu ekonomi ke arah maksimum.. iaitu pengalaman orang tua, dan kemahiran serta semangat orang muda.. kedua2nya diadunkan dengan sebaiknya.. sbb bab teknologi ini, orang lama tak bleh nak dabik dada kata beliau lebih dulu makan garam.. sebab teknologi terkini tak sama dengan teknologi yg dipelajari oleh orang2 lama di universiti 20 tahun yg lalu..

Kerajaan sepatutnya lebih mengambil tahu tentang nasib orang2 muda yang dah bertahun2 kerja tapi masih berada di takuk lama, sebab orang lama tak nak lepaskan jawatan mereka walaupun dah tak mampu nak pikul.. itu belum masuk bab orang2 muda yg mengepit file ke hulu ke hilir nak cari kerja tak dapat2.. bagi je duit KWSP orang2 yg dah sepatutnya bersara itu.. terpulang la pada mereka mcm mana nak guna.. tak perlu terlalu caring sangat pasal takut miskin di umur tua ke dsb.. bagi je duit KWSP mereka (tanpa perlu banyak songel), beli tanah, buat rumah.. dan tambah ibadah..

Ustaz Love harap, kerajaan akan menolak permintaan pihak2 yg beria2 nak naikkan had umur persaraan.. dah cukup tinggi dah had umur yang ada sekarang ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum ustaz love,
    sonok baca entry nie, saya sokong 100%..

    saya ie fresh graduate, baru ja kerja kat UKM sebagai RA, tp kontrak la, dah merasa perit payau nak cari kerja n dapat kerja nie, kecianla kat kami yg tengah carikerja nie..

    sy ni kira dh bertuah, tp kawan2 yg xdpt kerja tu cmna la haiii…

    1. Waalaikumussalam ciktom..

      rasanya dah tiba masanya kaum Melayu khususnya, berfikir secara serius untuk melibatkan diri dalam perniagaan.. kerajaan dah semakin tenat.. kalau masih lagi kita mengharapkan kerajaan dan projek2 kerajaan, akhirnya kesusahan itu akan kembali kepada rakyat (melalui kenaikan harga minyak, barang makanan dsb).. sbb rakyat yg membiayai kerajaan melalui cukai pendapatan.. makin tinggi pendapatan rakyat, makin banyak la cukai yg dibayar kepada kerajaan.. dan bila kerajaan ada duit banyak, maka banyaklah yg boleh dilakukan untuk memajukan negara (kecuali kalau berlaku kebocoran di sana sini) πŸ˜‰

  2. sokong 100% apa yg dikatakan oleh UL….,contoh mcm kat hosp. lah.. klau jururawat2 yg bertugas tua2 smuanya nescaya bertambah sakitlah pesakit2 kat sepital tu….(muka smuanya bengkeng2 belaka)..

  3. sy stuju 500% ape yg ustaz utara dan selatankan ni..mmg tepat sekali..mak sy duk mengira hari-hari beliau akan pencen..mmg kesian tgk golongan yg kene gak keje,tp dah takde mood di samping tension sbb skang keje sume computerized..kekeke..slame ni diorg duk keje secara manual.
    ade gak sesetgh golongan yg berpangkat,terlampau sayang nak lepaskan jawatan,smbung kontrak lepas pencen lak..tak habis2..tu agaknye terlampai ‘caring’ ngan organisasi smpi tanak bg peluang pd wajah2 baru utk melaksanakan perubahan..dah la pulak tu,kalo idea baru diutarakan,trus kene pangkah dgn alasan idea masih hijau dan tak wajar dilaksanakan…

    1. kadang2, mungkin cara kita tak kena dengan selera mereka.. kalau kena caranya, insyaAllah, orang2 lama ini boleh saja menerima pendapat golongan muda.. kecuali kalau mereka itu memang poyo.. kihkih

  4. ust..mohon komen..sy dpt drpd seorg shabat yg share di fesbuk beliau..terima kasih

    Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20… Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)

    Wallahualam samada benar atau tidak.Minta pada mana2 yg alim hadis dpt
    merungkai persoalan samada benar atau tidak.

  5. org tua yg da nak pencen salu bajet bagus sbb dia da byk pengalaman…hey lau sy 10 years later…i would be much better than u la…sila pencen skang!hahaha

    1. orang lama masih punya jasa yg harus dikenang.. tanpa usaha mereka memotong kayu dan menebas hutan, mustahil kita dapat membina teknologi jalanraya yg canggih.. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme