Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Filem Dan Drama Melayu Semakin Galak Mempersendakan Agama

Salam…

Entry ni Ustaz Love tujukan khas kepada penulis skrip dan pengarah filem2 dan drama2 komedi.. tak lupa juga kepada para penerbitnya, tak kira la penerbit beragama Islam mahupun non-Muslim. Juga peminat2 filem komedi termasuk la Ustaz Love sendiri.

Cerita komedi asasnya adalah lawak kelakar yg dilakonkan oleh pelakon.. dan gelak ketawa para penonton.. kalau salah satu ni takde, maka filem tu sebenarnya filem komedi cacat. Contohnya pelakon melakonkan scene sedih (bukan scene lawak), tapi penonton gelak berdekah2, mungkin scene tu ada kecacatan.. pelakon tak pandai menangis ke, lakonan kayu ke dsb.. Kalau scene lawak plak, pelakon beria2 buat lawak, tapi penonton senyap je, itu tandanya lawak tak jadi.

Keinginan para penonton untuk bergelak ketawa (tanda gembira) ini sangat jelas terutama bila musim2 perayaan ni (semua orang nak bergembira). Tanda gembira adalah senyum dan gelak ketawa.. Kalau muka bermuram durja, itu tandanya duka nestapa.. cewahh..

Sebab itulah, selain cerita seram, cerita2 komedi ini mendapat tempat di hati penonton.. Kutipan filem Hantu Bonceng dalam 5 hari tayangan dah dapat RM5 juta. Tak lama lagi, keluar plak cerita Raya Tak Jadi lakonan Saiful Apek dan Johan Raja Lawak. Ustaz Love sangat teringin nak menonton filem2 lakonan 3 pelawak ni.. walaupun Saiful Apek dah kurang berbisa dalam idea lawaknya, namun kehadiran beliau masih lagi berjaya menggamatkan suasana dengan lawak2 spontan.

Zizan memang tak perlu diperkenalkan lagi.. Begitu juga Johan.. walaupun mereka tak bergandingan, namun lakonan komedi mereka begitu meyakinkan sehingga menarik hati penonton untuk menonton filem2 lakonan mereka.

Cuma dari satu sudut yg lain, Ustaz Love melihat kecenderungan sesetengah penulis skrip dan pengusaha filem memasukkan unsur agama dalam lawak2 mereka. Contohnya dalam filem Hantu Bonceng, scene mengucap syahadah kemudian dilempang oleh nurse, scene azan dsb nyata mempersendakan agama.. Ini kerana, syahadah itu adalah pemisah antara iman dan kafir.. bukannya sesuatu yg boleh dilawak2 kan..

Begitu juga azan, ia merupakan syiar agama yg mengajak untuk solat.. tetapi dipersendakan dengan gaya azan yg ‘melucukan’.. Itu belum masuk bab khurafat berbogel depan hantu dsb.

Cerita Raya Tak Jadi pula, setakat yg Ustaz Love tengok rancangan di belakang tabir, kisahnya bila penyimpan mohor besar yg mengumumkan raya itu diculik / disangkakan mati.. kononnya raya tak jadi la bila penyimpan mohor besar takde.. sedangkan hakikatnya, raya itu ditentukan dengan rukyah (penampakan anak bulan) dan hisab (pengiraan falak).. dan bukanlah ditentukan dengan pengumuman raya.. Jelas filem ini mempersendakan syariat agama, walaupun sekadar untuk suka2.. sepatutnya Prof. Razak membuat sedikit kajian dulu sebelum tergesa2 nak buat filem. Pengalaman yg agak lama dalam pembikinan filem sepatutnya digunakan untuk menghasilkan filem2 yg lebih bermutu.. bukan filem2 komedi yg ‘asal gelak’ je mcm filem ni.

Satu lagi filem yg Ustaz Love perasan ditayangkan masa musim raya ni “Saya Tahu Apa Yang Kamu Lakukan Raya Lalu”.. Sudah la meniru, menghina lagi agama di mana ada scene Kumpulan Balas yg jadi orang minyak, lepas tu bergelek2 sambil bertahlil (mengucapkan Lailahaillallah).. Sakitnya hati melihatnya.. dan tak nampak di mana lawaknya bila menjadikan agama ni bahan persendaan.

Ustaz Love sangat berharap agar pihak FINAS (tak pasti masih lagi guna nama sama ke) dan pihak Kementerian Komunikasi ke, Kementerian Kesenian ke, cuba2 tengok sikit perkara ni. Tak perlu nak kecoh2 dulu pasal orang kafir menghina Islam, bila mana orang Islam sendiri masih mempersendakan agama sendiri.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

44 Comments

Add a Comment
    1. salam melati..

      lagi satu yg Ustaz Love tak berapa faham, kalau lawak Melayu ni mesti nak kena menjerit2 ke?

      Selamat hari raya, maaf zahir batin juga buat melati ;)

      1. alaaa tgk cter mr . bean … x menjerit ,, bercakap pun jarang … lawak gak … filem or drama mlayu je yg “pelik” skit ..

        1. ada sorang dulu pelawak yg cuba nak tiru Mr Bean.. tajuk Bendul ke apa ntah.. tapi lawak tak menjadi.. kihkih :D

  1. btl la tgk skang byk filem dan lawak2 yg mempersendakan agama,diorg jadikan lawak diorang itu agama sbgi lawakan…kadang2 naik menyampah tgk..sy dulu suke kat pelawak tu tapi asyik lawak dia hnya taruhan agama,dah jadi meluat rasanya.

  2. itulah. benda-benda mcm ni semakin dipandang ringan semata-mata nak mengaut keuntungan. harap pihak yang sepatutnya ambil langkah berjaga-jaga agar tak jadi lebih teruk.

    1. sebagai pengguna, kita pun boleh gunakan kuasa kita.. sebarkan perkara ni dan boikot filem2 yg mempersendakan agama ni.. biar mereka2 ni serik nak mempersendakan agama lagi ;)

  3. saya tak tengok lagi filem2 berkaitan..jd xdpt nk komen..Insya’Allah nnti sy nk tgk jgk nk nilai..

    pengarah berkaitan rasanya dh bersuara ttg isu filemnya mempersendakan agama..lupa pulak copy link..

    tp kalo dh lawak keterlaluan tu, seharusnya dibuang dr babak..so di sini, penapis la yg berperanan besar..

    boleh copy & sebar x entri ustaz love ni?hehe

    1. kalau dah buang babak tu, kurang la lawak cerita tu.. sayangnya babak lawak pada mempersendakan syariat agama.. silakan kalau nak sebar entry ni.. Ustaz Love dahului dengan ucapan terima kasih ;)

    1. Ustaz Love juga peminat cerita Melayu.. cuma bila masuk bab2 mempersendakan agama dan menghina ciptaan Tuhan, yg tu memang tak puas hati ;)

    1. Ustaz Love tak baca lagi apa yg dipertahankan pengarah itu.. mungkin beliau ada hujjah dan dalil yg lebih bagus untuk menghalalkan perkara tersebut ;)

    1. sedar atau tak, sepatutnya mereka mendapatkan dulu nasihat daripada pihak berkuasa agama.. sbb ianya melibatkan isu agama.. bukan isu kecik2 yg boleh minta maaf mcm tu je.. kena bertaubat.

    1. itulah namanya kesedaran beragama.. walaupun kita sendiri tak beramal, tapi kita akan marah dan sedih bila melihat amalan agama dipersendakan ;)

    1. sepatutnya, mereka menjalinkan kerjasama lebih baik dengan pihak jabatan agama.. baru la isu2 berkaitan agama ni dapat diselesaikan.. kalau tak, lepas ni entah berapa ratus lagi filem dan drama yg dihasilkan menggunakan skrip yg bertentangan dengan agama.

  4. entahlah, kadang2 terfikir gak, dia orang yg tulis skip macam tak fikir panjang, Yatie pun jarang tengok citer melayu ni, macam citer2 berunsur Islam juga, rasanya lebih suka tengok citer dr indon, bukan nak banggakan citer luar, tapi itulah jalan ceritanya lebih menarik

    1. kalau fikir panjang pun, belum tentu selamat kalau tak nak merujuk kepada pihak yang lebih arif.. nak buat2 pandai sendiri, mcm tu la gayanya.. tu belum masuk cerita roh balik ke rumah la, jenazah jadi berat dsb.. semuanya ada matlamat (motif) tapi caranya memang tak betul ;)

  5. Bagaimana pula dengan drama Tahajjud cinta? Saya tengok cerita ini sangat2 menghina islam.

    Sebabnya (banyak sebenarnya tapi sy bg 2 aje dulu)…

    1. Guru agama mengunakan nas-nas untuk menhalalkan nafsunya.

    2. Minah alim (lakonan fazura) mengunakan nas-nas islam supaya anak lawan cakap bapanya.

    Terlalu banyak ayat Al-Quran dan Hadith yang di salah gunakan oleh pengarah.

    Saya lihat, jika orang yang kurang agama tengok, ia boleh menyebabkan mereka akan berfikir Islam membuat kehidupan semakin sempit, lagi2 kepada kaum perempuan. Nauzubillahi min zalik…

    Apa komen ustaz?

    1. Secara jujurnya, Ustaz Love jarang tengok cerita Tahajjud Cinta tu.. ada la tengok sekali dua, itu pun tak fokus mana.. Bagi Ustaz Love, skrip cerita agama lagi la perlu dipantau oleh pihak berwajib dalam hal ehwal agama, kerana di dalamnya sudah tentu penuh dengan pengajaran, al-Quran, Hadis dan pandangan2 ulamak. Jangan la bawak watak Ustaz, tapi baca Yasin pun tajwid berterabur.. itu belum masuk bab pandangan2 yg bertentangan dengan syariat.

      Cuma, Ustaz Love lebih melihat isu persendaan terhadap syariat itu lebih berat, kerana ia melibatkan isu akidah.. dan perkara yg dipersendakan itu sendiri adalah sesuatu yg kita maklumi sbg amalan agama (معلوم من الدين بالضرورة ). Apa pun, apa juga cerita yg memasukkan babak2 yg melibatkan agama, perlu dirujuk kepada pihak berkaitan dulu.. tak kira la ianya cerita hantu bonceng ke, tahajjud cinta ke, tanah kubur ke dsb.. supaya maklumat yg disampaikan dalam filem itu merupakan maklumat yg sahih.

      WA

        1. Sebab tu Ustaz Love tak tengok dah cerita tu.. tengok pun masa episod awal dulu.. lepas tu, malas dah.. tak tengok, maka takde la sakit hati sangat :D

  6. assalamualaikum ustaz,

    saya tak sangka ustaz begitu peka sehinggakan sedar tentang raya bukan berdasarkan pengumuman raya seperti di mana2 cerita di tv / wayang. saya sendiri pun tidak sedar. syabas ustaz.

    dan saya nk minta ustaz comment tentang entry mistik saya. dan ustaz, minta jelaskan tentang saka. adakah betul saka harimau ini dijamu juga dengan menggunakan ayat al-quran dan dipanggil pun dgn ayat al-quran? minta tlg sgt ustaz jelaskan kerana ada beberapa isu penting yg harus dirungkaikan oleh saya selaku seseorang yg dianggap mewarisi saka.

    dan bgmn mahu memperbetulkan pdgn org tua saya bahawasanya harimau ni adalah saka bukannya harimau sbnr. kerana sgt tidak logik harimau betul boleh hidup beratus tahun dan diwarisi turun temurun. malah saya sendiri pernah melihat harimau ini setelah membaca ayat AL QURAN yg diberikan oleh ibu saya katanya untuk perlindungan diri.

    Mohon ustaz hubungi saya. Atau pun melalui emel saya. tq ustaz.

    1. waalaikumussalam..

      Ustaz Love suka memerhati :D

      InsyaAllah, bab saka harimau tu nanti Ustaz Love buatkan entry.. kalau ada manfaat, boleh kongsi ramai2.. sementara tu, bleh try tengok entry bersiri yg Ustaz Love pernah buat pasal saka ni ;)

    1. kita rasa marah, mereka pun rasa marah dengan kemarahan kita.. apa yg penting, kena tahu benda tu Allah suka ke, Allah marah ;)

  7. begini la standard citer melayu…kira nak untung je…konon ada mesej berguna la apa la….padahal sampah je…

    cuba tengok drama indonesia..walaupun saya tak suka drama/filem dari indonesia, tapi banyak drama2nya menunjukkan keindahan Islam….

    1. tak nampak pun apa mesejnya kat situ.. tapi Ustaz Love memang sokong kenyataan abangmi.. cerita indonesia lebih jelas mesejnya.. mcm cerita Kiamat Sudah Dekat lakonan Deddy Mizwar.. memang lawak, tapi sangat bermesej :D

  8. Bagi aku saiful apek lah pelawak terbaik sepanjang zaman (walaupun dia kurang berbisa la ni). Tapi sekurang2 nya dia tidak pernah sekalipun menggunakan agama sebagai modal lawak tak macam johan dan zizan yang tak tahu sensitifiti.

    1. Ustaz Love plak lebih sukakan lawak Stephen Chow (saiful apek banyak tiru lawak beliau).. soal mempergunakan agama itu, alhamdulillah, zizan dah pun memohon maaf (walaupun beliau tak sengaja atau tak tahu).. pasal saiful apek tak pernah menggunakan agama sebagai modal lawak, Ustaz Love reserve my comment ;)

  9. wah!! ramai rupanya yang tak suka tahajjud cinta niyh..engatkan ana sorang aje.. first time bca titlenya memng nmpak sronok..tp bila dua tiga kali tengok citer tu,naik menyampah pula..so dah tak tengok la smpi kesudah..x la sakit hati sangat..

  10. Saya nak minta maaf kepada zizan dan johan . Kalau nak diikutkan bukan salah zizan dalam kes lawak persendakan agama dalam hantu bonceng tu tapi salah orang yang dapat idea( tak tau la sama ada pengarah atau penulis skrip) untuk scene lawak tu. Kenapa pulak zizan yang kena bertanggungjawab. Tak adil la.

    1. semua sekali punya tanggungjawab.. penonton juga bertanggungjawab untuk menegur mana2 yg patut.. apa pun, kesediaan zizan untuk memohon maaf itu adalah lebih tinggi nilainya drp kesilapan yg beliau lakukan ;)

  11. Stephen chow tu tak lawak la ustaz. Dia cuma harap lawak dekat skrip lakonan dia je. Kalau suruh dia buat lawak spontan memang dia fail la.

    1. lawak ni ada banyak kategori.. ada yg pandai berlawak spontan, tapi tak pandai berlawak guna skrip.. yg pentingnya, lawak guna skrip itu lebih mudah untuk dikawal supaya tak terbabas daripada landasan sepatutnya spt yg biasa terjadi pada lawak2 spontan ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.


× seven = 35

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site