I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Dialog Tak Menghina Rasulullah, Tapi Menghina Syariat Islam

Salam…

Ustaz Love masih menunggu2 kenyataan rasmi daripada pihak JAKIM walaupun ramai yg menulis bahawa JAKIM telah sahkan bahawa dialog dalam filem Hantu Bonceng itu tidak menghina Islam. Ustaz Love tak nampak pun di mana sahnya, kerana ia merupakan khabar (kenyataan pihak kedua) yang menyatakan telah menonton bersama pegawai JAKIM akan filem itu dan dikatakan tiada apa2 yang menghina.

Mengikut pengalaman Ustaz Love, sebarang situasi semasa berkaitan hukum-hakam yang timbul daripada sesuatu isu, perlu dimuzakarahkan (sekiranya timbul kekeliruan daripada dalil yang jelas).. sama ada melalui panel penyelidikan (dalam isu ni, cawangan akidah la yg lebih layak) ataupun jika ia lebih berat, maka akan dibincangkan di peringkat mufti (mesyuarat jawatankuasa fatwa) yang melibatkan mufti2 seluruh Malaysia. Ini kerana, ia melibatkan isu kekeliruan dalam penggunaan syiar Islam (spt syahadah, azan dsb) dalam filem yang disifatkan menghina Islam. Alangkan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam pun dibincangkan di peringkat kebangsaan (melalui mesyuarat jawatankuasa fatwa), takkan la isu ni setakat tengok ramai2 lepas tu bagitau.. “ini takde apa2 ni.. takde masalah.. takde benda pun dsb”.

Ustaz Love pun tak pasti kaedah mana yang digunakan untuk menentukan “satu nafas” atau “lain2 nafas” itu sebagai penentuan ia sambungan ayat sebelumnya.. Tapi, persoalan itu Ustaz Love tinggalkan kepada mereka.

Pandangan Ustaz Love, isunya bukanlah semata2 syahadah tak lengkap tersebut, sebaliknya isunya di sini adalah elemen penggunaan syiar Islam (spt syahadah, kalimah Allah, takbir, azan, ustaz dsb) yang dimasukkan dalam filem itu sebagai sebahagian bahan lawak. Itulah persoalan sebenarnya.. tak kira la satu nafas ke, sepuluh nafas ke.. persoalannya, kenapa gunakan syahadah? kenapa gunakan syiar2 Islam untuk melawak?

Sebenarnya, Hantu Bonceng ni sekadar pencetus saja.. umpama bom jangka yang menunggu masa nak meledak.. dan meletup kebaboommm dalam isu Hantu Bonceng ini. Sebelum daripada ini, berapa banyak filem2 dan drama2 Melayu yang menggunakan syiar Islam sebagai bahan permainan dan lawak (spt dalam Maharaja Lawak, bila seorang pelawak membawa watak cina dok sebut haiyya.. haiyya.. lalu disambung pula dengan haiyya ‘alas solah..). Juga dalam tele-filem “Saya Tahu Apa Yang Awak Buat Raya Lalu” bila salah seorang anggota kumpulan Balas yang menyamar jadi orang minyak, menggoyang2kan punggung sambil bertahlil (mengucapkan Lailahaillallah).

Jadi, pihak JAKIM mahupun LPF seharusnya melihat kesan isu ini dengan lebih luas.. bukan semata2 satu dialog itu saja.. banyak lagi perkara khurafat dan tahyul dan filem tersebut yang sepatutnya tidak melepasi pun had kelayakan menurut GARIS PANDUAN BAHAN PENERBITAN BERCETAK DAN AUDIO VISUAL BERHUBUNG DENGAN UNSUR-UNSUR YANG BERCANGGAH DENGAN AKIDAH DAN AMALAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri.

Apapun, sama2 la kita tunggu kenyataan media JAKIM berkenaan isu ini.. sebab agak kelakar bila isu “satu nafas” itu menjadi penentu boleh tak boleh melawakkan syahadah dan syiar Islam yg lain. 😉

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
  1. Di atas dunia ni manusia bebas mencipta alasan bodoh untuk mempertahankan ‘filem Hantu Bonceng’ yang secara terang-terangan menghina Islam dan Nabi Muhammad. Masalahnya ialah bolehkah Allah menerima alasan bodoh itu di hari pembalasan? Menghina dan memfitnah Nabi Muhammad bererti seseorang itu telah menafikan salah satu dari Rukun Iman !

    Kepada ‘pakar-pakar agama yang bertauliah’ yang meluluskan Hantu Bonceng , saya ingin bertanya adakah Allah akan menerima alasan tuan meluluskan Hantu Bonceng’ yang telah menyebabkan berlaku fitnah di dalam masyarakat hari ini pada hari pembalasan selepas manusia dibangkitkan semula?

    Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.
    (H.R al-Baihaqi )

    Kepada orang-orang mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi pada masa yang sama mereka menghina atau menfitnah Islam atau Nabi Muhammad (peace and blessing be upon him), sila baca firman Allah:

    Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 103-105:
    Maksudnya: “Katakanlah: Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi amal-amal perbuatannya?. Orang yang sia-sia usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul pada apa yang mereka lakukan. Merekalah orang yang ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan pertemuan dengan-Nya; maka gugurlah amal-amal mereka; maka Kami tidak akan memberi timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari Kiamat kelak.”

    1. Ustaz Love tak dapat nak komen.. cuma dapat bersetuju saja dengan pandangan saudara.. terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan 😉

    1. Salam Lady..

      Alhamdulillah.. sama2 la kita perjuangkan perkara ini agar ianya tak berulang lagi pada masa akan datang 😉

    1. Kalau Ahmad Idham dulu bagitau ada 4 ulamak dalam LPF, Pengerusi LPF plak kata dah tengok bersama pegawai JAKIM.. tapi takde satu nama pun yg boleh dirujuk.. Ustaz Love gi kat website LPF nak tengok nama panel penapisan filem pun takde (sebaliknya ada jawatan kosong untuk pegawai penapisan filem).. kihkih

    1. mungkin salah satu percubaan nak cipta kontroversi.. tapi tersilap langkah sbb gunakan sentimen agama.. kalau setakat lawak ‘nasik lemak 50 sen’ dulu orang bleh buat2 lupa je.. walaupun kedengaran lucah.. tapi kalau bab agama, memang tak bleh nak buat main2 😉

  2. Assalamualaikum…
    Untuk maklumat, sebaik sahaja kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengerusi LPF menerusi Bernama. Sebaik sahaja solat jumaat saya seorg diri telah pergi ke Pejabat Ketua Pengarah Jakim di tingkat 9 Blok D7 Putrajaya bagi mengemukakan bantahan terhadap keputusan yg dibuat oleh Jakim. Disana saya telah bertemu dengan Ustazah Asiah iaitu PRO kepada JAKIM. Segala isu telah saya ketengahkan kpd beliau berkenaan isu ini, dimana saya tekankan bahawa isunya bukan dari konteks ayat mahupun senafas atau dua nafas seperti kenyataan yg dikeluarkan oleh LPF.

    Apa yg patut diberi perhatian adalah isu AZAN, kalimah syahadah dan tasyahud akhir HARAM dijadikan bahan untuk lawak jenaka. Turut saya suarakan kpd beliau mengenai petikan surah Al-Taubah ayat 64,65,66,67 / surah Al-An’am ayat 70 dan Surah Kahfi ayat 104, 105 dimana jelas menunjukkan ANCAMAN KERAS drpd Allah s.w.t kpd sesiapa sahaja yg menjadikan Allah, Rasul-Nya dan kalimah-Nya sebagai olok-olok mahupun main-main sebagai persendaan.
    Ustazah tersebut berjanji bahawa perkara ini akan diberi perhatian. Malahan saya telah bertanya kpd beliau apakah pandangan peribadi beliau terhadap hukum menggunakan kalimah suci Allah seperti Azan dan kalimah syahadah adakah salah ataupun tidak. Jawapan yang saya terima dari ustazah tersebut adalah “HARAM”.

    Oleh itu, kita tunggu apa tindakan seterusnya dari JAKIM dalam tempoh 5 hari lagi memandangkan mereka semua sedang sibuk dengan persiapan Kongress Majlis Islam pada 26hb ni.Sekiranya tiada juga tindakan susulan, saya berjanji akan membawa perkara ini ke atas lg.Ini isu kesucian Allah dan Rasul diperlekehkan bukan isu politik ataupun utk menjatuhkan mana2 pihak. Aku takda masa nk pertahankan org, tapi wajib bagi aku pertahankan Allah dan Rasul ku.

    sekian

    Wasalam

    1. Waalaikumussalam..

      Terima kasih atas makluman.. Ustaz Love mohon izin nak share dalam entry.. 😉

    1. Ustaz Love dah pergi cek kat laman web KDN nak cek anggota lembaga penapisan filem (LPF under KDN).. tapi yg ada cuma iklan tawaran jawatan kosong bagi yg berminat menjadi anggota lembaga penapis filem.. 😀

    1. semoga mereka akan dapat mencari alternatif lain untuk berlawak dan bukannya menggunakan agama sebagai lawak 😉

    1. insyaAllah, umat Islam ramai lagi yg celik.. sbb masih meyakini bahawa Allah itu yg ‘memegang’ orang Yahudi 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme