I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Cinta Muka Bulu

Salam…

Sepanjang perjalanan Ustaz Love tadi, Ustaz Love layan Suria.fm.. kira2 dalam masa beberapa jam, ada la 3 4 kali lagu Najwa Latif “Cinta Muka Buku” diputarkan.. sampai dah naik hafal dah Ustaz Love.. kihkih

Walaupun ia sekadar lagu yang menceritakan tentang cinta melalui facebook, tapi banyak perkara yang dapat diambil iktibar.. Jadi, entry kali ini akan membahaskan (cewahh) tentang cinta internet ni.. Tak tertakluk pada facebook semata2, mungkin juga cinta melalui e-mail, melalui forum internet, melalui chatting (Yahoo Messenger, IRC, Google Chat), blog dsb..

Tak dapat dinafikan, kehadiran aplikasi2 komuniti internet ini sangat mengujakan.. Melaluinya, kita dapat berinteraksi tanpa perlu berkenal2an terlebih dulu.. Ustaz Love paling tak bleh lupa istilah “asl pls” (singkatan untuk age, sex, location please).. itulah istilah yg biasa digunakan suatu ketika dulu masa kat chatting.. kiranya itulah istilah yg paling universal.. kalau lelaki yg tanya, dijawab 23, m, KL contohnya.. terus dah tak tegur.. sbb sama jantina.. kihkih.. (“m” itu mewakili male.. kalau “f” itu adalah female).

Tak kurang juga yang bertemu jodoh melalui internet.. Ada yang bahagia, ada yang berduka.. Apapun, internet juga boleh dijadikan tempat mencari jodoh.. terutamanya bagi jejaka2 pemalu yang terlalu segan nak mengurat aweks2 secara berdepan.. juga kepada wanita yang terlalu pemalu untuk berhadapan dengan lelaki.

Namun, peningkatan kadar jenayah terutama melibatkan zina dan rogol semakin berleluasa hasil daripada cinta muka buku ini.. Akhirnya cinta muka buku, telah berubah menjadi cinta muka berbulu.. berbulu je tengok bekas suami ke, bekas kekasih ke sedang beraksi suci dengan aweks2 baru di facebook.. Akhirnya berlakulah kisah maki memaki, ungkit mengungkit, londeh melondeh segala keaiban bekas pasangan.. itu belum masuk kes penyebaran gambar yg mengaibkan dsb.

Menurut seorang pengamal perubatan Islam, kata2 yang dipaparkan di wall facebook, ataupun komen2 yg menarik hati itu bisa menjadi ayat pengasih bagi mereka2 yang membacanya. Sebab itu ramai yang kadang2 tertarik dengan kata2 puitis yang dipaparkan, sehingga hati rasa tergaru2 untuk menegur.. dan bermulalah perkenalan.. tanpa salam perkenalan, membawa kepada pertukaran kata2 puitis sehingga akhirnya menumbuhkan benih2 cinta.. bila dah cinta, maka mata telah menjadi buta.. akhirnya berlakulah perkara2 yg tak diingini..

Maka itu, berhati2lah dalam membaca kata2 di facebook.. sama juga di blog.. sebelum baca, mulakan dengan Bismillah.. dan ambillah apa2 yg bermanfaat.. janganlah melampaui batas dengan menceritakan perkara2 peribadi dsb sehingga akhirnya termakan budi seterusnya tergadai body.

Teknologi ini, bila kita gunakan untuk perkara yg bermanfaat, maka ia akan menjadi manfaat.. Jika digunakan untuk perkara mudarat, maka ia boleh menjadi mudarat.. Maka, gunakanlah neraca agama untuk menilai sesuatu perkara itu sama ada bermanfaat atau tak.. jangan terlalu mengikutkan perasaan..

Semoga Allah memelihara kita semua.. insyaAllah, amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz love, saya pun salah sorang yg bertemu jodoh melalui chat ni hahaha…Alhamdulillah smpi ke jinjing pelamin…chatting dulu2 dh x sama mcm skrg ni, skrg byk yg merapu huhuhu

    1. Salam Lana..

      sama je dulu dgn sekarang.. bezanya yg chatting dulu2 adalah mereka2 yg dah layak nak kawen.. sedangkan yg sekarang ni, banyak budak2 sekolah yg berangan2 nak kawen.. tu yg jd merapu tu.. kihkih

  2. Alhamdulillah, setakat ni masih mampu guna teknologi ini dengan baik, seperti doa Ustaz, semoga Allah memelihara kita semua, Amin…..

    p/s: Malu pulak rasanya nak baca tajuk kat atas tu, heheheh….

    1. setakat ni, yg banyaknya merapu je lebih.. yg manfaat tu mungkin la ada sikit2.. hehe πŸ˜€

  3. Blog Ustaz ni dah masuk dalam blog list favorite saya. Mudah untuk saya menjejaki persoalan2 atau perbincangan mengenai hukum & sebagainya. Saya cukup berterima kasih kerana ustaz membahaskan isu “cinta muka bulu” ni. Memang cukup berinformasi.

    1. Terima kasih kepada puan hidayati kerana sudi memasukkan blog Ustaz Love dalam bloglist.. Ustaz Love sangat menghargainya.. terima kasih πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme