I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Budaya Pemberian Duit Raya

Salam…

Nampaknya, orang2 yang balik kampung ada yang dah keluar balik daripada kampung.. menuju ke bandar.. Ustaz Love tengok kat berita tadi, highway LEKAS tengah jem.. mungkin lepas ni kena tukar jadi highway PANTAS.. dah LEKAS pun lambat gak sampai.. hehe..

Pastinya ramai yang pulang dengan kepuasan di hati.. dapat bertemu ayah ibu, sanak saudara.. tak kurang juga yang berjaya mencapai target tertentu kumpul duit raya.. Ustaz Love masa kecik2 dulu pun mcm tu gak.. selagi tak gelap, selagi tu la tak balik beraya..

Masa tu, duit raya pun tak banyak orang bagi.. paling banyak, dalam RM 0.50.. Tapi ada gak yg bg RM1.. penuh la poket baju melayu dengan duit syiling.. berkerincing2 bunyinya..

Biasanya, Ustaz Love akan bawak balik bagi kat mak.. mak Ustaz Love akan simpan kat dalam akaun bank.. jadi, takde la benda apa pun Ustaz Love beli guna duit raya tu.. Kalau nak beli benda, biasanya Ustaz Love kumpul duit belanja sekolah.

Hasil keberkatan menabung, walaupun waktu tu mak Ustaz Love dah takde lagi kat atas dunia ni, manfaatnya masih Ustaz Love dapat menikmatinya. Duit itu la Ustaz Love gunakan untuk bayar yuran pengajian (Ustaz Love takde buat pinjaman kat mana2) selain duit arwah ayah.

Bagi Ustaz Love, pemberian duit raya ini sangat wajar diteruskan.. mungkin ada yang berkata ianya bakal mewujudkan amalan negatif (beraya sebab nak duit raya), namun ianya bukanlah matlamat asal beraya. Raya ni kita nak kongsi kegembiraan. Kalau dalam bulan puasa, kita banyak bersedekah, kenapa tidak diteruskan pada bulan2 selepasnya? Tak rugi kalau rajin bersedekah ni, malah akan menambahkan lagi keberkatan dalam harta kita.

Walaupun ianya bukan berasal daripada budaya melayu mahupun Islam (ia asalnya budaya Cina, iaitu ang pow yg diberikan ketika Chinese New Year), namun bukanlah kita nak meniru yg itu. Asasnya dah ada dalam agama kita, iaitu konsep sedekah.. Bersedekah pada hari raya, bukan saja menambahkan kegembiraan, bahkan lebih daripada itu melahirkan kepuasan dan kenikmatan melihat wajah2 anak2 kecil yg kita berikan sedekah (duit raya) itu. Mungkin dengan sedekah yg tak seberapa itu, dapat membantu perbelanjaan keluarganya.

Budaya ni sangat digalakkan untuk dipraktikkan bukan saja pada masa raya, bahkan pada masa2 tak raya sekalipun.. Kalau berkunjung ke rumah saudara mara, budaya kita biasanya takkan lupa bagi sedekah kepada anak2 buah. Kalau sedara mara kita tu kurang berkemampuan, kita juga digalakkan bersedekah kepada mereka. Bersedekah kepada ahli keluarga dan kaum kerabat ini adalah lebih dituntut berbanding sedekah kepada orang luar.

Kita ni kadang2 kalau orang luar (kawan2 ke) mintak tolong, laju je kita nak tolong.. Bila sedara mara datang nak mintak tolong, berkerut seribu dulu dahi tu.. itu belum tentu nak tolong lagi.. Kalau tolong pun, selalu sangat nak mengungkit2 pertolongan. Jadi, pemberian kita itu dah tak dianggap sedekah.. sbb mengungkit selepas memberi, seolah2 ianya spt memberi bantuan dengan tujuan nak dapatkan perhatian manusia (riak).

Sepatutnya, pemberian itu kena ikhlas.. seperti ikhlasnya kita berak.. lepas berak, takde plak kita bertanya2 ke mana perginya tahi kita yg dicintai itu? Takde plak kita sibuk2 nak tau ianya ada manfaat ke tak.. kita lepaskan je, lepas flush, kita dah tak ingat dah pasal tu.. (ada ke yg sampai termimpi2 pasal tahi ni? sayang sangat le tu.. kihkih).

Sebab itulah, pemberian duit raya ini kita niatkanlah sebagai sedekah semata2 kerana Allah.. janganlah mengungkit2 pemberian kita.. Bayangkan, setelah sekian lama kita bersedekah dengan ikhlas, tiba satu masa kita mengungkit2 balik pemberian kita tu.. habis hancur lebur keikhlasan tu.. dan amalan sedekah kita itu takkan diterima Allah, kerana Allah hanya menerima amalan yg dilakukan dengan ikhlas semata2 kerana Allah.

Kalau takde duit nak bagi sedekah, bagitau je kat budak2 yg datang beraya, duit raya takde.. apa susah? 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
    1. lebih kurang je.. cuma sedekah ni lebih sinonim sebagai pemberian kepada fakir miskin.. kalau bagi duit kat orang kaya, biasanya tak dipanggil sedekah, tapi rasuah.. hehe 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme