I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Blog Ustaz Love Maju Bersama Fivio.com

Salam…

Ada bau2 skema tak tajuk entry ni? Macam ayat Belia 4B je bunyinya.. kihkih.. Sebelum ni Ustaz Love ada buat entry pendek berkaitan migrasi, tapi entry tu dah hilang.. juga 2 entry lain yang Ustaz Love sempat ping, tapi kalau cari balik atau klik link tu, dah takde dah..

Bukanlah bermaksud Ustaz Love bermigrasi atau menjadi immigrant ke mana2 negara, tetapi sebenarnya Ustaz Love telah bermigrasi, atau ayat Islamiknya, berhijrah, ke hosting baru.. iaitu Fivio.com.. Sebelum ni Ustaz Love menggunakan hosting exabytes, tapi bila berlaku suatu masalah dulu (masa nak upgrade akaun sbb bandwidth habis), maka Ustaz Love telah buat satu entry luahan kekeciwaan..

fivio

fivio.com

Ustaz Love tak sangka ianya mendapat perhatian daripada pihak pengurusan Fivio.com iaitu En. Fadhlullah. Beliau telah menghubungi Ustaz Love melalui e-mail untuk menawarkan pemindahan hosting ke server Fivio.com secara percuma.. bahkan hosting ustazlove.com telah diberikan diskspace lebih besar dan bandwith 100Gb (maknanya lebih dua kali ganda daripada dulu).

Secara tak langsung, Fivio.com telah menjadi penaja blog Ustaz Love untuk setahun ni. Ustaz Love sangat bersyukur atas rezeki ini. Dan proses pemindahan server telah berlaku bermula hari ini. Ustaz Love plak dok ingat proses dah selesai, jadi dengan selambanya Ustaz Love buat 3 entry baru. Tapi yg peliknya Ustaz Love tak dapat nak ping kat gengblogger.com dan entry terbaru Ustaz Love tak update kat blog yg meletakkan blog Ustaz Love dalam bloglist. Rupanya proses tu sedang berlangsung.. Jadi, sapa2 yg sempat baca entry yg tu, kira ada rejeki la.. Ustaz Love nak ulang balik buat entry tu, tak mampu plak nak ingat balik point2nya.. hehe..

Tapi Ustaz Love tak kisah sangat.. yang penting blog Ustaz Love kembali beroperasi.. dan Ustaz Love tak perlu risaukan pasal bandwidth dah (mcm la ramai sangat trafik.. hehe).. Sebab bandwidth dan diskspace yg diberi sangat besar.. bleh makan 7 keturunan.. hehe..

Ustaz Love dah lama tau pasal hosting fivio.com ni.. hosting ni antara hosting bumiputera yang telah lama bertapak dalam dunia iaitu dah 8 tahun.. dan telah menaja beberapa forum internet spt ukhwah.com dan hanan.com.my.. dengan pengalaman selama 8 tahun itu, dah tentu ianya sebuah hosting yg mantap dari segi pengurusannya (kalau buat MLM 8 tahun, dah jadi billionwan dah.. hehe).

Jadi, bagi sesiapa yang masih tercari2 hosting yang sesuai untuk berpindah (nak pakai dot.com), mungkin boleh mencuba hosting fivio.com. Ada banyak pakej yang ditawarkan sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda..

Pada kesempatan ini, Ustaz Love ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak fivio.com kerana sudi menjadi penaja blog Ustaz Love yang cikai ini. Semoga Allah memberkati usaha Ustaz Love dan mereka dalam mendokong usaha2 dakwah melalui maya ini.

p/s: Nak nangis jap (-, ,-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. siap menangis tu.
    terharulah sangat ye dapat hadiah.
    lepas ni bolehlah tulis banyak2 posting.
    biar nangis pulak nak membacanya. πŸ˜‰

    1. salam bro zul..

      alhamdulillah.. yg percuma itu rejeki sebenarnya.. blogspot pun rejeki gak πŸ˜€

Leave a Reply to alyrds Cancel reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme