I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Berita Terkini : Isu Sms Munchy’s Tak Halal

Salam..

Semasa agak kecoh dekat facebook dan sms serta twitter tentang isu Munchy’s mengeluarkan produk tak halal, sebab dicampurkan dengan arak..

TERKINI:JAKIM TELAH MEMBUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS,BATU PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK.BOSSNYA DENGAN RASA BANGGA TIDAK RASA BERSALAH,MENGATAKAN ARAK TERSEBUT TELAH DICAMPUR DALAM BISKUT TERSEBUT.DRI PEG JAKIM-HAJI JALIL.BIN RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)

Kenyataan itu khabarnya mula dikesan dari satu laman web yg mengeluarkan kenyataan media tentang isu ni kat halaman tersebut. Tapi hari ni, Ustaz Love tengok, dah hilang.. mcm biskut gak.. kejap ada kejap takde..

Dan pihak JAKIM (yg selalu dikaitkan dengan isu halal tak halal ni) telah mengeluarkan satu kenyataan media..

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan “JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak”.

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Sekian, terima kasih.

Ternyata, ini merupakan satu lagi siri2 fitnah yg disebarkan oleh mereka2 yang mengaku kononnya memperjuangkan Islam, tapi sebenarnya memburukkan lagi imej Islam di mata orang lain. Kalau nak sebar pun, siasat la dulu.. Ini main petik je nama Haji Jalil la, JAKIM la.. Tapi katanya pihak Munchy’s akan mengambil tindakan saman terhadap pihak yg mengeluarkan kenyataan tersebut.

Ustaz Love sokong kalau beliau nak saman.. ingat suka2 hati je bleh sebar fitnah?

p/s: Dulu pun ada kecoh gak kes satu MLM ni fitnah KFC kata tak halal.. apsal tak santaukan je KFC tu kalau dah nak buat jahat sangat? Akhirnya termalu sendiri 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. uishhh… sgt mengejutkan..
    dah laa kilang tu tak jauh sgt pun ngn area rumah sy..
    siasat bebetul, baru boleh nak heboh apa2 pun..

  2. sume jenis munchy’s mmg sedap…bila ade kes mcm nih…risau jugak…let jakim do their job…kite refer laman web dorg jek k…=)

  3. ha betul tu ustad, kwn sy dpt sms tu semlm ada tunjuk kat sy. kalo dulu laju je sy update kt fb la ni tade dah sbb ada org tegur sy dia kata konfom kan dulu betul atau tidak jgn main sebar jer. sbb byk fitnah dr yg benar.

    1. banyak kali dah berlaku isu2 mcm ni.. sbb itu, kena siasat dulu sebelum sebar.. jangan menjadi orang terpantas menyebarkan berita, akhirnya terpantas masuk ke neraka (sbb menyebarkan fitnah).. Mafhum drp hadis Nabi s.a.w., cukuplah seseorang itu dikatakan berbohong, apabila beliau menyebarkan apa saja yg beliau dengar 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme