I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Berilah Peluang Kepada Golongan Muda

Salam…

Semalam, Ustaz Love ada buat entry pasal had umur persaraan yang dicadangkan untuk dinaikkan.. Memang ramai yang tak setuju.. tapi Ustaz Love rasa, pandangan ramai itu adalah daripada golongan2 muda.. sbb golongan yg agak berusia, jarang baca blog Ustaz Love ni.. mungkin sebab gaya bahasa yg Ustaz Love gunakan bersifat agak keremajaan.. sesuai dengan usia Ustaz Love ni.. kihkih..

Suatu ketika dulu, Ustaz Love pernah menerbitkan entry berkaitan relevannya imam tua di masjid. Walaupun mungkin bacaan mereka tak sesedap imam muda (sbb gigi pun dah banyak gugur, nafas pun selalu semput), namun kehadiran mereka untuk bertugas sebagai imam masih lagi relevan.. Ustaz Love tak berhajat nak ulas panjang2.. sbb dah ulas dalam entry tu.

Cuma, Ustaz Love nak cerita pasal solat Jumaat tadi.. Ustaz Love solat Jumaat kat suatu masjid (kalau solat kat rumah, itu bukan solat Jumaat namanya.. itu solat Zuhur pada hari Jumaat). Ustaz Love agak tertarik bila dengar azan yang dilaungkan oleh muazzin muda (Ustaz Love suspek, beliau budak maahad tahfiz berdasarkan cara beliau pakai serban). Suaranya sungguh merdu.. terasa nyaman dan tenang hati ini mendengar suara azannya.

Selesai saja azan kedua, Imam pun naik ke minbar.. Kelihatannya imam itu agak uzur.. sbb naik tangga minbar yang tak berapa banyak tu pun kelihatannya dah semput. Bila beliau mula baca khutbah, suaranya seakan berbisik.. Ustaz Love yang duduk betul2 mengadap minbar pun tak berapa jelas suaranya.. Seolah2, beliau nak cepat2 habis baca khutbah..

Begitu juga semasa menjadi imam.. suaranya kelihatan lemah dengan bacaan yang tak berapa nak mengikut tajwid.. Ustaz Love naik kesian plak dengan beliau.. Mungkin juga takde orang lain yang sanggup untuk menggantikan beliau menjadi imam.. sebab imam ni bukan setakat mengimamkan solat saja, tapi kalau kat kampung2, imam ni dah macam Ketua Kampung dah.. kalau ada kematian pun panggil imam.. ada histeria pun panggil imam.. nak buat kenduri pun panggil imam.. hatta bini nak beranak pun, ada yang panggil imam (bukan la nak suruh imam jadi bidan.. tapi nak mintak air selusuh). Begitu besarnya fungsi dan tanggungjawab imam kepada masyarakat, sehingga ramai yang tak sanggup nak memikul tugas tersebut.

Tapi ada juga jenis imam yang langsung tak nak bagi peluang kepada orang muda untuk melatih mereka menjadi pelapis.. seolah2 mcm nak bagitau ahli kariah, kalau beliau takde, memang akan kucar-kacir la masyarakat.. baru la nampak pentingnya ‘keberadaan’ beliau di situ. Sehingga akhirnya, bila beliau betul2 dah takde, maka menjadi masalah kepada masyarakat untuk melantik imam baru..

Ada ustaz2 muda yang baru balik dari luar negara, tapi sibuk dengan kuliah dan ceramah.. jadi, tak boleh gak nak jadi imam solat 5 waktu, terutama bagi yg bekerja. Nak tak nak, maka memang perlukan juga imam tua ini.

Namun, bila hari2 istimewa seperti hari Jumaat yang memerlukan seorang imam dan khatib yang berwibawa, kalau boleh berilah peluang kepada para ustaz atau imam2 muda untuk berkhutbah.. supaya mesej khutbah itu dapat sampai dengan jelas dan semangat khatib muda itu dapat meresap ke dalam jiwa mereka2 yang mendengar khutbah.

Soal ilmu dan pengalaman, memang tak dapat dinafikan, imam tua punya kelebihan di situ.. namun, perlu dilihat juga dari sudut fiqh keutamaan (fiqh awlawiyyat).. kalau dah tak larat dan tak mampu, jangan dipaksa. Sungguhpun jawatan imam ini takde tarikh luput (kecuali imam kerajaan), tapi masih punya had berdasarkan keupayaannya..

Maka, sebelum tiba masanya keupayaan itu ditarik Allah, latihlah para pemuda untuk menyediakan mereka menjadi pelapis golongan tua ini. Kalau nak cari pahala lebih, beginilah caranya.. insyaAllah, ilmu dan pengalaman yg diperturunkan dari generasi ke generasi, akan memberikan pahala kepada mereka2 yg mengajarkannya.. walaupun ketika itu, kita sudah berada di dalam kubur..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
    1. yg tua2 lebih sesuai menjadi penasihat kepada yg muda2.. sbb pengalaman dan kematangan ilmu yg mereka ada boleh menjadi panduan berguna untuk org2 muda 😉

    1. sebelum nak latih, kena buang dulu sikap suka memandang rendah orang2 muda ni.. kadang2 orang muda lagi banyak ilmunya walaupun mungkin kurang pengalamannya 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme