I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Berhentilah Bercakap Wahai Ahmad Idham

Salam…

Isu Hantu Bonceng yang kelihatan macam nak reda selepas pelakon utama filem itu, Zizan Razak memohon maaf melalui twitter, nampaknya kembali menghangatkan jiwa umat Islam, khususnya Ustaz Love sendiri.. terasa berasap mata membaca di akhbar akan kenyataan terbaru Ahmad Idham.

Beliau mempertikaikan kenyataan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS, yang mendakwa filem Hantu Bonceng menghina Rasulullah s.a.w. melalui ucapan Syahadah yang dilafazkan oleh Zizan dalam filem tersebut. Beliau mengatakan, isu ini dibicarakan secara terbuka melalui blog dan mengaibkannya secara terbuka. Juga digunakan untuk tujuan politik bagi menghentam kerajaan.. kihkih.. ni nak tarik simpati kerajaan ke ni?

Dah macam wartawan plak Ustaz Love menulis kali ni. Pertamanya, berkaitan isu syahadah itu. Ustaz Love tak nafikan, syahadah itu dilafazkan tak lengkap.. dan ada saktah (kira kalau dalam hukum tajwid tu, berhenti seketika tanpa mengambil nafas) sebelum menyebut syaiton itu.. tapi itu sebenarnya bukan persoalannya.. Persoalan utama di sini, adalah kewajaran menggunakan syahadah yg merupakan asas agama Islam ini.. Kenapa nak guna syahadah? Sekalipun disebutkan secara lengkap, namun di mana kewajaran melafazkan syahadah dlm keadaan menjerit2 itu? Adakah syahadah itu boleh menghalau hantu? Ataupun apa?

Pada Ustaz Love, ia lebih nak buat lawak saja.. dan yg paling terkilan, lawak itu menggunakan syahadah yg merupakan asas agama Islam.. nampak sangat kurang ajarnya..

Oleh kerana sensitiviti umat Islam dah disentuh secara umum, maka tak timbul soal mengaibkan beliau secara terbuka atau tidak.. sbb orang bukan ceritakan tentang isu rumahtangga beliau ke, isu dalam kain beliau ke.. orang2 cuma mengulas isu kedegilan beliau mempertahankan tindakan menggunakan syahadah yg bukan pada tempatnya itu..

Ustaz Love masih ingat kenyataan arwah Abuya masa mempertahankan syahadah tambahan al-Arqam (menyebut nama2 sahabat selepas Rasulullah).. didakwanya sebagai tiada apa2.. sbb takde pun guna waw al-athof (maksud ‘dan’ – huruf waw yg memberi maksud sambungan ayat dengan yg selepasnya).. walaupun ia bukan ayat sambungan, tapi dipertikaikan kenapa nak letak selepas syahadah? Kenapa mesti melafazkan syahadah kemudian menyebut nama2 khulafa’ ar-rasyidin selepas itu? Kenapa tak sebut masa lain saja?

Sama la kesnya syahadah Hantu Bonceng ni.. kenapa perlu sebut selepas syahadah (yg tak lengkap).. kenapa tak sebut waktu lain? Kenapa tak habiskan syahadah dulu, kemudian buat2 pingsan ke.. kemudian bangun balik baru sebut syaitonnnnn? Ini imaginasi Ustaz Love je la.. kalau kreatif sangat, banyak babak yg boleh diubah supaya tak mempergunakan syahadah sebagai sebahagian bahan lawak..

Akhir sekali, Ahmad Idham keluarkan kenyataan yg paling kelakar :

Saya punya anggapan mereka yang bercakap ini adalah dari kalangan yang tidak menonton filem, mereka hanya melihat petikan dari satu babak saja dan tidak menonton keseluruhan filem itu.

Di dalam filem biasanya kita memaparkan sesuatu yang salah dan akan dibetulkan di akhirnya, itulah cerita. Tidak ada filem yang mengajar penonton membuat perkara yang negatif. Jika benar dari minggu pertama filem ini keluar, isu ini sudah timbul dan mungkin sudah selesai hari ini. Kenapa hari ini selepas filem sudah tidak ditayangkan, baru isu ini timbul.

Saje je Ustaz Love bold2kan menjadi point penting.. Ustaz Love tak pasti la sama ada beliau syok sendiri atau langsung tak pernah membaca komen2 mereka yg menonton filem beliau itu. Kalau Ustaz Love cakap, memang akan nampak mcm menghina. Tapi anggapan awal beliau itu langsung tak munasabah. Kebanyakan yg membuat ulasan itu adalah penonton2 filem beliau.. boleh beliau anggap, mereka2 ini langsung tak menonton?.. seolah2 mcm mengigau bercakap tanpa fakta. Kalau beliau menyatakan Ustaz Nasrudin Hassan sebagai mempunyai motif politik, bagaimana pula dengan pandangan Ustaz Azhar Idrus yang takde kepentingan dalam politik? :

“Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap “Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr…..Syaitan! Syaitan!.”

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda. Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAHtambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

“Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah.” rumus Ust Azhar Idrus.”

Kembali kepada kenyataan Ahmad Idham.. Bagaimana dengan isu mendidik selepas menunjukkan yg salah? Tahukah Ahmad Idham, berapa ramai kanak2 yang terpengaruh dengan dialog “Baby… babi” itu? Kemudian part berbogel depan hantu itu, di mana pula pengajarannya? Bab pakai baju death note masuk dalam masjid itu, di mana pula pengajaran yg dibetulkan di akhirnya?

Jadi, Ustaz Love harap, Ahmad Idham dah boleh berhenti bercakap kot.. daripada terus2an mengeluarkan kenyataan yang semakin membakar hati umat Islam. Ambillah iktibar filem Karipap Cinta, filem yang bagus, tapi takde sapa nak tengok.. sbb pelakon utamanya buat taik dengan peminat.

Adalah lebih baik mengambil contoh Zizan.. mohon maaf.. tutup kes.. sebab isu ini takde kaitan dengan politik ke, persaingan industri perfileman ke dsb.. tapi ianya menyentuh sensitiviti umat Islam. Dan jadikan juga iktibar buat penggiat filem yg lain, jangan sewenang2nya menggunakan syiar Islam untuk dilawakkan dalam filem. Cukuplah filem ini menjadi filem terakhir yg mempergunakan syariat Islam untuk tujuan lawak.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
  1. nampak sgt keegoan terserlah sbb tak nak mintak maaf…me sgt2 setuju dgn kupasan ustaz love dlm entry ni…barakallah fiik and moga2 kita semua tak termasuk dlm golongan yg mempersendakan agama..wal iyazubillah

  2. Hmm, sampai sekarang masih belum tengok lagi sedutan yang dikatakan menghina Islam tu.. Tapi dah tengok video penjelasan Ustaz Azhar Idrus…

    perkara2 yang membawa fitnah ni perlu dijauhkan..

  3. sy mmg belum tgk lg filem ni..sedutan yg menghina tu pun sy tak tgk lg..hmmm..semoga lepas ni kejadin ni diambil iktibar & pengajaran kpd semua pihak..pihak penapisan filem pun kena tapis betul2 sebelum bagi lepas filem tu keluar di pwgm..semua pihak kena main peranan sebenarnya..kpd pengarah filem, terima teguran secara positif..

    1. bila timbul isu ni, diharapkan ia menjadi pengajaran yg berguna buat penggiat seni.. buat mcm Mamat Khalid.. tak perlu nak ada unsur2 melawakkan agama.. pun, orang boleh gelak πŸ˜‰

  4. hmmm sepatut nya ahmad idham berhenti bercakap kerana takut kata2 dia bakal membinasakan diri dia sendiri πŸ˜‰

    payah bila seseorg itu dh ego nk ckp dia aje yg betul. tak rugi klu dia minta maaf pun. malah ijah rasa org akan bertambah hormat klu dia sudi merendahkan sedikit maruah dia demi meminta maaf utk isu ini. haih.

    1. sbb itu la Nabi s.a.w. bagitau, sesiapa yg beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah beliau berkata perkataan yg baik, ataupun hendaklah beliau diam.. πŸ˜‰

  5. kes ini amat sensitif. sy tak memandangnya sbg isu loyar buru, bukan sengaja atau apa2 saja yg meloyakan..kerana sikap pengarah n pelakon amat menjengkelkan dlm menangani isu ini.

    1. isu agama jangan dipermainkan.. kerana kalau isu bangsa saja kita sentuh, bangsa itu saja yg akan terasa.. jika menyentuh isu agama, semua bangsa yg menganut agama itu akan terasa.. πŸ˜‰

  6. Betullah ustaz..kan…kalau tak tahu..jgn cakap..tak tahu apa nak cakap..baik diam..dah buat salah..ngaku dan mintak maaf..merendah diri..tutup isu..Tak perlulah nak menegakkan benang yg basah….Kan ustaz..kpah setuju dgn kenyataan ustaz dlm entry di atas…

    1. kenyataan terbaru Pengerusi LPF kata JAKIM sahkan dialog Zizan tak menghina Rasulullah sbb bukan dilafazkan dengan satu nafas.. Pertanyaan Ustaz Love, sejak bila Pengerusi LPF jadi jurucakap JAKIM? kihkih.. sama la mcm kes Ahmad Idham yg kata dah merujuk kepada 4 ulamak yg sampai sekarang tak disebutkan namanya πŸ˜‰

    1. alhamdulillah.. ternyata, masih ramai lagi umat Islam yang sensitif dengan persoalan yg melibatkan akidah.. semoga Allah memelihara kita semua daripada tergelincir dari landasan sepatutnya.. aminn

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme