I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Awasi Tentera Kristus

Salam…

Ustaz Love layan berita tadi.. ada satu segmen pasal golongan yang nak murtadkan umat Islam.. siapa lagi kalau bukan pendakyah Kristian.. Dan yang memberikan komentar adalah En. Nicholas Sylvestre, seorang bekas paderi yang kini bertugas dengan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Ustaz Love rasa nak mengulas isu ni bila Ustaz Love menerima komen daripada seorang yg menamakan diri sebagai Mr. Nunusaku (komen ni Ustaz Love letak dalam folder spam) :

Karena nabi palsu Muhammad dengan ajaran sesatnya berasal dari setan, dan Muhammad menyesatkan manusia agar menjadi pengikut setan melalui islam dan ajarannya. Islam yang menolak Yesus orang-orang yang tidak percaya kepada Yesus pasti dilemparkan kelautan api. Islam adalah orang-orang yang mati rohaninya karena islam adalah warga kerajaan setan kepastian mereka menjadi penghuni neraka

Daripada gaya bahasanya, Ustaz Love percaya ianya tulisan warga Kristian Indonesia.. Sbb orang Malaysia tak sebut Yesus, tapi Jesus. Lagipun ayat2 yg digunakan agak mirip dgn ayat yg selalu Ustaz Love tengok kat sinetron.. hehe

Ustaz Love enggak mahu mengulas panjang kenyataan Mr. Nunusaku itu.. Jawapan ringkas Ustaz Love adalah “Bagimu agama kamu, dan bagiku agamaku”.. titik (pehh.. terasa mcm pelakon sinetron kayaknya). Akidahnya saja sudah berbeza, tidak perlulah dijelaskan cabang2nya. Islam menerima Jesus (Nabi Isa) sebagai Nabi, dan bukannya Tuhan. titik sekali lagi..

Ustaz Love cuma nak ulas isu murtad di kalangan umat Islam yang digerakkan oleh mereka2 yg dipanggil Tentera Kristus ni. Dah mcm nama pokok kaktus plak.

Tentera Kristus ini adalah merupakan mata dan telinga kepada pendakyah Kristian untuk mendekati umat Islam bermasalah secara halus. Mereka bergerak di tempat2 orang yg dalam kesusahan (spt hospital, rumah2 dsb). Bila dah susah, mereka akan mulakan dengan memberi bantuan duit dan makanan.. sehingga hati manusia lembut nak menerima ajaran mereka secara perlahan2. Mereka akan menggunakan pendekatan pujukan lembut sehingga hati2 umat Islam yg lemah imannya (walaupun tinggi ilmunya) akan terkesan dengan dakyah mereka. Kadang2 sangat berbeza dengan segelintir pendakwah Islam sendiri yang bersikap keras terhadap umat Islam.. dalam erti kata lain, kurang hikmah dan himmah (berhemah) dalam berdakwah.

Ustaz Love pernah mengikuti kursus perbandingan agama yang disampaikan oleh En. Nicholas Sylvestre ini. Ustaz Love sangat mencadangkan sekiranya sesiapa yang ingin mendalami ilmu perbandingan agama ini, boleh mengikuti kursus2 perbandingan agama yg dibuat oleh kerajaan mahupun NGO. Antara mereka2 yg boleh dikira pakar dalam bab Kristian – Islam ni adalah spt En. Nicholas Sylvestre, Bro Shah Kirit dan beberapa orang lagi yg Ustaz Love tak ingat namanya.

Ada antara mereka2 ini masih menggunakan nama asal dengan tujuan supaya memudahkan tugas mendakwah kepada golongan bukan Islam (sbb kadang2, non-Muslim ingat, kalau masuk Islam, nak kena jadi Melayu, kena tukar nama Melayu, kena makan nasik lemak, pakai kain pelikat dsb).. Sbb itu nama2 seperti Ustaz Ann Wan Seng, En. Nicholas Sylvestre dll ada yang tak tukar kepada nama lain. Tapi mereka tetap mempunyai nama Islam yg lain.

Kerja mengawasi dakyah tentera Kristus ni bukannya mudah.. umpama kita menghalang kelkatu yg nak menuju ke arah api.. mana2 yang sempat kita tangkap, itu la sekadar termampu.. sedangkan banyak lagi kelkatu yang dah ‘berjaya’ mengorbankan diri masuk ke dalam api.(T – T)

Dalam banyak2 orang yang murtad yg kita ketahui (spt Hajjah Sitt Alwuzara, Aishah Bokhari, Lina Joy dsb), sebenarnya banyak lagi kes2 murtad yg kita tak ketahui. Itu bagi yg murtad dan join Kristian, belum lagi dikira yg murtad join agama Hindu, Buddha dll. Kalau kita dengar statistik sebenar kes murtad ni, memang sangat menggerunkan. Kadang2 kita tak sedar pun ahli keluarga kita dah murtad (sbb beliau pakai tudung, jadi tak nampak rantai salib yg dipakai). Kutukan dan cemuhan tidak mampu mengembalikan mereka ke dalam agama Islam.

Kebanyakan mereka2 yang murtad ini, bukanlah disebabkan tertarik dengan ajaran agama lain.. Kadang2 bible pun diorang tak pernah sentuh, apatah lagi nak baca. Ada satu kes (Ustaz Love ingat2 lupa.. sbb dah lama.. masa dalam kursus diceritakan) seorang pelajar Universiti murtad (walaupun beliau asalnya daripada sekolah agama dan keluarga beliau sendiri kuat beragama – kira warak la). Jadi, penceramah yg menyampaikan cerita ni (siap ada tunjuk gambar lagi dan rakaman perbualan dengan pelajar itu.. tapi para peserta kursus tak diberikan salinan sbb diklasifikasikan sebagai sulit).

Bila ditanya tentang akidah Kristian, beliau tak tahu pun.. cerita pasal Jesus ke, Bible Old Testament ke, New Testament ke semua dia tak tahu. Yang dia tahu, pendakyah yg mengajaknya murtad tu sangat lembut dan baik hati kepadanya. Beliau rasa tenang bila jumpa dengan paderi itu.. selalu memberikan nasihat yg lembut, mengusap2 kepalanya macam anak dan selalu menjadi pendengar yang setia. Lama kelamaan, beliau tertarik dengan akhlak paderi tersebut, dan akhirnya murtad.. walaupun tanpa perbahasan dan perdebatan berhujjah tentang agama.

Puncanya daripada kawan sebiliknya yg merupakan tentera Kristus.. bila dilihat budak pempuan ni dok bersedih (Ustaz Love tak ingat pasal apa.. putus cinta ke, terlanjur ke hapa) akhirnya didekati secara perlahan2. Diajak ke gereja walaupun sekadar menunggu kat luar.. Lama2 tertarik nak masuk ke dalam gereja.. jumpa paderi.. sembang2.. kemudian murtad.. begitulah lebih kurangnya.

Jadi, tindakan pihak berwajib seperti JAIS yg melakukan serbuan ke gereja yg menganjurkan program berbuka puasa itu sangat tepat dengan waqi’ (situasi semasa) walaupun mungkin ada antaranya yang mempertikaikan. Dakyah mereka ini sangat licik.. mula2 ajak makan, bagi bantuan.. terhutang budi, tergadai akidah.

Bagi kita pula (sebagai orang awam), kena mempergiatkan lagi usaha dakwah kepada orang2 Islam.. gunakan segala medium yang ada untuk tujuan dakwah.. insyaAllah, dengan kekuatan dakwah, orang bukan Islam pun akan masuk Islam. Tak perlu sibuk berbahas atau berdebat.. Cuma sebarkan saja ajaran Islam yg benar.. Apabila datang kebenaran, yang batil pasti akan hilang.. Seperti hilangnya kegelapan dengan datangnya cahaya..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
    1. mereka menggunakan pelbagai jalan untuk menyesatkan kita, kita pula cuma menggunakan satu jalan je untuk menyelamatkan diri.. sbb tu ramai di kalangan kita yg kecundang πŸ˜‰

  1. melihat dari kelalaian pemimpin kita yang masih mementingkan diri bertambah mudah pendakyah kristian akan bermaharajalela di malaysia ini…… jika kita tidak berkeras merubah keaadaan yang berlaku … mampukah malaysia bertahan dengan jarum yang dicucuk perlahan oleh kristian?…….. apakah kita sedar… ianya tanggungjawab kita bersama agar tiada pihak yang mengambil kesempatan atas keadaan huru hara yang berlaku

    1. di negara Islam, orang berbondong2 murtad, sedangkan di negara2 kafir, orang berbondong2 masuk Islam.. jadi, kerajaan dan undang2 bukanlah faktor utama penentu kebangkitan Islam πŸ˜‰

    1. Salam momoy..

      Hanya iman yg amal dapat menyelamatkan agama dalam diri kita. Jadi persiapkanlah diri supaya kita tak menjadi mangsa tentera kaktus ni πŸ˜‰

  2. 2 bulan lepas suami saya seorang muallaf telah diberikan 1 cd dr seorg kristian. cover cd dah terang2 tulis ‘tidak sesuai untuk muslim’ tapi dia bg jugak sedangkan dia dah tahu suami saya tu muslim.. belum berkesempatan lg tgk isi kandungannya..

    1. sebaiknya, suami puan ana buat laporan polis kerana ia jelas melanggar undang2 negara yg melarang penganut agama lain menyebarkan agamanya kepada orang Islam..

  3. dh lama tau gerakan cmni.. diorg target org yg merempat, pastu pelan2 diorg support dgn duit.. smpai satu peringkat org ni akan rela hati ikut gerakan cmni tanpa paksaan…

    1. benarlah spt kata Saidina Umar r.anhu.. “Hampir2 kemiskinan itu menyebabkan kekufuran”.. kalau kat pedalaman, kadang2 dengan sebungkus meggie pun orang sanggup untuk tukar agama..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme