I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Al-Arqam : Pegangan Golongan Taksub

Salam..

Ustaz Love menerima komen kutukan daripada seseorang yang dipercayai pengikut taksub pergerakan haram al-Arqam :

jgn berat sebelah dalam membuat tuduhan, bias sangat,ukur diri dulu dahlah cakap seperti orang yang mengambil terlalu ringan tentang islamlepas tu nak hukum orang lain pulak, cuba muhasabah diri sendiri dulu sebelum nak kata apa2, cuba tengok diri sembahyang awal ke atau tidak…entah2 selalu qodho’ semayang,pastu tengok syariat aurat, hisap rokok tak?,keluarga pula macam mana?semayang jemaah tak? bagaimana pula pergaulan harian?bercampur tak lelaki perempuan atau pun rasa berdosa tak kalau terpegang perempuan ajnabi atau bila tertengok, pastu tengok keluarga adik beradik tutup aurat tak? semayang tak?makan duit haram tak?hisap dadah tak?dan lain-lain lagi jangan mengata atau fitnah tak pasal2 jadikanlah diri tu lebih baik sebelum nak tulis,semua amalan akan dicatat maka muhasabahkanlah amalan yang kita buat dahulu sebelum menuding jari…orang macam kamulah Islam hancur,memijak2 kepala saudara sendiri sedangkan ramai lagi orang yang buat salah…..

Watak bekas pengikut al-Arqam yang sebegini dah lama Ustaz Love jumpa.. tiada apa yang boleh mengubah pendirian mereka, kerana otak mereka telah diresapi ketaksuban yang melampau sehingga tidak dapat membezakan mana satu yg betul, mana satu yg salah.

Mereka2 ini menjadikan amalan Abuya mereka sebagai dalil dan hujjah bahawa ianya satu amalan agama.. jadi, bila Abuya dah start mengarut cerita pasal yaqazah, pemuda Bani Tamim dsb, maka dengan mudah mereka menerimanya tanpa ada soal selidik. Sedangkan amal agama itu tertegak atas dalil nas dan hujjah syarak, dan bukanlah berdasarkan amalan pemimpin.

Jadi, bila amalan pemimpin itu nampak warak (solat tak tinggal, bercakap sopan santun, akhlak mulia dsb), maka ianya dijadikan hujjah bahawa segala kenyataan dan kata yg keluar daripada mulutnya adalah suatu kebenaran.. walaupun tak boleh diterima dek akal sekalipun.

Ketahuilah, bahawa asas agama ini adalah akidah.. bukan kasih sayang, bukan cinta, bukan seks suci, roh suci dsb.. Akidah ini adalah keyakinan kepada agama berdasarkan prinsip2 ahlus sunnah wal jamaah.. bukan akidah syiah, muktazilah, mahupun al-Arqam.. Walaupun golongan al-Arqam mendakwa berakidah Asya’irah dan Maturidiah, tapi jelasnya akidah mereka ini telah menyimpang jauh.

Bila akidah dah rosak, tidak perlu nak pergi jauh nak cerita pasal solat jemaah, pergaulan, akhlak dsb.. sbb semua itu tertegak atas asas akidah yg betul.. jika akidah itu dah rosak, maka yg dibina atasnya juga tak kekal. Umpama membina kondominium 20 tingkat yg konkrit asasnya cuma sedalam 2 meter.. tak sempat siapkan tingkat 1 lagi, bangunan tu dah runtuh.

Walaupun Mahatma Gandhi seorang pemimpin berjiwa rakyat (tiap2 malam gi sapu rumah orang miskin, berpakaian mcm orang biasa, banyak membantu rakyat miskin dsb), namun amal kebaikannya tidak diterima sebagai ibadah (untuk diberikan pahala), kerana akidah beliau yg tak sahih.

Walaupun seorang itu penagih dadah sekalipun, jika akidahnya betul, insyaAllah, lambat laun beliau akan masuk ke syurga juga.

Jadi, nasihat Ustaz Love kepada pengikut taksub ini, belajarlah akidah dengan betul.. jangan belajar akidah Ummu Jah.. banyak penyelewengan.. kesian ibadah yg banyak2 tu, tapi akidah rosak 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

Add a Comment
  1. salam.. ustaz.. saya nak tanye.. macam mana nak tau akidah kita ni… betul atau tidak?? mcm ustaz cakap, kemungkinan org yg tanya soalan tu kat ustaz adalah pengikut al arqam.. tapi bila baca sekali imbas, soalan tu nampak tulus dari seorang islam.. jadi.. saya keliru… boleh ustaz terangkan.. apa akidah yang sebenar benarnya??

    p/s, minta jasa baik ustaz untuk inform saya kat blog saya bila ustaz jawab soalan sye ni.. takut saya tak perasan

    1. salam LINA..

      akidah kita asasnya kalimah syahadah dan rukun iman.. menyalahi keduanya, bermakna rosaklah akidah.. insyaAllah, nanti Ustaz Love akan jelaskan lagi apa akidah al-Arqam yg menyeleweng daripada jalan ahlus sunnah wal jamaah ni 😉

      1. Assalamualaikum ustaz, apa maksud ustaz akidah mereka tidak betul? Dari sisi mana ye? Ustaz pernah bergaul x dengan golongan ini? Saya kini sedang buat penyelidikan tentang golongan ini sebenarnya..

        1. Waalaikumussalam Husna..

          Takpe,, Husna buat dulu penyelidikan tu.. kalau ada bercanggah dengan apa yg Ustaz Love tulis kat sini, bleh bentangkan dan kita bahaskan.. siri2 entry pasal al-Arqam ni banyak lagi Ustaz Love nak tulis.. 😉

          1. insyaAllah abangmi.. Ustaz Love pun agak sibuk sket 2 3 hari ni.. kalau ada masa terluang, insyaAllah Ustaz Love akan tambah lagi segi pendedahan eksklusif pasal al-Arqam ni 😉

  2. Akidah percaya perkara yg ghaib dia perlu diyakini sungguh2 hati yg dpt merasai. lahirlah manusia yang Takut dan cinta Allah dan Rasul terlahirlah peribadi Agung dan syariat yg baik bila lahirnya peribadinya agung terbangun masyarat Islam yg baik dan berkasih sayang,ekonomi Islam dan bandar2 Islam dan lain2 lagi.Itulah ilmu akidah bukan setakat diakal saja kerana org bukan islam pun mempelajarinya malah ada yg lebih pandai dari org Islam

    1. Akidah Ghaib menurut pemahaman al-Arqam versi Ummu Jah sangat bertentangan dgn akidah ASWJ.. jemput tengok entry terbaru pasal Ummu Jah 😉

  3. Taraf Manusia disisi Tuhan xsama
    Ada org kafir ada munafik ada org islam dan org bertakwa .org bertakwa Tuhan bagi kelebihan dan anugerah iaitu Karamah .rasul2 diberi mukjizat. Org kafir sihir j
    Yg istiraj.itulah kitax boleh samakan kita dengan org yg bertakwa kita nilai diri kitalah adakah hati
    Kita takut tuhan dan cinta Tuhan adakah kita berjuang Agama sungguh2 sanggup bekorban habis2an
    Sanggup mati krnya.tak hairanlah ummujah boleh Yakazah dg Rasullah dan Abuya .sy yakin mereka org Bertakwa kebuktian mrk telah terbukti mereka sanggup dihina dikata kan sesat sanggup buat apa saja krn Allah dan Rasul sanggup berkorban Habis habisan biar Islam kaya tapi mereka miskin Ummujah mana ada harta semua milik Jemaah.
    Abuya sangat membawa pengikutnya kpd Tuhan dan Rasullah. Sy nak tanya adakah ni dikata sesat.itulah sy katakan lebih baik diam drp berkata di akhirat akan disoal Tuhan.tunggu dan l
    Lihatlah masa x lamalagi

    1. inilah dia bukti kesesatan.. yaqazah Ummu Jah dengan Rasulullah dan Abuya bukan saja sesat, bahkan menghina peribadi Rasulullah s.a.w.. tunggulah sedikit masa lagi akan pembongkaran jenayah akidah Ummu Jah ni.. boleh jalan2 tengok entry terbaru Ustaz Love 😉

  4. Rukun Iman tuu perkara yg ghaib laah .pecaya perkara ghaib bukannya menjatuhkan akidah.mahsudnya Ummuja tu pecaya pekara yg Ghaib tak menjatuhkan akidah tak keluarpun dari ASWJ termasuklah Yakazah.kalau xpecaya alam ghaib maksudnya wahabiii

    1. insyaAllah, selagi hayat dikandung badan, selagi diberikan ruang dan peluang, Ustaz Love akan teruskan perjuangan ini.. doakan Ustaz Love 😉

  5. Jangan menukar tajuk, bila masa menghina peribadi rasulllallah, awak ni banyak benda tak faham kot.ilmu islam tu luas fahami la yg dapat kat kita ni sikit je kecuali orang yg di beri anugerah seperti orang yg bertakwa.

    1. bukan tukar tajuk, tapi itulah yg terkandung dalam ajaran sesat al-Arqam.. kalau boleh, sila la komen entry terbaru pasal al-Arqam ni.. kat situ insyaAllah, akan ditemui jawapan2nya.. entry ni pun dah lama.. 😀

      1. Salam. Segala puji bagi Allah, kerana masih ada org yg macam Us Love yg sanggup menggempur kebatilan dan kebodohan golongan ini. Maka Allah sentiasa membantu Us Love. Saya pun tak faham dgn puak2 Arqam ni. Org yg palin utama di kalangan mereka ialah org yg paling dulu keluar dari jamaah mereka.

        Din T

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme