I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Al-Arqam : Mulanya Menentang Syiah, Akhirnya Mempraktik Metodologi Syiah

Salam…

Semalam, Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Lina yang agak keliru dengan pertanyaan yg dikemukakan oleh seseorang yang dianggap bertanya secara jujur. Bagi Ustaz Love mudah saja, hanya Johari mengenal Maniam. Sekilas ikan di air, yang di depan itulah ikan betina, yg di belakang itulah ikan jantan.

Jika kita mengkaji, insyaAllah kita akan berjumpa dan mengenali watak2 puak2 al-Arqam ni. Antara tanda nak kenal, mereka akan menceritakan A-Z amalan ibadah mereka, sambil memperlekeh orang lain kononnya amalan orang lain tak sesoleh mereka. Itu taktik biasa.. Ustaz Love dah jumpa lebih 15 tahun nan lalu.

Jadi, entry kali ni akan memfokuskan pada kesesatan akidah Al-Arqam ni pada Syahadah.

Ustaz Love masih ingat lagi waktu Abuya dan pengikutnya bertaubat (tak pasti palsu ke tulen) lebih 15 tahun lalu. Walaupun mulutnya menyebut taubat dan menyeru para bekas pengikutnya meninggalkan ajaran Aurad Muhammadiyah, tetapi riak wajahnya tak nampak mcm menyesal, tapi nampak mcm menganjing (memperolok2). Sewaktu pengharaman pada 1994 itu, bukanlah ajaran al-Arqam ini mati begitu saja.. Ia muncul dengan pelbagai watak dan topeng dengan menggunakan nama lain, tapi kaedahnya lebih kurang sama.. iaitu bisnes dan seks. InsyaAllah, bab ni Ustaz Love akan jelaskan kemudian.

Aurad Muhammadiyah terkandung dalam satu buku risalah yg mengandungi wirid2 tertentu. Bagi yg masih lagi menyimpan Aurad itu (yg ada masa jaman al-Arqam dulu) akan menjumpai betapa banyaknya kesesatan di dalam itu. Antaranya penambahan Imam Mahdi.

Selepas 2 kalimah Syahadah, ditambah lagi dengan Syahadah ketiga iaitu Muhammad al-Mahdi, Khalifah Rasulillah. Penambahan syahadah ni sebenarnya dah lama dipraktikkan dala Syiah yg menambah selepas 2 kalimah syahadah itu dengan ayat “Ali Waliyullah”.

Sebelum itu, dalam kalimah Syahadah versi al-Arqam ini juga menambahkan nama para sahabat (4 khalifah) selepas Muhammad Rasulullah.. walaupun Abuya menjelaskan bahawa ianya sekadar sebutan tanpa makna (sbb tak diletakkan waw al-‘athof (huruf waw yg bermaksud dan) yg membawa maksud ianya sambungan ayat sebelumnya), tetapi apa sebenarnya kegunaan menambah nama para sahabat selepas Syahadah? Ini merupakan bid’ah yg nyata dalam Syahadah.

Kegilaan Abuya dan orang kanannya termasuk Ummu Jah untuk menjadi orang khas kepada Imam Mahdi iaitu Pemuda Bani Tamim, akhirnya menjebak beliau dan juga isterinya (pereka utama skrip kesesatan al-Arqam) untuk mewujudkan banyak perkara2 yang tak masuk dek akal dan bertentangan dengan akidah yg sahih.

Dalam mazhab Syiah, mereka menolak ijmak tetapi menerima bahawa Imam2 mereka adalah maksum (terpelihara daripada dosa) dan Imam terakhir mereka iaitu anak Imam Hasan Askari kononnya dighaibkan oleh Allah (sedangkan Imam Hasan Askari itu takde anak) dan akan muncul sebagai Imam Mahdi.

Konsep ini ditiru oleh Abuya dan disyarahkan oleh Ummu Jah, iaitu Abuya tak mati, sebaliknya dighaibkan dan akan muncul sebagai pemuda Bani Tamim.. oleh kerana konsep Abuya tak mati itu disebarkan, maka ada antara pengikutnya yang sampai buat konsert nak suruh Abuya pulang.. sekali Abuya pulang dengan kain kapan dan muka dah dimakan ulat kang, baru nak lari lintang pukang.. kihkih

Sebab tu Ummu Jah berani menyatakan yg beliau melakukan seks yg ‘sangat banyak’ dengan roh Abuya.. sebab ada orang yg nak tolong percaya.. kalau takde yg percaya, nescaya beliau pun akan takut nak keluarkan kenyataan mengarut.. sbb dah nampak mcm orang gila. ๐Ÿ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
  1. ish. tu terang-terangan mati. asl diorg xnmpak ek. dah siap senyum apa time mati. terima je la. Nabi Muhammad sebaik baik manusia pun wafat juga.

    1. yg gambar Abuya senyum tu pun merupakan tipu daya puak pentaksub Abuya jugak.. sbb gambar tu diambil masa Abuya tidur beberapa tahun sebelum tu.. yg gambar real wajah Abuya meninggal, Ustaz Love pun tak sanggup nak letak kat sini..

        1. lepas mimpi tu pun bleh senyum? biasanya orang lagi serabut sbb nak kena gi mandi pagi2 tu.. sejukk.. ๐Ÿ˜€

    1. beliau tu tak kesian sangat.. lagi kesian kat pengikut2 beliau yg taksub tu.. sampai tak dapat nak bezakan mana yg betul, mana yg salah ๐Ÿ˜‰

  2. ustaz luve…. boleh tak bagi saya majalah yang ummu jah edarkan… saya seorang wartawan… saya nak bongkar kekarutan yang diamalkan oleh pengikut abuya kini…

    1. Ustaz Love dah bagi salinan tu kepada jabatan agama dan majalah asal Ustaz Love dah pulangkan (sbb Ustaz Love dapat majalah tu pun guna trick.. ia bukan untuk edaran umum, cuma untuk ahli2 Global Ikhwan). Boleh rujuk ke Bahagian Penyelidikan JAWI.. Ustaz Love dah serahkan kalau tak silap akhir tahun lepas ๐Ÿ˜‰

  3. assalamu`alaikum…bercakap pasal al-arqam nih saya pon tak berapa nak tau sangat pasal ajaran dia. tapi bagi saya yang sudah itu sudahlah. yang saya nak tegur nih sikap encik bila encik mempertikaikan pengakuan taubat abuya. soal palsu ke tulen nih kita manusia tak sepatutnya menilai. ini bukan kerja kita. kerja menilai hati nih hanya Allah saja yang mampu menilai. apa yang zahir itu kita ambillah dan beranggapan baik dari situ. wallahu `alam.

    1. waalaikumussalam..

      Ustaz Love tak menilai.. Ustaz Love cuma mengulas.. dan ulasan Ustaz Love bukanlah semata2 pada pengakuan taubatnya, sebaliknya amalannya selepas ‘bertaubat’ itu.. Ini kerana, seorang yg telah bertaubat nasuha, ia akan memenuhi syaratnya yg salah satunya adalah meninggalkan perbuatan salah yg dilakukan sebelum itu.. Sebaliknya apa yg berlaku, Abuya masih lagi meneruskan ajaran sesat tersebut..

      Maka, menjadi tanggungjawab Ustaz Love dan semua yang mengetahui tentang kesesatan ajaran Abuya ini, untuk mendedahkan dan membetulkan kembali pegangan akidah bekas pengikutnya yang masih lagi taksub dengan dengan ajaran yg dibawa.. dan sekarang ini diterajui pula oleh Ummu Jah..

      Hal ini termasuk dalam perkara amar makruf nahi mungkar.. Ustaz Love tak mempertikaikan pasal peribadi Abuya.. tentang fizikalnya dsb.. sebaliknya, yg Ustaz Love cuba jelaskan adalah berkaitan dengan akidah yang dipegang dan diajarkan oleh Abuya.. yg mana sama saja sebelum taubatnya, mahupun selepas taubatnya..

      WA

  4. Tp sye tngok ust terlampau teruja sngt crite psal arqam nie..kenape ye…??seolah2 ustaz ni btol sngt..ape ustaz nie da complete ke..??da btol sngat ke…??ustaz da taubat ke s’gale dose2 ustaz..??org mukmin yg sjati tu kalau die xbrdose pon die tetap rse berdose..apelgi kalau terbuat dose..terlalu perit jiwanya..k’banyakan ulama skrg yg sye tngok da rmai yg xpkai kopiah..sdngkn xpkai tu fasik.ape bdoh sngat kita nk ambil ilmu dr org fasik..ustaz ni ltak ke kopiah kt kepala..??da ckup ke care hidup ustaz utk msok ke syurga nnti..dr syariat&s’bagainye..kalau da ckup jgelah plak hati dr sgala sifat mazmumah..

  5. Sebesar-besar sunnah adalah jemaah. Dalam jemaah, yang paling besar, paling utama, paling penting adalah pemimpin. Kalau ustaz pun tak berjemaah. Hidup sendiri-sendiri, tak kisah nasib Islam, yang penting diri dan keluarga ustaz sahaja, ustaz ni pencinta sunnah Rasulullah saw ke? Kalau ustaz sendiri bukan pencinta sunnah Nabi..?? Ingat!! Rasul yang menyatakan,
    โ€œู…ู† ุฑุบุจ ุนู† ุณู†ุชูŠ ูู„ูŠุณ ู…ู†ู‘ูŠโ€
    โ€Barangsiapa benci terhadap sunnahku, maka ia bukanlah golongankuโ€ย 
    Rasulullah saw juga bersabda:

    ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู…ูู†ู‘ูู‰ ุฐููˆู’ ุญูŽุณูŽุฏู ูˆูŽู„ุงูŽ ู†ูŽู…ููŠู’ู…ูŽุฉู ูˆูŽู„ุงูŽ ูƒูŽู‡ูŽุงู†ูŽุฉู ูˆูŽู„ุงูŽ ุงูŽู†ูŽุง ู…ูู†ู’ู‡ู

    Bukanlah termasuk golonganku orang yang memiliki sifat dengki, mengumpat dan menilik nasib, demikian pula aku bukan termasuk golongannya (HR.Thabrani).yg gmbar Abuya m’ninggal senyum pon ustaz nk m’nafikan..sedangkn gmbar tu da jlas la sngat..teruknye k’dengkian ustaz ni..

  6. ‘Jagalah hati,ia hakikat diri,dari mazmumah yg m’rosakkan dri,hiasi hati dngn sifat yg suci,inilah dia hati mukmin sejati'(madah Abuya)

  7. Sebenarnya Al-arqam nie tak ada kena mengena dengan aurad muhammadiyah…ijazahnyer ditarik balik setelah nampaknya kesesatannya…akan tetapi dia continue jugak…lepas tuu buat macam dia yang punya…boleh ker gitu??

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme