I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Al-Arqam : Dalang Di Sebalik Kesesatan

Salam..

Tadi Ustaz Love cuba2 nak buat entry sajak, tapi idea tak mari.. dulu Ustaz Love rajin bersajak.. Mungkin masa tu jaman rock kapak, jadi feel sajak tu mudah nak dapat.. Sekarang ni, kantoi.. tapi Ustaz Love akan cuba gak menghasilkan sajak pertama kat blog Ustaz Love ni.

Sambil2 tu, Ustaz Love nak buat siri yang Ustaz Love pernah janjikan iaitu berkaitan isu al-Arqam ni.. baru je tadi, tengok kat berita TV9 tentang isu al-Arqam yang nak dibangkitkan semula, menggunakan nama Global Ikhwan.

Soal nak bisnes, takde sapa nak kisah.. hatta nak berniaga atau membeli barang Yahudi pun, takde masalah (fatwa boikot Yahudi itu adalah fatwa kontemporari).. Jadi, isu perniagaan tiada kaitan dengan isu antara agama (walaupun dalam Islam ada bab yang dinamakan muamalat yg khusus membincangkan kaedah2 perniagaan berasaskan syariat). Jadi, tak join al-Arqam pun boleh saja nak bangunkan ekonomi Islam.. cuma, bila dilakukan secara perseorangan (mcm Syarikat Beras Faizah, Kicap Tamin, Kicap HABHAL dsb), tak nampak sangat gah berbanding kalau dilakukan secara jemaah.

Namun, di sebalik topeng perniagaan ini, sebenarnya apa yg berlaku adalah jauh menyimpang daripada ajaran agama.. InsyaAllah, dalam entry2 akan datang, Ustaz Love akan cuba bongkarkan taktik dan teknik pergerakan ini yang nampaknya berjaya mengaburi pandangan orang yang dah sememangnya kabur tentang agama ni.

Entry ni hanya nak membongkar dalang kesesatan kumpulan ini, iaitu isteri pemimpin al-Arqam sendiri.. yang menjadi tunjang segala kesesatan dalam al-Arqam, Rufaqa’, Global Ikhwan dan apa jua nama yang digunakan. Beliau adalah Khatijah Aam, yang juga dikenali sebagai Ummu Jah yang didakwa penuh magik, keramat wali dsb.

Sewaktu zaman Abuya masih hidup lagi, Ummu Jah ini telah memainkan peranan besar dalam percaturan pergerakan tersebut.. terutama sewaktu Abuya diserang penyakit mulut.. Ummu Jah menjadi penterjemah percakapan beliau yang tidak difahami.. Dan belang Ummu Jah semakin jelas dengan kematian Abuya.

Ramai bekas pengikut al-Arqam tidak dapat menerima hakikat kematian Abuya ini.. Maka, kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh Ummu Jah untuk membuat cerita2 rekaan yang sangat mengarut.. antaranya mengadakan hubungan seks yang banyak sekali dengan roh Abuya, umur 57 tahun telah menjadi seperti 17 tahun, Abuya tak mati lagi, sebaliknya dighaibkan dan akan dibangkitkan bersama Imam Mahdi dsb.

Ketaksuban bekas pengikut al-Arqam memudahkan kerja2 mengarut Ummu Jah.. beliau hidup mewah di Mekah, tetapi pengikut al-Arqam hidup melarat di Malaysia.. bekerja penat2, duit disumbangkan untuk kegunaan Ummu Jah..

Ustaz Love pernah diberikan satu majalah yang isi kandungannya merupakan idea Ummu Jah, tetapi cuma disebarkan di kalangan pengikut2 al-Arqam saja.. Di dalamnya, pelbagai kekarutan dikeluarkan.. Pengikut yang taksub tidak akan dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah, kerana mereka berpegang pada orangnya, dan bukan kata2nya.. Jika beliau menilai kata2 seseorang atas neraca ilmu, nescaya kata2 Ummu Jah dan ideanya itu akan dipandang sebagai idea seorang tua yang dah nyanyuk. Langsung tak masuk akal, bahkan lebih teruk ianya sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebab itulah, dalam agama ini tidak membenarkan taksub dan taqlid buta.. apabila unsur taksub diserapkan dalam sesebuah pergerakan keagamaan, maka tak lain dan tak bukan adalah untuk mendapatkan sokongan pengikut2 yang taksub membuta tuli itu, supaya bila ada salah silap dalam perbuatan pemimpin itu, ianya akan cuba dijernihkan dengan pelbagai cara.. Orang taksub takkan menerima yang manusia itu sendiri punya kelemahan dan kesilapan tertentu.. Jadi, betul ke, salah ke, bukan lagi menjadi persoalan.. sebaliknya sokong je tak kira betul ke salah.

Pada kesempatan ini, Ustaz Love menyeru kepada semua yang masih lagi ada sifat taksub kepada Abuya dan taqlid buta kepada Ummu Jah, sedarlah sebelum terlambat. Ummu Jah pun takkan dapat menongkat langit.. sampai masanya, beliau pun akan meninggal juga mengikuti jejak Abuya.. ketika itu, adakah akan wujud watak2 lain pula untuk mempergunakan usaha pengikut2 taksub atas nama ketaatan untuk kepentingan diri mereka?

p/s: Dalam berita TV9, Ummu Jah dilaporkan berbelanja RM800k sebulan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

37 Comments

Add a Comment
    1. guna la apa nama sekalipun, kalau masih lagi memperjuangkan akidah yg sama, sama la juga sesatnya.. semoga Allah menyelamatkan akidah kita dan mereka πŸ˜‰

  1. Dulu pernah terikut kawan gi satu tmpt ni, ape ntah namanya.. Rufaqa’. Smpi sana, gile seram. Nak balik on the spot. Seb baik dtg berdua.. Huhu..

  2. jgn berat sebelah dalam membuat tuduhan, bias sangat,ukur diri dulu dahlah cakap seperti orang yang mengambil terlalu ringan tentang islamlepas tu nak hukum orang lain pulak, cuba muhasabah diri sendiri dulu sebelum nak kata apa2, cuba tengok diri sembahyang awal ke atau tidak…entah2 selalu qodho’ semayang,pastu tengok syariat aurat, hisap rokok tak?,keluarga pula macam mana?semayang jemaah tak? bagaimana pula pergaulan harian?bercampur tak lelaki perempuan atau pun rasa berdosa tak kalau terpegang perempuan ajnabi atau bila tertengok, pastu tengok keluarga adik beradik tutup aurat tak? semayang tak?makan duit haram tak?hisap dadah tak?dan lain-lain lagi jangan mengata atau fitnah tak pasal2 jadikanlah diri tu lebih baik sebelum nak tulis,semua amalan akan dicatat maka muhasabahkanlah amalan yang kita buat dahulu sebelum menuding jari…orang macam kamulah Islam hancur,memijak2 kepala saudara sendiri sedangkan ramai lagi orang yang buat salah…..

    1. apa gunanya bicara soal ibadah panjang2, kalau asasnya iaitu akidah sendiri dah rosak? πŸ˜‰

  3. di selayang ada satu kedai menjual produk2 ni. punye berhabuk, berdebu, kotor apa. memang takde pelanggan nak masuk. geng2 sendiri je yg beli. memang xkan maju ekonomi Islam kalau perkara sekecil distribution channel pun dah fail

    1. Ustaz Love pun biasa masuk kedai2 Global Ikhwan ni.. nampaknya takde la mesra alam sangat.. cuma kalau dengan geng2 diorang je nampak mcm mesra.. dah jd mcm clan plak πŸ˜‰

  4. Sepanjang blog ni, semuanya berbentuk tuduhan yang tak ada bukti dan nasnya. Kalau masuk mahkamah, semua tak laku. Setahu saya, tak pernah pula Ummu Jah buat blog khas nak tuduh sesiapa dgn bertubi-tubi sekali. Berhati2 membuat tuduhan itu lebih baik. Takut2 orang yang kita tuduh itu lebih baik daripada kita yang menuduh. Sekadar memberi peringatan.

  5. Kamu hanya menilai akidah org je?Akidah kamu sempurna ke?org yg kamu tuduh sesat tu lebih baik drp kkamu drp syariat drp membangunkan Islam . Kamu bagaimana.biasanya org bersyariat baik Akidahnya tentu baik.Islam bukan sekadar berkata2 ia perlu berbuat didalam kehidupan baru Allah dan rasul menilai jangan nak menyesat org je jika org itu x sesat,sesat itu akan kembali kepadanya.Takutlah Allah dan Rasul krn Allah dan Rasul melihat apa yg kita lakukan

    1. Takpe.. jangan kalut.. Ustaz Love tgh sediakan bukti2 yg diperlukan untuk pembongkaran kesesatan bekas pengikut al-Arqam terutama Ummu Jah.. lepas ni kita akan berbahas secara khusus, bukan menerawang mcm ni πŸ˜‰

    2. aku rs la kan,ummurina, hamba Allah n iriy ni org arqam kot..beria sgt komen..pulak tu xberani nk tunjuk pic sndr..nmpk sgt..

      1. sape kte kami hdup m’larat.kami trase senang sngt dngn jemaah ni..k’bajikan dan syariat kami terbela..lpas tu org2 GISB ulang2 alik ke luar negara utk promosi islam.hatta mekah pon mcm dah jd tempat kami dah..ssah ke tu.org yg m’nuduh GISB sesat bila lg nk buktikan.??sye tertunggu2 dr dlu..kalau bkan GISB siapa lg nk perjuangkn.sekadar ckap je lpas tu ktuk..dlm islam mestilah ade pengorbanan.xkn la ssah sikit kita xmmpu mmg dah jd sunnah org brjuang kalau hidup ssah.utk bukti bahawa kita cintakan islam.kalau xmmpu jngn kate duit hatta nyawa pon blom tentu lg kita nk korbankn..selagi kita xmati selagi tulah kita hidup dalam ujian.xkira ssah ataupun senang..tp bg org yg bertaqwa ujian tu pun 1k’indahan..utk m’ningkatkn diri dia..

        1. Salam.

          Kepada semua ahli GISB, jangan kecil hati atas teguran yang diberi. Ust Love ni jujur, dia hanya kemukakan fakta agar tuan2 berfikir, nilai dengan kaca mata yang Nabi dah gerenti iaitu Quran dan Sunnah.

          Ajaran2 yg dibawa oleh Ummu Jah dan suaminya ni dah jauh dari apa yg diajarkan Nabi SAW.

          Apa yg sesatnya GISB….? Banyak, terlalu banyak utk ditawaqufkan. Bukalah website rufaqa sesat. Penuh dengan fakta.

          Allah sayangkan kamu semua, wahai GISB. Ummu Jah tu dah banyak temberang, sampaikan Nabi pun boleh di telefon bila-bila masa, di mana shj (mcm iklan komersial). Kalian dah jadi bahan ketawa ummat ini. Saya cadangkan supaya anjang muar tu terjemahkan ajaran ummu jah ke bahasa Arab, hah, baru lah tahu bagaimana tindakan negara Arab dan K’jaan Saudi.

          Allah sayangkan kamu semua, wahai ahli GISB. Kematian abuya adalah jawapan ultimate dari Allah, bahawa dia bukan PBT. Sebelum ini sudah berapa
          byk message yg di bawa atas nama rasul yg tak menjadi. Siapa yg bohong?

          Allah telah memberi jawapan. Terimalah ianya dengan hati yg penuh kehambaan. Esok lusa ummu jah pula jalan. Janganlah pisang berbuah dua kali. Allah sayangkan kamu semua.

          Ambillah pengajaran, wahai saudaraku GISB.,,!

          Wassalam
          Din Taliban

          1. terbaik le din taliban. Saya dah cerita terus terang kat 2 pengikut tegar merea ni iatu rakan sekerja iaitu cikgu. Saya kata berdasarkan sumber seorang ulama suluk terkenal di sabak bernam abuya asaari tu dajal kecil ke 25. Mereka x caya. 2 profesor islam dari jordan pun bila terpandang gambar kulit buku yang ada gambar asaari kata kamu kena berjaga-jaga dengan orang ini. Dia ini al-kazzib bagi umat zaman ini. Bayangkan ulama jordan tak pernah jumpa asaari dibukakan hijabnya oleh Allah perihal siapa itu asaari muhamad yang beratus kali claim ini dari rasullullah ini dari syeiikh suhaimi almahdi. rupa-rupanya tertipu oleh jin tua yang sangat alim tapi munafik selalu berbisik dan mengilhamkan buah fikiran yang kononya hebat dan memukau manusia yang brsarang dalam sanubarinya. Jin itulah yang melakukan hubungan seks secararohaniah dengan ummu jah. Jelasnya ummu jah bela hantu raya tanpa disedarinya.

          2. soal hantu raya tu, Ustaz Love tak berani nak komen sebab di luar bidang pengetahuan Ustaz Love. Cuma bab ulamak Jordan tu, mungkin juga beliau ada maklumat tentang Abuya disebabkan banyak juga pelajar2 al-Arqam yang dihantar belajar di Jordan.

  6. Alhamdulillah. Ummu Jah dah terlepas dari tuduhan membawa ajaran sesat di Mekahn tidak berlaku pun hukuman pancung yang digembar gembur, kini ummu jah dah bebas dan akan balik Malaysia. Allah bersama dengan orang2 yang benar. InsyaAllah lepas ni kerajaan akan jernihkan kembali nama Al-Arqam, Rufaqa’ dan Global Ikhwan Sdn Bhd. Mereka inilah sebenar2 penyelamat, yang menyelamatkan mereka yang benar2 dalam kesesatan, ertinya orang yang kena tuduh sesat akan menyedarkan para penuduh sesat. Allah Maha Adil, pasti tersingkap segala yang haq setelah lama digenggam oleh yang bathil.

      1. Keluarga..
        Asalamalaikum? Saya kelurga yg taksub dngn ajaran al-arqam..sekarang iqkwan global..kesian ngn kehidupan dia orng pindah randah…anakb2 tak sekokah..dijadikan kuli di global ikwan..muda2 lgi sdh kawin…wanita2 bergaya sakan..cuba buka fb remaja ikwan..bukan main mulut celupar mulut dia orng…tasbih sentisa di tangan tpi jiwang karat..

        1. watak2 macam tu memang dah lama wujud dalam pergerakan al-Arqam.. jangan kata sesama kita, dengan ulamak pun mereka hentam sekali.. memang susah bila sesuatu pegangan itu dibina atas asas taksub dan taqlid buta.. umpama mengisi air dalam bekas yg bocor..

  7. Alhamdulilah, Allah bersama org2 yg benar, ummu jah telah beri kuliah kpd ustaz dan ustazah di jais selama 5 jam dengan majlis yg penuh tenang dan harmoni. Kini ummu jah bebas dari sebarang tuduhan dan akan terus mengembangkan jemaah kebenarannya. Polis dan KDN org pertama tak mahu masuk campur kerana mereka dah tahu siapa GISB, orang yang berhasad dengki sahaja takkan terima jemaah itu hingga mati, kecuali bagi org yang Allah izinkan.

    1. Hahaha.. skrip yg sama diucapkan oleh para pemimpin al-Arqam untuk menenangkan gejolak jiwa pengikutnya.. Masa zaman al-Arqam dulu, mereka kata bulu roma Abuya pun polis tak mampu nak sentuh, akhirnya bila Abuya ditangkap, dibotakkan kepala dan janggutnya, apa lagi mereka nak kata? Kali ni mereka cuba nak ulang skrip yg sama.. Good Job!! πŸ˜€

  8. biasa la tu ya asam garam, dalam gisb mane nak di ajar hidup senang lenang ni, sebab orang susah insyaallah mudah ingat Tuhan, ummu jah tu pun bukannye kaya, tapi nampak kaya, tengok la diri dia, gelang2 emas mane die nak pakai, baju2 nampak mewah tu semua orang bagi hadiah, dia berbelanja untuk islam, juta2 yang dia dapat bukannya dia simpan dalam bank, bank diguna sebagai laluan utk transfer je, sume duit2 tu akan dibangunkan untuk islam, buka projek islam sana sini bukan setakat dalam negara malah ke negara internasional. Memiskinkan diri untuk mengkayakan islam itulah erti pengorbanan, sekarang tengok hasil taangkapan di Mekah gisb tidak lagi dikatakan bawa ajaran sesat, tetapi jemaah yang kaya raya dalam berbisnes, dah peringkat empayar dah pun, satu dunia dah buka mata, dah nampak ape yang gisb buat. Dulu arqam buat kump nasyid, raihan,rabbani dan hijjaz tu anak didik arqam, sekarang tengok, ustaz love kita ni pun minat nasyid2 dan dapat manfaat hasil buah fikiran dan ilham Abuya, Ummu jah dan jemaahnya. Tak pe lah ustaz love, nak tolak gisb, tolak lah, nak ambil, ambillah…

    1. Ustaz Love pun minat juga kumpulan alternatif spt Greenday dan Offspring, kumpulan Trasher spt FTG dan Cromox.. dan kumpulan2 itu hadir sezaman dengan kumpulan2 nasyid yg dipelopori al-Arqam. Memang bagus nasyid2 yg dihasilkan disebabkan mereka punya kepakaran di bidang itu.. namun, ia bukan menjadi bukti bahawa akidah mereka itu betul disebabkan adanya ustaz2 yg meminati lagu2 nasyid mereka dan itu tidak membuktikan Ustaz Love mengiktiraf yg kumpulan2 muzik ini boleh menjadi ikon kepada agama.. muzik tak kira nasyid atau rock sekalipun hanyalah sekadar halwa telinga.. kalau dengar nasyid tapi solat pun tunggang langgang, takde la nasyid tu membawa apa2 makna. Kalau minat muzik rock, tapi solat 5 waktu dijaga dengan sempurna, pun tidaklah menjadikan muzik rock itu sebagai asas sesuatu amalan.

      Orang yg mengatakan jemaah GISB kaya raya ni ada 2 jenis.. sama ada mereka jenis yg suka dengar cakap2 orang ataupun mereka jenis yg tak nak terima kenyataan. Terimalah kenyataan yg ekonomi Islam ciptaan Al-Arqam dan GISB hanyalah ekonomi kapitalis yg memakai serban dan jubah untuk mengIslamkannya. Hasil kerja orang bawahan diperas dan dinikmati oleh pemimpin atasan dengan pelbagai alasan mengarut. Orang bawahan yg tolol ini pula menerima bulat2 kononnya atas dasar taat.

    1. haha.. ingatkan kenyataan rasmi Arab Saudi, rupanya kenyataan yang dimanipulasi oleh penulis blog.. masih belum berubah lagi puak2 Arqam ni.. dari dulu suka dok spin cerita.. amik gambar dengan ulamak, disebarkan pula yg ulamak tu menyokong perjuangan mereka.. Arab Saudi halau mereka atas masalah visa, dikatakan Arab Saudi sahkan tiada kesesatan berlaku.. sebijik macam perangai Syiah..

      Syiah pun Arab Saudi tak halang daripada menunaikan haji dan umrah.. yg ni boleh jadi bukti yg Arab Saudi sahkan Syiah tu tak sesat ke? πŸ˜€

  9. Aku kasihan dengan sikap orang sekarang…. nama saja ustaz tapi masing masing dah hilang akhlak… aku nampak seolah masing masing ada kepentingan….. Masing masing sembah Allah tapi masih nak bersikap menghuruharakan keadaan tuduh menuduh salah menyalah…. Nauzubillah…..

  10. elok sangat ustad love ni bawa kes gisb ke mahkamah. rasanya buang masa dan hanya menambah penyakit hati / mazmummah kalau sekadar latihan akal di laman sosial ni . Percepatkanlah. Buktikan sdh cukup. Kita Tunggu peperangan fikiran ini berakhir di mahkamah. Ustad love kena buat sesegeranya. Kita tunggu. Itupun kalau beranilah.

  11. Apa pendapat ustaz love mengenai Ashaari Muhammad . Adakah pembawaan Ashaari Muhammad sesat atau pembawaan Ummu Jah SAHAJA yg sesat atau kedua-duanya sekali ??

  12. Salam semua. isteri2, anak2 dan cucu2 abuya tengah berperang dingin sekarang ni. Umu Jah dibenci oleh anak2 madunya da dituduh rasuah dengan kerajaan Arab saudi untuklepas diri dari dihukum di Mekah. Ada pak arab mengaku jadi anak Umu jah. Fahad nama dia. Umu Jah kata Fahad bernilai 3 juta. Apa maksud 3 juta. he-he, semua orang tahu. Anak asaari nampak umu jah ni macam nenek kebayan waktu kat istana RSA. Belum lagi si umu ni pelencong dana rumah amal dengan beli lexus harga lebih 500k.Bukan nak bawa anak yatim pun tapi diguna untuk usung dia sebagai ceo badan rumah amal tu. Rasuah dah jadi mainan dia untuk tinggal lama kat mekah dan madinah. Kita ni sedang berperang kata dia. Tak ada masalah guna apa cara sekali pun kata dia.Asal matlamat tercapai. Matlamat yang kononnya baik tapi guna kaedah jalan yang salah. Wahai Tuhan hapuskanlah kumpulan ini dalam masa 10 tahun bermula sekarang. Amiiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme