I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Akhirnya Masalah Komunis Dah Selesai

Salam…

Setelah berpusing2 di sana sini, akhirnya Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan akhbar menyatakan pendirian parti itu berkaitan isu hero dan pengkhianat :

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Pas hari ini membuat pengakuan bahawa parti itu menolak ideologi dan perjuangan komunis serta menerima hakikat bahawa UMNO memperjuangkan kemerdekaan negara.

Berbeza dengan kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebelum ini, Setiausaha Agung parti itu Datuk Mustafa Ali memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat Pas di ibu negara hari ini bahawa parti itu tidak menafikan bahawa UMNO memperjuangkan kemerdekaan.

Mustafa berkata, terdapat dua kaedah perjuangan menuntut kemerdekaan iaitu secara konfrontasi menolak British dan cara ”peaceful cooperation” (kerjasama damai) yang dilakukan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar.


“Kita nak sebut perjuangan (kemerdekaan) tak bermula dengan penubuhan UMNO.

Pas juga menolak ideologi dan menolak perjuangan komunis. “Perjuangan sudah mula lama sejak Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman (Pahang), Dol Said (Melaka dan Negeri Sembilan), Tok Janggut (Kelantan), dan banyak lagi lain, menentang penjajahan Inggeris,” katanya.

Mustafa berkata, kenyataan hari ini adalah pendirian rasmi Pas selepas meneliti kenyataan Mohamad Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas, menyifatkan Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950 sebagai wira atas alasan mangsa yang terkorban adalah polis penjajah British.

Sementara itu Mohamad yang turut hadir dalam sidang akhbar itu berkata, nama Tunku Abdul Rahman dan Onn Jaafar wajar diletakkan sebagai tokoh pejuang kemerdekaan, tetapi tambahnya perlu disertai dengan nama-nama pejuang yang lain.

Mohamad berkata, polis juga sudah memanggilnya untuk memberi kenyataan dua hari lepas berhubung kenyataannya di Tasek Gelugor itu.

Sebelum ini, lebih 500 laporan polis dibuat di seluruh negara oleh pelbagai pihak, terutama bekas anggota pasukan keselamatan negara, yang marah terhadap kenyataan kontroversi oleh Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis sebagai hero. – Bernama

Mujurlah isu ini cepat diselesaikan.. ternyata, ianya merupakan kenyataan peribadi Mohamad Sabu, dan bukanlah pandangan rasmi parti PAS.. kalau tak, Ustaz Love sendiri akan berasa keciwa kerana seolah2 secara tak langsung, sebuah parti Islam menyatakan sokongan kepada komunis dan komunisme.

Tak kira la apa isunya, hero ke, tak hero ke, apa jua kaitan dengan komunisme sepatutnya tidak dipertahankan..

p/s: Ada satu lagi benda yg kena dijelaskan.. iaitu kaitan PAS dengan Syiah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. salam ub3y..

      Ustaz Love tak berhajat nak menceritakan panjang lebar tentang isu ni.. blog Ustaz Love ni pun bukan blog politik.. cukuplah Ustaz Love bagitau, ada antara watak yg terlibat dalam isu ni juga terlibat dalam isu syiah.. isu yg mana, Ustaz Love harap ub3y boleh mengkajinya 😉

      1. saya tau perihal tersebut. hehe. tapi tak salah ustaz kalau sekadar menyatakan pendirian terhadap isu tersebut. bukan sebagai kapasiti blog politik yg hentam2, fitnah2.

        mungkin bila suara ustaz didengari, pihak2 ‘mereka’ yang berpengaruh ni akan buat penjelasan.

        bukan apa ustaz, A tuduh B sesat, B tuduh C bidaah, C tuduh A melawan perintah Allah. duk main pusing2 tang situ. memang takkan berulang sejarah penaklukan kota konstantinople.

        sekadar menyatakan pendapat.

        1. insyaAllah, mungkin Ustaz Love akan buat entry secara umum saja.. memandangkan isu ini melibatkan para ulamak dan pejuang yang Ustaz Love hormati.. 😉

  1. maaf ye ustaz..saya nak mencelah..takde niat gak nak bangkitkan isu politik..tp sy kesal ari ni tgk kat MHI,namawee jd tetamu jemputan sbb die baru launch product terbaru die nasik lemak 2.0..
    sy kesal sgt nape die tak diamik tindakan..ade segelintir ckp namawee dijadikan ajen utk tarik pengundi cha ya nun alif..bgg sy,mangkuk tu lebey komunis drpd statement mat sabu..sekadar memberi pendpt..takde niat nak kondem mane2 pihak

      1. stuju ngan ust..ade pihak duk canang yg politikkan agama..tp bg sy yg kurang pandai ni, utk mengukuhkan sesebuah politik dan kestabilan negara,perlu dimantapkan dgn pengukuhan dan pegangan agama..

        1. apa pun, asasnya adalah agama.. nak berpolitik, biarlah berlandaskan agama.. jangan memaki hamun, jangan mencarut, mengumpat, memfitnah dsb.. insyaAllah, agama itu akan membersihkan politik. Kalau asas agama tak kukuh, politik itu yg akan mengotorkan agama.. sama seperti air sungai yg membersihkan baju, tetapi air dalam gayung cuma akan dikeruhkan jika direndam baju 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme