I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Zakat Fitrah

Salam…

Hari ni merupakan Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan.. terasa pantasnya masa berlalu.. tak lama lagi, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.. tak pasti lagi adakah kita akan bertemu lagi dengannya pada tahun akan datang..

Semua orang bergembira bila menjelang Syawal.. siap buat countdown lagi.. sekarang ni semua nak countdown.. sambutan tahun baru pun nak countdown, malam merdeka pun nak countdown (padahal kalau ikut sejarah, Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan keramat “Merdeka” itu bukannya tengah2 malam).. Bagi para solihin, mereka akan menangisi pemergian Ramadhan yang penuh keberkatan ini.. bagi yg tak berapa soleh (mcm Ustaz Love ni), mungkin juga akan menangis, tapi menangis sebab tengok cerita2 lawak kat TV..

Panjang plak intro.. Nak masuk ke tajuk pun tak tau macam mana.. hehe

Ustaz Love nak cerita ringkas2 je la.. tentang pembayaran zakat fitrah ni.. Kalau boleh, bagi sesiapa yang belum membayar zakat fitrah tu, sila la bawak dompet gi masjid hari ni.. datang awal2 sket dan tunaikan dulu kewajipan berzakat itu.. Jangan tunggu pagi raya baru nak bayar, sebab silap haribulan terpaksa beratur dengan warga asing yg biasanya akan bayar zakat pagi raya.. tambah2 lagi diorang ada yg jenis tak tau beratur.. mau bertumbuk sebab nak bayar zakat.. hehe..

Zakat fitrah ini cuma disyariatkan dibayar bermula 1 Ramadhan sehingga pagi Syawal (sebelum solat sunat Hari Raya).. bila dah terlepas waktu tu, zakat itu dikira mcm sedekah (pahala sedekah, bukan pahala zakat). Tak macam zakat yg lain (zakat harta, perniagaan dsb) yg boleh dibayar sepanjang tahun..

Kadang2, kita bukannya tak nak bayar.. Bukannya banyak pun.. kalau kat KL, RM7 untuk seorang.. cuma, kita ni selalu terlupa.. bab shopping baju raya memang jarang orang terlupa.. bab zakat ni yg selalu terlupa.. sbb tu sekarang ni para amil (tukang kutip zakat) pun dah advance.. kat mana2 je ada.. kat bazar Ramadhan pun ada.. kat stesen LRT pun ada.. kat shopping complex pun ada.. jadi, kalau gi masjid, amil takde (mungkin ada urusan lain), maka jangan la plak jadikan isu.. buat report amil tak bertugas la, amil pemalas la.. gi je kat bazar Ramadhan, jumpa la amil tu nanti.. hehe

Takpun, kalau dah malas sangat nak keluar, bleh bayar online.. nak guna kad kredit boleh (tapi kad kredit Islam la.. kat kredit tak Islam, tak bleh.. hehe), nak transfer daripada akaun pun boleh.. masa transfer tu, niatkan bayar zakat fitrah.. Bleh bayar kat sini..

Jadi, jangan gelabah sangat sampai terpaksa berkejar2 semata2 nak jumpa amil nak bayar zakat.. Mungkin la ada sesetengah orang, rasa mcm tak puas je kalau bayar online ni.. nak gak bayar cara manual, nak shake hand dengan amil (jangan perasan shake hand dengan jurunikah sudah).. lepas tu nak doa dengan amil.. itu pun takde masalah.. cuma, buat la awal2.. jangan tunggu saat2 akhir.. sebab amil ni pun ada jadualnya.. takut2, tahun ni amil tu balik beraya kat kampung, amil sorang lagi kena baca khutbah kat surau ke.. maka, bleh jadi isu.. kononnya takde amil nak bayar zakat..

Kalau bayar saat2 akhir juga, ditakuti resit zakat dah habis.. kalau nak resit, kena tunggu lepas raya.. nak kena amik no phone lagi, alamat lagi.. sbb nak pos resit.. kan dah menyusahkan.. padahal bayar zakat untuk sorang je (RM7), tapi beria2 nak resit.. takut kalau2 amil makan duit zakat tu kalau takde resit.. Jangan la sampai mcm tu sekali.. Amil tu bukannya dapat banyak mana pun bahagian zakat.. amil kat KL, dapat 1/12.. maknanya, untuk satu resit (RM7) tu, amil punya bahagian setakat kira2 RM 0.58 je.. biasanya seorang amil akan diberikan 10 buku resit (ada 500 keping resit).. Kalau habis semua resit tu, baru dapat RM 291.60.. kena bertugas kadang2 sampai tengah malam (terutama malam raya).. bonus kakitangan kerajaan pun 2 3 kali lagi banyak daripada bahagian amil.. jadi, jangan la berkira sangat.

Itu tahun lepas punya cerita la.. tahun ni rasanya masih lagi 1/12..

Apapun, Ustaz Love harap agar kita tak terlalai daripada mengerjakan rukun Islam yg ke-3 ini.. Semoga Allah membersihkan diri kita dan harta kita asbab daripada zakat yg kita bayar itu..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. betul ustad semlm sy pi tesco nmpk org zakat tu (amil baru tau gelaran dia heee) ms tu sy tgh naik eskelator nmpk dia kt bawah. eh kt sini pun dah ada wah senang la..tidak sy kena pi HQ opis sy nk p bayaq. so sy ckp dlm hati pas beli barang nk jumpa amil la nk bayar zakat tup2 dah sampai umah baru teringat heee ….mmg bab camni org mudah terlupa. heee

    1. orang zakat = amil
      orang minyak = pump attendant

      bayar je ikut online.. lagi mudah.. bayar secara manual, bukan bleh shake hand dengan amil tu pun.. hehe πŸ˜€

    1. amil tak amik gaji.. amik bahagian zakat je.. yg dapat elaun walaupun tak kutip zakat cuma ketua amil.. sbb kerjanya lebih kepada pemantauan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme