I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Waktu Berbuka Dan Waktu Imsak

Salam…

Pehh.. rajin banget Ustaz Love membuat entry.. sampai ke tengah malam pun terasa nak buat entry lagi.. Ustaz Love sekadar nak membantu sikit2 bagi yg memerlukan bantuan.. Sebab lepas Subuh ni dah start hari pertama puasa, maka banyak perkara berkenaan puasa yang nak kena korek balik.

Bab nak tahu tu satu hal.. bab silap faham tu satu hal yg lain.. jadi, entry ni ditulis untuk menjelaskan silap faham dan kekeliruan ramai orang.. walaupun dah dinyatakan berkali2, nampaknya media massa mengambil sikap mengekalkan kesilapan tersebut.. jelasnya, entry ni bukanlah nak bagitau waktu imsak dan waktu berbuka puasa di negeri2 Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak.

Waktu berbuka, semua orang faham.. bila masuk je waktu maghrib, maka waktu itulah waktu berbuka puasa. Tangan pun dah terketar2 pegang gelas nak tunggu azan berkumandang..

Cuma bab imsak yang agak mengelirukan.. kebiasaan waktu imsak dicatatkan kira2 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.. maka, bila disiarkan dalam tv dan akhbar pasal waktu imsak ni, maka ada antara kita yg memahami waktu itu dah tak boleh makan / bersahur dah..

Kalau diikutkan maksud imsak itu, memang la dah kena tahan diri (daripada makan dan minum serta perkara2 yg boleh membatalkan puasa).. tapi hakikatnya, imsak itu adalah apabila masuknya waktu Subuh.. ketika itu barulah bermula penahanan diri itu. Dan bukannya 10 minit sebelum masuk waktu Subuh itu dah tak bleh makan.

Cuma yg afdhalnya adalah mengakhirkan sahur dan berhenti makan sekira2 10 minit sebelum masuk Subuh.. supaya dapat membersihkan diri (gosok gigi daripada sisa makanan) dan bersiap sedia untuk bersolat. Hadis Nabi menyebutkan sekira2 50 ayat (dlm 10 minit ke 15 minit) sebelum masuk waktu Subuh.

Jadi, jika kita terjaga lagi 5 minit nak masuk waktu Subuh, jangan la frust sbb tak dapat bersahur.. cepat2 gi dapur makan kurma ke, minum air ke.. sekadar mengambil keberkatan bersahur.. jangan la masa tu baru nak masak nasik.. memang pakai makan untuk berbuka je la..

Bila kita terlalu highlight tentang imsak dan waktu berbuka ni, sebenarnya kita telah menyembunyikan perkara yg lebih penting.. iaitu solat fardhu Maghrib dan fardhu Subuh.. adalah lebih wajar di war2kan waktu solat berbanding waktu imsak dan waktu berbuka.. kerana imsak (berhenti makan 10 minit sebelum masuk waktu Subuh) dan berbuka (awal waktu) itu sunat, sedangkan solat fardhu itu wajib. Tak payah cerita pasal waktu berbuka pun, orang akan faham bila dah masuk Maghrib itu, maka dah sampai la waktu berbuka..

Mungkin bila diwar2kan waktu Maghrib berbanding waktu berbuka, orang akan cepat2 berbuka untuk cepat2 solat Maghrib.. lepas tu tak kisah la nak sambung makan ke, apa ke.. berbanding beria2 berbuka puasa sampai tak larat nak solat Maghrib πŸ˜‰

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
  1. kakjem setkan alarm tuk sahur pkl 5.15.ntah apalah sbbnya sahur pg tadi kakjem x terdgr bunyi alarm hp.tup2 alarm repeat pkl 5.35 klam kabut kakjem kejutkan smua org…

    1. Kihkih.. Nasib baik la masa tu bukan baru nak masak.. kalau tak, tak dapat la nak masak guna kaki je.. hehe πŸ˜€

  2. Terima kasih Ustaz.Memang sudah jelas sekarang ni tentang Imsak.Lazimnya saya gopoh gapah nakstop minum air bila nak dekat waktu Imsak.Saya sekarang faham yang ada lagi fleksibiliteit nya.

    1. Sewajarnya perkataan imsak itu diganti dengan perkataan lain untuk mengelakkan orang ramai lebih keliru.. sbb bermulanya imsak (menahan diri) itu adalah apabila terbit fajar (Subuh)

  3. salam ustaz , sye nk tnye klu saye sahur , lpas tu tetibe bnyi azan…mknn yg dlam mulut x hbs lg…apakah patut sye kluarkn balik or hbskn mknn tu…sbb de org kate , x bole.. ade pulak cakap bole…hbskn mknn dlam mulut n minum air ckit…hmm….saye confuse la..ustaz bole bgtau , yg mne satu sebenarnya yg betul ???

    1. salam syafinaz..

      keluarkan balik.. kalau makanan tu dah sampai ke kerongkong, maka boleh telan.. kalau masih dalam mulut, maka kena luahkan balik πŸ˜‰

      1. Oo…begitu…terime kasih ye ustaz…tp ari tu sye sahur , bile dgar bnyi azn…mknn yg dlam mulut sye kuncah lg..n kmdn minum air….pas2 sye puase la…jd , puase sye tu sah ke x ye ustaz ? saye berpuase nazar…klu x sah kene puase lg la ye ? mntk penjelasan dari ustaz…syukran… πŸ™‚

    1. waktu berbuka puasa sama saja tak kira puasa wajib atau puasa sunat.. iaitu apabila masuk waktu Maghrib πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme