I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ustaz Love Keracunan

Salam…

Dah nak habis pun bahagian pertama Ramadhan, sekejap je rasa. Alhamdulillah, sepanjang berpuasa Ustaz Love dapat menjalaninya dengan baik.. takde rasa lemah badan ke, kelaparan ke..

Cuma hari ni, Ustaz Love telah diuji.. Kesakitannya hanya Allah yang tahu.. tak dapat nak digambarkan dengan kata2 (apatah lagi Ustaz Love ni kekurangan perbendaharaan kata).. tapi, terasa mcm tak tahan.. kalau angkat dumbell sepanjang hari pun, rasanya masih larat lagi nak berjalan sana sini..

Ustaz Love telah mengalami cirit-birit (anak Ustaz Love panggil berak tercicir).. tapi takde la sampai tercicir.. cuma perut rasa berangin je.. sebenarnya dari semalam lagi terasa perut kembung (cover.. hehe) dok berangin2 je.. ingatkan sebab ada gangguan jin. Ustaz Love pun tak ambil peduli la sangat.. cuma pagi tadi memang tak tahan..

Sejuk kaki tangan.. kepala pun rasa sejuk.. rasa mcm keracunan makanan je.. bila dah selesai, badan pun terasa sangat keletihan.. dan tiba2 terasa lapar yang amat sangat.. Mungkin ada kaitan dengan kehilangan cecair dalam badan.. agaknya, sbb tu la doktor biasa bagi serbuk garam tu.. untuk menggantikan bendalir barangkali..

Ustaz Love terus memikirkan, apa yg silapnya perut ini.. biasanya agak kebal.. makan la pedas mcm mana pun, steady je.. Tapi bila teringatkan sate paru yg Ustaz Love makan semalam, rasa mcm ada sesuatu yg tak kena.. Sebab lepas makan sate tu, terus perut rasa berangin sehingga terkentut2 kegirangan..

Ustaz Love pun dah serik nak beli makanan kat bazar Ramadhan.. terutama makanan yg ada kaitan dengan sambal.. lagi baik beli kat restoran ke, mamak ke.. takpun masak sendiri.. lebih terjamin cara masakannya..

Andainya keracunan ini sampai ke tahap kritikal, harap dapat maafkan segala keterlanjuran kata Ustaz Love.. dan jangan lupa sedekahkan al-Fatihah.. Tapi sebelum tu, doakan la dulu semoga Ustaz Love sembuh.. T _ T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
    1. Jazakallahu khairal jaza’..

      terima kasih atas doa itu.. semoga Allah memberkati kehidupan kita.. πŸ˜‰

  1. YA Ustaz….,klau dah tau sakit pergilah berubat…jgn dibiarkan sampai melarat pulak….doa je x cukup tanpa usaha..WallahuA’lam…tapi kira hebat jugak ni sbb masih boleh menulis entry…hhiihi

    1. seandainya Ustaz Love menulis menggunakan perut, nuscaya tak mampu la nak menulis.. insyaAllah, lepas berbuka nanti Ustaz Love akan makan pil pochai πŸ˜€

        1. pochai insyaAllah halal.. sbb drp kecik sampai ke besar ni, takde pun jakim cakap apa2 pasal pochai.. hehe πŸ˜€

  2. ustad pun suke mkn pil pochai??? ngeee pastu minum teh o pekat tanpa gula ustad. bagi cecair yg kuar tu mengeras balik mcm biasa hiks.

    ustad, nak tanya (dtg sini mesti ada jer nk tny kn hiks) apa maksud ustad gangguan jin tu?? sy blurr bab tu x dpt nk tangkap maksud ustad.

    1. itu je la ubat yg Ustaz Love mampu nak beli.. memang digunakan sejak turun temurun.. lepas makan je, insyaAllah cecair itu akan mengeras.. tapi tidaklah sampai menjadi sembelit.. kalau jadi mcm tu, julap mampu menyelesaikannya πŸ˜€

      hehe.. bab gangguan jin tu, Ustaz Love saja nak tembak kakjem kihkih.. tiada kaitan dengan entry.. sbb tu kalau baca entry Ustaz Love, jangan serius sangat.. hehe πŸ˜€

      1. kihkihkih..padan muka..yg memandai2 tulis kena mengena ngan jin ngapa…(apa plak kena mengena ngan kakjem…odoyaiii kelakorrnya…)hehehhehe

        1. kihkih.. sbb kakjem adalah mahaguru Ustaz Love dalam bab2 jin ni.. kihkih.. gurau je πŸ˜€

  3. Syafakallah πŸ™‚

    Hamba dhaif ada soalan nak tanya la. Harap tak mengganggu la ye.

    1) Adakah Nabi pernah buat solat istikharah?

    2) Ada sahabat ana sarankan untuk lakukan istikharah dengan cara yg lain sikit.

    Begini caranya, dia suruh tulis tuliskan dua pilihan kita tu dalam kertas. 2 kertas itu diasingkan lalu diletakkan di bawah sejadah. Kita dikehendaki melakukan solat istikharah tu sebanyak 3 kali. Setiap kali selesai solat istikharah tu, cabut salah satu daripada kertas itu dan lihat yang mana kita dapat. Kalau dapat 2/3. Yang tu la pilihan kita.

    Hmm, ana tak tau dia ambik kaifiat ni kat mana. Kalau boleh Ustaz bagi dalil yang bersumber ye.

    Jazakalllahukahir πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme