I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tips Balik Kampung

Salam…

Nampaknya, KL semakin sesak dengan mereka2 yang semuanya menuju ke luar KL.. nak balik beraya.. jeles rasanya Ustaz Love melihatkan kegembiraan mereka nak sambut raya bersama sanak saudara di kampung.. Bila kereta banyak atas jalan, maka jalan pun akan jadi jem la.. jadi sangat menuntut kesabaran.

Ustaz Love pernah menempuh perjalanan 12 jam ke Terengganu masa cuti Raya Cina.. sampai berasap kereta.. siap bleh matikan enjin dulu, jalan2 kat luar.. nampak kete depan gerak sket, baru masuk balik start enjin… nasib baik la masa tu bukan Raya Puasa.. kalau tak mau Ustaz Love parking kete kat tepi dan bakar lemang kat situ..

Dalam persiapan nak balik kampung ni (mungkin ada yang bertolak pagi esok selepas sahur.. mata pun segar sket).. kena buat checklist persiapan agar takde benda yang terlupa ke, tertinggal ke..

1. Of course kena kemas beg pakaian kan.. jangan lupa bawak benda2 peribadi sendiri.. Kalau Ustaz Love, selalu sangat tertinggal berus gigi.. sbb berus gigi letaknya kat bilik air.. tak sempat nak cek.. nasib baik selalu spare kayu sugi.. Dan yang paling penting, jangan lupa bawak baju raya.. kalau tertinggal, memang menangis la.. orang raya pakai baju melayu, baju kurung.. kita plak beraya pakai kemeja petak2.. dah macam warga asing plak..

2. Rehat cukup2 malam ni.. jangan overnight.. takut esok mengantuk plak dalam perjalanan.. Satu family tu kena tidur awal.. sekurang2nya, bila masa memandu esok, ada orang yang layan berborak ke, tolong alert ke.. jangan biarkan sang pemandu memandu berseorangan.. kelak mereka bakal berhalusinasi..

3. Pastikan barang2 berharga di tempat yg selamat.. maklum la, biasanya nak raya ni, duit memang dah tukar siap2.. jadi banyak la cash money dalam wallet ke, sampul ke.. jangan biarkan merata.. kang tak merasa plak anak2 buah duit raya daripada mak dan bapak buahnya..

4. Sambil2 tu pasang la lagu raya.. bagi ada suasana sket.. jangan plak pasang takbir raya.. itu namanya terlalu gelojoh nak beraya.. hehe..

5. Bila nak keluar esok, pastikan kepala gas dah dicabut (kalau pakai dapur gas la.. kalau pakai dapur elektrik, nak cari mana kepala gas?).. cek semua pintu dah bermangga ke belum.. kalau bleh, letak banyak2 mangga pun takpe.. letak skali mangga yg ada rantai.. bagi nampak banyak..Β  Kalau ada motor ke, letak dalam rumah.. kotor sikit je, nnt bleh cuci.. jangan biarkan kat luar (terutama rumah yg pagarnya dah nak roboh).. kalau duduk rumah flat, nak buat mcm mana kan.. takkan nak usung naik lif / tangga plak.. tawakal je la.. ada baiknya kalau tinggalkan kat rumah member yg rumahnya atas tanah (rumah teres ke, banglo ke).

6. Periksa semua plug.. jangan ada yang terpasang.. kecuali plug peti ais.. takut2 berlaku litar pintas dsb.

7. Sebelum masuk kereta, pastikan lagi semua pintu dah berkunci, gas dah cabut.. dah off semua plug.. supaya tak was2 masa dah tengah2 perjalanan.. cek juga barang2 takut ada yg tertinggal.. Ada yg kata, lebih baik biarkan lampu terpasang, supaya pencuri tak mudah nak masuk.. sbb cerah.. tapi, pandangan Ustaz Love plak, kalau bukak lampu, lepas tu tinggal seminggu, mau terbakar lampu tu.. kalau setakat terbakar lampu ok lagi, buatnya short-circuit sampai terbakar rumah? Jadi kalau setakat balik 2 3 hari tu, mungkin boleh la pasang lampu.. kalau dah nak balik seminggu tu, pada pandangan Ustaz Love, biarlah tak berlampu..

8. Sebelum naik kereta, amalkan adab2 dulu.. masuk kaki kanan (kalau tak merumitkan la).. jangan lupa baca Bismillah.. kemudian bila kereta dah bergerak, bacalah doa naik kenderaan..

9. Kalau memandu, jangan lupakan semua function yg ada kat kereta.. ada signal, ada hon, ada side mirror dsb.. gunakan sebaiknya..

10. Jangan bawak laju sangat.. bawak slow2 pun boleh sampai apa.. raya pun lambat lagi.. jadi jangan terkejar2 sangat..

11. Kalau esok dah tak tahan sangat (letih dalam perjalanan.. penumpang plak tak reti nak bawak kereta), maka diharuskan berbuka.. Itu lebih baik daripada terus berpuasa dan membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

12. Bila dah sampai esok, ucapkanlah alhamdulillah.. kerana Allah telah memelihara kita sepanjang perjalanan..

Setakat itu saja yg mampu Ustaz Love sampaikan.. kalau ada sesiapa yg nak tambah, dialu2kan..

p/s: betapa tak bestnya buat entry yg kita tak bleh nak amal (Ustaz Love tak balik kampung tahun ni).. uhuuu.. huuu.. (T – T)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. As salam. Tips yang menarik.. terutamanya no. 8 & 9. Ramai orang tak ingat atau tak reti tertip naik kenderaan. Asal naik, asal jalan je.

    1. as salam hidayati..

      bila kita buat sesuatu dengan adab dan tertib, insyaAllah selamat daripada bahaya dan bencana.. makan pun nak kena duduk elok2, kunyah perlahan2, jangan gelojoh.. kalau tak nanti tercekik.. itu sendiri punya makan tu..

      bayangkan atas jalan raya.. kalau tak ikut adab tertib, bukan setakat membahayakan diri kita, bahkan orang lain yg turut menggunakan jalan yg sama πŸ˜‰

  2. syukran πŸ™‚ tips no 4 paling besh hehehhe me bertolak balik kg ptg ni…doakan me selamat sampai balik kg and selamat balik KL plak nanti lps raya

    nanti i nak jemput ustaz love dtg beraya πŸ™‚

    1. insyaAllah… semoga mama selamat pergi dan balik.. terima kasih sbb sudi jemput Ustaz Love beraya πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme