I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Terasa Sayunya Hati

Salam..

Sehari dua ni, hati Ustaz Love sangat terasa sayu.. Tau tak sebab apa sangat taching hati ini.. Sebelum ni, walau dugaan badai melanda, Ustaz Love masih lagi mampu tersenyum dan ketawa, disertai kentut sekali sekala..

Mungkin juga ada kaitannya dengan nak sambut raya.. Mana2 blog dan status FB, semuanya mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf zahir dan batin disertai dengan wajah2 keriangan nak balik kampung.. Hari Raya kali ni terlalu berbeza dengan sebelumnya.. Mungkin sebelum ni agak sibuk, jangan takde masa sangat nak memikir pasal taching2 ni.. Sekarang ni waktu lapang banyak, jadi kenangan2 lalu selalu menjelma..

Masih terbayang2 kenangan suasana nak balik kampung beraya.. Daripada kecik sampai ke besar, Ustaz Love memang jarang balik kampung.. sbb family banyak kat sekitar KL ni.. Cuma ada sekali sekala, bila arwah mak ayah nak balik kampung, Ustaz Love la menjadi antara orang yg paling riang sekali.. tak sanggup nak tido memikirkan nak balik kampung tu..

Masa tu, pengangkutan utama nak balik memang bas la.. tak tau apa jenis bas.. tapi bas jaman tu, ada toilet kat dalam bas.. Siapa2 yang dapat seat sebelah jamban tu, memang dah nasib beliau la.. Masa tu, akan terasa betapa untungnya ada penyakit resdung.. hehe..

Jadi, Ustaz Love satu family akan naik bas kat Puduraya (skrg ni dah jadi Pudu Sentral).. Perjalanan tanpa henti (masa tu mana ada R&R).. Jalan pun kiri kanan banyak hutan je.. Perjalanan malam sungguh menakutkan.. lampu jalan pun takde.. highway pun takde.. tambah2 plak, jaman tu komunis belum letak senjata.. Kira perjalanan balik kampung tu, memang seronok, tapi mendebarkan la..

Arwah mak Ustaz Love akan bawak bekal telur rebus.. kalau tengah2 perjalanan tu terasa lapar, maka makan la telur rebus tu.. kalau ada sesiapa terbau kentut, takyah la cari orang lain.. memang salah seorang ahli keluarga Ustaz Love la punya kerja tu.. hehe..

Bila dah sampai stesen bas, pagi2 memang takde bas nak masuk ke kampung.. Nak naik kereta sewa, mahal plak.. Jadi tido la kat stesen bas tu anak beranak.. Arwah ayah Ustaz Love yang masa tu kerja pengawal keselamatan, bertindak menjadi jaga untuk family tido. Bila agak dah cerah, baru amik bas masuk ke kampung..

Kat kampung masa kecik2 memang meriah.. sepupu sepapat semuanya berkumpul.. masa tu la arwah mak Ustaz Love akan cuba sedaya upaya memperkenalkan sanak saudara.. yg tu makcik, yg tu mak lang, yg ni pak teh, yg tu pak ndak.. termasuk la sepupu2, dua pupu dsb.. Kalau takde orang2 tua ni memperkenalkan anak2, memang tak kenal la sedara mara..

Bila arwah mak ayah dah takde, Ustaz Love pun sibuk dengan urusan kerja la, peribadi la, busybody la.. sampai jarang sangat balik.. Bila balik sekali sekala, memang dah tak kenal dah sepupu2, apatah lagi dua pupu.. Nasib baik mak sedara pak sedara ada lagi.. bleh la diorang perkenalkan..

Ustaz Love teringat lagi anak buah sedara Ustaz Love (kira ayah Ustaz Love adalah tok sedara beliau) nak datang beraya kat rumah.. Ustaz Love plak masa tu baru balik kerja.. sama2 tunggu bas.. naik bas yang sama.. ikut jalan yg sama.. turun tempat yg sama.. lepas tu Ustaz Love singgah kat kedai, bila sampai rumah, baru perasan, aweks yg tunggu bas sekali dengan Ustaz Love dah ada kat dalam rumah.. terpanjat boboy!!

Bila masing2 terkentut terkejut, baru la diceritakan asal usulnya.. rupa2nya beliau tu pangkat anak sedara Ustaz Love.. gitu la gayanya bila dah lama tak berjumpa.. last jumpa masa jaman sekolah.. mana nak ingat..

Jadi, nasihat Ustaz Love, bila balik kampung nanti, jangan lupa ziarah semua sedara mara.. berkenal2an mengeratkan kembali tali persaudaraan.. jangan duduk kat rumah je dengan alasan tunggu tetamu datang.. padahal nak layan movie yg best2 masa raya.. Kenalkan anak2 dengan mak sedara pak sedara mereka, juga sepupu sepapat mereka.. Jika budaya ini diteruskan, insyaAllah, takkan terjadi mcm kes Ustaz Love tadi.. tak kenal anak sedara sendiri..

p/s: Macam mana la agaknya raya tahun ni.. meriah kah? Sunyi kah? Gembira kah? Sedih kah? Kah kah kah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. seronok baca pengalaman ustaz love balik kampung zaman dulu-dulu. canggih gila ada toilet dalam bas. huhu.

    selamat hari raya!!

    1. jaman tu, walaupun ada toilet dalam bas, jarang orang nak guna.. melainkan kalau dah terpaksa.. biasanya sebelum naik bas dah buang siap2.. ye la, naik bas bukan mcm naik keretapi.. kalau naik keretapi, walaupun ada goyang2, tapi takde belok2.. kalau bas ni, rajin benar beloknya.. elok je nak berak kat lubang, sekali dia belok, terberak atas kasut.. hehe..

      Lagipun standard la toilet awam (termasuk yg dalam bas).. memang tak lalu nak tengok πŸ˜€

  2. salam ustazlove,

    sayu rase hati ..entah knp,raye thn nie cam x terasa nak menyambutnye…x tau kenapa…T_T
    bukan setakat sedih,sunyik atau kah kah…bermacam2 rase adeee…

    lama beno ghasenye sy x singgah sini dn komen dak?
    apekah disebabkan oleh itu ustzlove jadi sayuu?? kih kih kih(perasan lebih)
    dikesempatan ini sy ingin mengucakan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA kpd ustaz dan family…semuga gembira dn ceria menyambutnye…:)))

    1. salam ateh..

      semoga ateh sihat2 selalu.. kalau sakit, kena makan ubat dan doa banyak2.. kalau tak, rugi tak dapat nak makan lemang dan rendang sampai kembung πŸ˜€

      Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin juga diucapkan buat ateh.. kalau ada salah silap, terkasar bahasa, terlanjur bicara, harap dimaafkan πŸ˜‰

    1. mak ayah kena ajar anak2 daripada kecik supaya berhubung dengan saudara mara.. kalau tak, memang budaya ni akan pupus πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme