I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tanyalah Ustaz

Salam…

Setelah sekian lama Ustaz Love menonton rancangan Tanyalah Ustaz kat TV9 secara langsung sepanjang bulan Ramadhan ni, Ustaz Love ingatkan ianya sekadar lakonan biasa.. maksudnya, kalau ada yg bertanya, biasanya soalan tu dah diberikan terlebih awal.. ala2 mcm forum perdana gak.. soalan tu memang dah disediakan daripada awal.. penonton yg bertanya pun dah disediakan soalan daripada awal..

Sebelum ni, soalan2 agak skema ditanyakan kepada Ustaz2 yang dijemput.. dan soalan berdasarkan pendapat dan soalan umum biasanya takde masalah nak jawab.. asas dah ada, apa ada hal.. hehe..

Tapi bila soalan tu melibatkan fakta, maka memang kalut sket.. sbb bukan bleh sesuka hati nak bagi jawapan berdasarkan pendapat sendiri.. kena bagi fakta juga..

Pagi tadi punya segmen, bertajuk Maqasid al-Quran (maksud / tujuan al-Quran).. tajuk dia agak umum, dan penjelasan dia pun agak umum.. Penyampainya merupakan seorang Prof..

Tiba part soal jawab, ada seorang jemaah wanita dah bagi soalan cepumas.. pada Ustaz Love, soalan tu takde la susah mana pun, cuma mungkin disebabkan panik, Ustaz tersebut nampak terbatuk2 nak menjawabnya, serta memberikan jawapan yg agak kurang tepat.

Ustaz Love terus teringat masa muda2 dulu.. masa temuduga jawatan kat sebuah U.. memang betul2 panik.. hatta surah Sajdah yg disuruh baca pun, Ustaz Love bleh bercampur aduk dengan surah Yasin.. surah Yasin pun tak ingat.. tapi itulah kan, bila dah panik, benda mudah pun tak mampu nak jawab.

Sebab itu, kalau kita perhatikan sekarang ni, para Ustaz yang bagi kuliah kat masjid, jarang dah bukak soalan untuk jemaah bertanya.. biasanya diorang akan ceramah sampai la dah nak masuk Isyak.. jadi, selamat takde yg bertanya.. kecuali la beberapa orang Ustaz2 yg hebat seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim, Ustaz Zul Ramli dsb.. memang tumpuan orang nak dengar jawapan atas soalan yang ditanya.. tambah2 mereka2 ni berilmu tinggi, datang plak dengan pakej sense of homour, ada pengetahuan semasa dsb..

Kadang2 soalan yg live, memang susah nak jawab.. apatah lagi jika bukan dalam bidang kepakaran Ustaz tersebut.. sebagai contoh, jika Ustaz itu lulusan Bahasa Arab, tetapi soalan yg ditanya berkaitan ilmu hadis, ada kemungkinan jawapan yg beliau berikan agak kurang memuaskan.. kerana beliau tak mahir bab itu.. tapi, kalau tanya bab nahu sorof, memang cair la jawapannya..

Sebab itu, kita tak boleh nak membandingkan antara seorang Ustaz dengan Ustaz yg lain.. masing2 ada kelebihan dan kekurangan.. jangan plak bila kita dah tau dia ada kekurangan kat satu2 sudut, kita plak dok tuju bahagian tu demi nak menampakkan kelemahannya..

Rancangan live sepatutnya telah dirancang awal.. jangan buat betul2 live.. Ustaz Love dah tengok rancangan Lawak Minggu Ini.. sangat tak berkualiti kalau nak dibandingkan dengan Maharaja Lawak.. bezanya, satu lawak spontan, satu lawak yg dirancang.. maka lawak yg dirancang itu nampak lebih menyengat..

Kita kadang2 tak tahu penonton yg nak bertanya itu, bertanyakan soalan yg sepatutnya ataupun yg tak sepatutnya.. Ustaz Zahazan yg berilmu tinggi itu pun nyaris2 terkena dengan jemaah yg bertanya ilmu tahap tertinggi berkaitan iktikaf.. mujur beliau ada membawa bersama kitab yg menceritakan bab iktikaf..

Sebab itu, Ustaz Love sangat respek pada Ustaz2 yang mampu menjawab soalan spontan ini.. Ini menunjukkan keluasan ilmu mereka.. Tak seperti jawapan2 Ustaz di forum internet ke, blog ke, e-mail ke, mereka masih lagi boleh merujuk kepada kitab2 tertentu untuk mencari jawapan kepada persoalan.. Pun begitu, mereka juga punya kelebihan.. kerana ada kemungkinan Ustaz2 yg hebat berceramah, tetapi ada kekurangan dalam bab penulisan.. Ada juga Ustaz2 yang tak pandai sangat berceramah (ceramah tak menarik hati), tapi mempunyai gaya penulisan yang menarik minat..

Semoga Allah memberkati usaha2 kita dan mereka dan menyampaikan dakwah Islam.. tak kira medium apa jua yang digunakan.. dan sokongan para penonton juga amat diharapkan supaya ilmu yg disampaikan itu dapat disebar2kan.. mungkin setakat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.. ada kemungkinan yg mendengar itu lebih punya kekuatan untuk beramal berbanding yg menyampaikan.. sekurang2nya, ada juga saham akhirat buat kita..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
    1. Ustaz2 lain tu serius sbb diorg menjaga tsiqah (kepercayaan).. orang kuat melawak ni, kurang tsiqahnya.. mcm Ustaz Love ni la.. akhirnya, orang pun kompius mana satu kenyataan yg serius, mana satu kenyataan melawak.. πŸ˜€

  1. boleh dikatakan sepanjang bulan pose ni tak pernah miss tengok tanyalah ustaz dan ustazah..hari2 lain kejap ada kejap xde..macam biskut je…
    tapi paling tak jemu dengar ustaz azhar lah…..tak ngantuk pun…

    1. hari2 biasa, program tanyalah ustaz tu ada hari jumaat je (kalau tak silap).. bulan puasa ni, tiap2 hari ada secara langsung. πŸ˜‰

  2. sy slalu tgk rancangan tanyalah ustaz pd tgh malam.. sesi ulangan pagi punya.. tapi kt sini, x perlu tggu tgh malam.. bila2 free trus singgah jaa πŸ™‚

  3. ustazlove ni ketegori ustaz apa agaknya ya…….(jgn ust miang sudah lerr hihihihi) ingatkan ust gatai mana nak add fb kakjem..,rupa2nya kenalan lama……

    1. Ustaz Love ni kategori ustaz kampung je.. siang keje jaga lembu, malam keje jaga masjid.. hehe πŸ˜€

    1. Kalau Ustaz Love masuk rancangan Tanyalah Ustaz, bila ada orang tanya je, Ustaz Love akan jawab : “Nanti Ustaz Love jawab dalam entry”.. kihkih πŸ˜€

  4. Diharap ustaz dpt teruskan menulis di blog ini….ada jugak
    pengisian rohani buat penjahat mcm sy nie…harapkn nk ke masjid dengar ceramah..haram x pegi….taufik hidayah itu di tngan Allah…kta hnya mampu berusaha…semoga Allah memberkati kta sume dn menurunkn belas rahmat taufik hidayahnya kpd kta sume…lebih2 lg insan keras hati cam Tornado..hehhehehhehhhehehe

    1. insyaAllah, jika ada ruang dan peluang Ustaz Love akan terus menulis.. tapi jangan harapkan penulisan Ustaz Love semata2.. sbb Ustaz Love ni banyak merapu.. cuma Ustaz Love harapkan, kalau ada kebaikan daripada penulisan Ustaz Love ini, dapatlah menjadi bekal buat Ustaz Love kat akhirat nanti..

      alangkan batu yg keras itu pun kalau tiap2 hari dititik air, akan lekuk juga.. apatah lagi hati manusia.. semoga Allah s.w.t. tak putus2 menitikkan taufiq dan hidayahNya ke hati kita.. insyaAllah, amin πŸ˜‰

  5. ustaz nak tanye.. ape hukum jatuh talak kat isteri yang mengandung.. saya tahu edah smpai lepas bsalin, tp nk tau haram ke harus??

  6. Assalamualaikum uztad, 1) suami saya telah melafazkan talak..pada masa itu saya sedang menjadi penjamin visa untuk mak saya..tiba saya di wisma, suami saya menelefon saya menyuruh saya balik ” KAU BALIK SEKARANG, LAU KAU TAK BALIK SEKARANG AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK 3″ .. pada masa itu mmg saya tak balik..dan selepas itu saya rujuk kepada pejabat agama dan seterusnya ke mahkamah, di hadapan hakim suami saya mengatakan yang beliau tidak menetapkan masa.. sedangkan jelas pd pendengaran saya perkataan “SEKARANG”.. dan disebabkan kenyataan itu hakim memutuskan tidak jatuh akan talak.. kemudian yg ke 2) selepas kejadian itu saya telah mengetahui bahawa suami saya telah curang dibelakang sy..apakah berdosa suami saya membawa perempuan lain keluar???dan saya pun tidak tahu apa yang mereka lakukan.. seterusnya, apabila saya telah mendapatkan bukti saya telah menelefon perempuan tersebut bagi memuaskan hati saya untuk mengetahui perhubungan mereka..dengan rasa hampa, perempuan itu mengatakan “EH KAU KAN DAH BERCERAI TALAK 3, LAKI KAU MEMANG ADA AJAK AKU KAHWIN TAPI AKU YANG TAK NAK, BILA AKU TANYA KENAPA NAK KAHWIN LAKI KAU CAKAP DIA DAH CERAI DENGAN KAU TALAK 3 DAN TAK KAN MUNGKIN BERSAMA LAGI” ..saya mohon jasa baik uztad menjawab soalan saya dengan secepat yang mungkin..kerana saya tidak mahu mempunyai ikatan yang tidak sah..saya baru sedar sedangkan perkataan ‘ aku dah takde isteri” pun kemungkinan boleh jatuh talak..terima kasih uztad..wassalam..

    1. 1) Kita hanya menghukum apa yg zahir. Jika suami menafikan, maka peganglah pada itu. Jika beliau berbohong, maka beliaulah yang akan menjawabnya di akhirat nanti.

      2) Ia masih lagi tertakluk kepada penjelasan suami. Jika benar beliau menyatakan kepada kekasihnya itu yang beliau sudah menceraikan puan, maka puan sebenarnya telah tertalak. Jika suami puan menafikannya, maka sekali lagi puan perlu adukan ke mahkamah dan bawa wanita skandalnya itu sebagai saksi.

      WA

  7. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya ingin tahu hukum berkahwin serentak. Bolehkah seorang lelaki berkahwin dengan 2 wanita yang dia sayang serentak, pada waktu yang sama.

    Saya agak musykil.

    Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme