I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tadarrus Al-Quran

Salam…

Sebelum Ustaz Love teruskan entry ni, Ustaz Love nak mengimbau kembali kenangan jaman sekolah dulu.. Tiap kali masuk bulan Ramadhan, Ustaz Love takkan lupa menyanyikan lagu ni sama ada masa tengah basuh baju ke, tengah mandi ke (dipanggil karaoke jamban pada masa tu) ataupun sementara tunggu mata nak terlelap..

Syahdu je dengar lagu ni.. terutama bila mendengar suara Allahyarham Ustaz Asri.. masa ni masih lagi Kumpulan Nadamurni (kumpulan nasyid al-Arqam)..

Begitu banyak nasihat yg ada dalam lagu ni.. Nangis jap… T _ T

Bulan Ramadhan adalah bulan al-Quran diturunkan.. maksudnya, al-Quran diturunkan sekaligus daripada Luh Mahfuz ke langit dunia (Baitul Izzah) dalam bulan Ramadhan.. kemudian diturunkan secara beransur2 selama 23 tahun kepada Rasulullah s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s.

Setiap bulan Ramadhan, Nabi s.a.w. akan bertadarrus dengan Jibril a.s. Maka, amalan inilah yg kita jadikan sebagai program tadarrus yang biasa dijalankan di masjid2 dan surau2..

Maksud tadarrus ini adalah saling belajar dan mempelajari.. Maksudnya, seorang baca, seorang dengar.. lepas tu orang lain plak baca dan dia dengar.. Kaedah ini lebih mudah dilakukan secara berdua2an berbanding berkumpulan..

Konsep tadarrus yang biasa kita amalkan sekarang ini agak lari daripada kaedah sebenarnya.. Kalau ikutkan pengalaman Ustaz Love menyertai kumpulan tadarrus masa bulan puasa, biasanya akan dibahagikan ikut kumpulan.. kemudian ada seorang guru / seorang yg mahir dalam bacaan al-Quran dilantik menjadi ketua kumpulan.. kemudian dibahagikan surah2 tertentu untuk dibaca.. jadi, setiap kumpulan takkan membaca 30 juzu’.. sebaliknya juzu’ itu dibahagi2kan.. Sedangkan, kita nak khatam, kena la baca 30 juzu’.. takkan khatam al-Quran setakat baca 5 juzu’?

Itu satu part.. yg lain plak, setiap orang membaca ayat lain2.. contohnya ada 5 orang satu kumpulan.. A baca 2 muka surat.. B baca 2 muka surat dan seterusnya C D E.. bermakna, setiap orang tak berpeluang untuk membaca setiap ayat dalam juzu’ tersebut.. Cuma bleh dengar je.. itupun kalau tiap2 hari datang bertadarrus.. kalau kejap datang kejap tak datang, itu yang berpuluh2 tahun tadarrus pun, masih lagi mengekalkan cara bacaan yg silap..

Kaedah yg sebenarnya adalah, si A baca (contohnya baca surah al-Baqarah ayat 1-5), dan si B dengar dan semak.. kalau2 ada salah tajwid ke, makhraj ke, ada bacaan Qiraat ke.. kemudian, si B plak baca ayat yg sama, dan si A semak.. inilah yg dikatakan tadarrus.. iaitu saling belajar dan mempelajari.

Apa pun, kalau tak dapat nak buat mcm tu (mungkin disebabkan kekangan masa), jangan la tinggalkan terus tadarrus ni.. Inilah masanya kita nak belajar al-Quran FOC (Free of Charge).. biar la merangkak2 sekalipun, janji ada usaha untuk belajar dan membaca al-Quran dengan betul..

InsyaAllah, sekalipun sebulan tu memang tak cukup pun nak mempelajari al-Quran secara keseluruhannya, ia diharapkan mampu untuk membangkitkan keghairahan kita mendalami lagi ilmu al-Quran pada bulan2 lainnya.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz, saya nak minta pandangan ustaz berkenaan boleh x bwk ayat alquran (yassin,manzil,al ma’thurat) dalam poket seluar yang kat tepi?

  2. kat tempat kakjem tarawihnya 1 rakaat 1 muka bermula drpd surah al baraqah,lps tu masa tadarus sambung ayat yang seterusnya…cukup sebulan mmg dah leh khatam…

    1. mcm2 kaedah ada.. takpe la.. janji ada aktiviti al-Quran di situ (mendengar, membaca, menyemak dsb) 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme