I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Sunnah Berbuka Puasa

Salam…

Kejap lagi (lebih kurang 15 minit lagi), kita akan berbuka puasa buat kali pertama dalam tahun ni.. (mcm la tak pernah berbuka puasa sunat.. tapi puasa wajib ni memang kira kali pertama la kan). Sementara kita menunggu masuk waktu Maghrib untuk kita sama2 menghirup air tebu mahupun air bancau (bandung + cincau).. mahupun melantak Roti John dan Nasik Ayam.. (pehh.. nyaris2 menitik air liur ini), maka sama2 la kita mengulangkaji balik sunnah2 dalam berbuka ni.

Ada orang kata, kalau takde makanan, berbuka je dengan mengorek hidung.. Ustaz Love katakan, itu bukan berbuka puasa.. kecuali la kalau tahi hidung itu dimasukkan ke dalam mulut dan dimakan.. maka ketika itulah baru dikatakan berbuka puasa.. uwekkk

Puasa ini sunnahnya adalah berbuka pada awal waktu.. jangan terlalu awal sampai belum masuk waktu pun dah berbuka.. bleh batal puasa (walaupun dah menahan lapar semenjak pagi).. sama juga kaedah mcm lumba lari 100 meter.. walaupun dah 99 meter kita berada di depan, tinggal satu meter je lagi kita nak menang.. tiba2 kaki terpeleot (terseliuh, terpelecok dan sewaktu dengannya) lalu dipotong oleh orang lain, maka kita dikira kalah.. walaupun apa la sangat nak dibandingkan 1 meter itu berbanding 99 meter.. apa la sangat nak dibandingkan 1 minit terawal berbuka dengan berbelas jam kita menahan lapar.. tapi itulah hakikatnya, yg seminit itulah yg dikira sebagai penentu keseluruhan puasa.. sah ke tak..

Jadi, perhatian sangat2 perlu diambil oleh para pak bilal.. sila pastikan waktu anda.. jangan memandai2 nak bukan Radio Sarawak, lepas tu bantai azan pukul 5.30pm.. kihkih

Kemudian, mulakan dengan memakan kurma.. makan la dalam jumlah yg ginjal ganjil.. 1 ke, 3 ke, 23 bijik ke.. lepas tu minum la air.. kemudian, bersiap2 untuk solat Maghrib.. jangan dilupakan bahawa selain berbuka puasa itu dituntut dilakukan di awal waktu, solat fardhu lagi la dituntut dilakukan di awal waktu.. Jadi, paling tidak, bagi la sekitar 15 ke 20 minit untuk jemaah makan (kalau berbuka di masjid).. kemudian baru solat.. jangan la disebabkan nak solat awal waktu, pak imam makan terkocoh2 (atas sejadah imam pun sempat mengunyah lagi.. hehe).. last2 yg solat berjemaah cuma imam dan bilal je..

Lepas solat Maghrib, maka baru la nak makan berat ke, makan nasik ke, makan lemak ke.. tapi perlu bersederhana.. jangan sampai tak larat nak pergi masjid untuk solat Isyak dan Tarawih.. ataupun jangan makan sampai terkeluar nasik masa sujud.. hehe

Sebelum berbuka tu, berdoa la dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. kata ustaz kazim jika makanan dh dihidangkan eloklah dimakan dulu,takut2 bila solat x kusyuk pula mengingatkan makanan tadi…hihihi

    1. kata Ustaz Love pula, makan la sekadarnya dulu.. insyaAllah, beberapa ulas kurma dan seteguk air mampu menghilangkan kelaparan dan keletihan sepanjang hari berpuasa 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme