I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Sunat Raya : Pakai Pakaian Yang Terbaik

Salam…

Hari ni insyaAllah banyak entry Ustaz Love akan buat.. Semangat nak raya ke? Bukan sebab tu, tapi sebab esok dah raya.. Kalau point2 sunat hari raya tu tak habis lagi buat entry, takkan la nak publish lepas raya kan?

Jadi, Ustaz Love kena cepat2 buat entry ni.. dan otak pun kena laju berjalan serta bertindak..

Pada hari raya, ianya merupakan hari yg gembira.. kerana kita dah selesai ujian ibadah.. mcm dah selesai final exam la, takkan masa tu nak monyok2 pikir ada soalan tak jawab ke, jawab exam tak bagus ke.. ye tak? Dah habis final exam, masa tu adalah masa yg paling gembira.. sbb setelah sekian lama bertungkus lumus dengan kuiz, assignment, tesis, lecture dsb, maka sampailah masanya untuk meraikan kemenangan itu.. lagi manis kalau diraikan masa konvo.. bleh buat aksi bergambar sambil lompat bintang..

Begitulah kayaknya (gayanya) menyambut Aidilfitri ni.. tak bleh sedih2, kena gembira2.. Kalau hari raya, air hidung dok meleleh kesedihan, sape nak makan kuih raya kita? Maka, untuk menunjukkan kegembiraan ini, kita memakai pakaian yang terbaik.. bukanlah pakaian yg terburuk (kononnya tak nak cinta dunia la, nak zuhud la.. ini konsep yg salah).

Pakaian terbaik bukanlah bermaksud pakaian terbaru, atau termahal, atau terkini dsb.. Ia boleh jadi pakaian yg lama, tapi kita simpan untuk pakai pada hari2 tertentu.. contohnya, kita biasa gi solat fardhu kat masjid pakai baju melayu dan kain pelikat.. kalau kita pakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping, maka itulah pakaian terbaik.. Tapi, tak payah la sampai berkeris bagai.. nak gi tikam sapa plak raya2 ni?

Kiranya pakaian yg terbaik bagi kita la.. bukan bagi pandangan orang lain.. Sebab setiap orang tak sama penilaian dan kemampuannya.. Ada yang mampu beli samping saja dah berharga 5 6 ratus ringgit, belum baju sepasang lagi, songkok tinggi (ala2 penari zapin tu), kasut kulit dsb.. mungkin itu pakaian terbaik bagi orang kaya.. Tapi mungkin juga bagi orang miskin / sederhana, baju Melayu sepasang siap dgn samping yg dibeli di Tesco ke, Giant ke, itulah pakaian yg terbaik baginya.

Jadi, tak perlu banding2kan sapa baju paling cantik ke, paling mahal ke, paling vogeh (vogue) ke.. kerana setiap orang itu memakai pakaian yg terbaik pada dirinya..

Nabi s.a.w. memakai serban merah pada hari raya.. berbeza dengan hari2 yg lain.. itu saja sudah menunjukkan keistimewaan pakaian yg dipakai pada hari raya, dan menunjukkan itulah yg terbaik.

Kalau dah memang takde pakaian baru ke, atau pakaian khusus untuk hari2 perayaan ke (spt utk raya, gi kenduri kahwin dsb), maka paling kurang, pakaian yg kita ada tu dibasuh.. sekurang2nya ada gak perkataan ‘baru’ tu.. iaitu baru dibasuh.. hehe

Jadi, malam ni jangan lupa gosok baju.. sembur2 sket perfume tu (yg ada alkohol pun takde masalah).. tapi jangan sampai tak tido dok tenung2 baju raya tu dah le.. dah serupa perangai budak kecik la plak gayanya 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme