I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Sunat Raya : Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Salam…

Antara acara utama hari raya adalah bersolat sunat hari raya.. walaupun ianya adalah solat sunat, tapi hanya dilakukan pada hari raya saja.. hari tak raya, jika dilakukan solat raya, hukumnya bid’ah..

Solat sunat raya boleh dilakukan kira2 10 – 20 minit lepas waktu Syuruk (naik matahari).. jangan lakukan ketika waktu Syuruk kerana ketika itu adalah waktu haram solat.

Solat sunat Aidilfitri disunatkan untuk dilewatkan sikit.. supaya memberi kesempatan kepada orang2 yg belum membayar zakat fitrah untuk menunaikannya. Biasanya kalau kat KL, dalam 8.30 pagi start solat sunat Aidilfitri. Jadi, bagi sesiapa yg belum menunaikan zakat fitrah, sila la tunaikan malam ni, ataupun selewat2nya pagi esok sebelum imam start solat sunat raya.

Solat sunat Aidilfitri ni berbeza daripada solat sunat biasa.. kerana pada rakaat pertama, ia didahului dengan 7 kali takbir tak termasuk takbiratul ihram. Setiap kali takbir itu diselangi dengan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir… iaitu menyebut subhanallah, alhamdulillah, lailaha illallah dan Allahu akbar.. Pada rakaat kedua, ada lagi 5 kali takbir, tak termasuk takbir intiqalat (takbir peralihan setiap rukun solat). Lepas takbir 7x pada rakaat pertama, baru imam akan baca al-Fatihah dan surah. Begitu juga pada rakaat ke-2.

Kalau imam terlupa nak takbir, dah baca al-Fatihah, tak payah la nak ulang balik takbir tu.. teruskan je.. tapi kalau boleh, lepas khutbah raya tu buat la pengumuman sket.. minta maaf sbb terlupa takbir. Sebab kadang2 jemaah ni advance sangat.. siap kata solat sunat tu tak sah plak.. sebenarnya sah je..

Dalam mazhab Syafie, sebaiknya solat raya ni dilakukan dalam masjid.. takde masalah kalau nak solat kat padang pun, cuma lebih afdhal adalah di masjid.. kecualilah kalau masjid tu kecik sangat, sampai jemaah pun tak dapat nak masuk semua, maka lebih baik la solat kat padang / kawasan lapang.. itu lebih baik daripada sibuk2 mengumpul dana nak membesarkan masjid yg cuma penuh melimpah pada waktu solat raya je.. waktu solat fardhu, imam dengan bilal je yg jadi jemaah. Tapi, menurut jumhur (kebanyakan) ulamak, solat sunat raya ni lebih afdhal dilakukan di tempat lapang.

Kata la tak sempat nak datang solat sunat kat masjid, sampai2 je imam dah habis solat, jangan la balik dulu.. Tunggu dengar khutbah dulu.. Lepas tu, bila balik rumah, buat la solat sunat raya tu kat rumah.. tak payah nak khutbah plak lepas tu.. kang orang kata apa plak berkhutbah sorang2.. tau la sekarang ni khutbah raya pun bleh akses online.. hehe

Tapi waktunya sampai sebelum Zohor je (kira2 20 minit sebelum Zohor).. jadi, jangan la buat solat sunat raya lepas Asar plak.. Lepas Asar adalah waktu yang paling best untuk berjalan2.. sbb pagi2, orang datang beraya.. jadi, petang2 la kesempatan tuan rumah plak nak pergi beraya 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

Add a Comment
  1. salam saudara, terima kasih eh, tengah bengong tadi figuring out camne nak solat hari raya.. haha moga Allah berkati kamu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme