I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Sunat Raya : Mengucapkan Ucapan Hari Raya

Salam…

Bila kita beraya nanti, maka jangan la setakat bersalam je.. ataupun senyum je.. ucapkanlah sesuatu yang menggembirakan. Ucapkan tahniah ke, mabruk ke (jangan mu beruk.. itu lain tu)..

Tapi ucapan yang terbaik adalah ucapan yg biasa kita sebut waktu nak menutup doa iaitu Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.. itulah yg sepatutnya kita ucapkan semasa bertemu atau beraya.. Tapi itu, dah tak menjadi budaya, maka susah sket orang nak faham.. kang diorang ingat kita mencarut plak.. tapi, sebaiknya kita mengucapkan perkataan tu.. insyaAllah lama2 nanti ia akan menjadi budaya..

Maksud ucapan tu adalah semoga Allah menerima daripada amalan kami dan kamu.. Kalau nak ucap selamat hari raya, maaf zahir dan batin pun takde masalah.. Ucapan tu takde masalah sangat, yg jadi masalah adalah perbuatan yg kita lakukan sambil membuat ucapan itu.. iaitu bersalaman..

Kalau sesama lelaki, takde masalah.. kalau dengan berlawanan jantina, maka ini kena diperhatikan.. Mungkin kita dah tahu kalau aweks2 tu tak bleh la nak salam.. cukuplah letak tangan kat dada sambil mengucapkan selamat hari raya ke (tapi tak payah la mata ke atas plak).. nampak supan sket..

Kadang2, sedara mara kita pun ada yg bukan mahram (boleh nikah) dengan kita.. ada yg mahram sementara (mcm ipar duai).. golongan2 seperti ini kalau boleh dielakkan kita bersalaman dengan mereka.. Kalau mereka dah hulur, terpulang la nak sambut ke tak.. sbb kalau tak sambut, ditakuti jadi masalah lagi besar (orang kata kuang ajar ke, apa ke). Tapi, janganlah kita plak yang menghulur tangan nak bersalam.. Kalau mampu elakkan, itu lebih baik.

Ada yang kata, kalau berlapik kan takde masalah.. Bagi Ustaz Love, persoalannya bukan pada batal tak batal wuduk tu (mcm la kita ni warak sangat sampai tak putus wuduk), tapi pada persoalan memegang itu.. menyentuh wanita bukan mahram hukumnya haram.. tak kira la sama ada berlapik atau tak.. Untuk lebih jelas, cuba kita amik kes ni..

Ada seorang lelaki, waktu bersalaman tu dia tak pegang tangan, tapi pegang buah dada ke, punggung ke.. agak2 mcm mana? Mau kena tempeleng 18x dan dituduh mencabul.. sedangkan buah dada dan punggung itu juga berlapik, jadi kenapa nak marah? Ye tak? Jadi, kalau kita tak suka orang memegang bahagian2 itu, dah tentu kita pun tak menggunakan alasan lapik itu untuk mengharuskan perbuatan kita..

Tak payah la susah2 nak salam lelaki pempuan ni.. ucapan mulut pun dah cukup πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz….macam mana dengan kes anak angkat? anak angkat perempuan nak bersalam dengan ayah angkat? salam macam nk keluar rumah, salam nak ke sekolah, (ala macam yang anak-anak lain buat bila nak berpisah dengan orang tuanya). niat dihati sekadar nak menghormati orang tuanya sahaja. Lagipun nanti bila si ayah dah tua, anak angkat perempuan ni mesti lah nak papah dia ketika dia sakit. Kesian kat ayah angkat tu. harap ustaz dapat menjawab persoalan saya. Selamat hari raya, ustaz.

    1. salam amy..

      keluarga angkat (tak kira mak angkat bagi lelaki, atau ayah angkat bagi perempuan, mahupun adik beradik angkat) adalah bukan mahram.. aurat wajib dijaga.. begitu juga persentuhan dengan mereka..

      jika anak itu belum baligh, maka tiada masalah (walaupun masih lagi perlu menjaga benda2 sulit). Tetapi jika dah baligh, sepatutnya ayah angkat itu dah faham hukum berkaitan anak angkat ni.. walaupun dijaga mcm anak sendiri, tetaplah tak boleh menjadi anak kandung yg mahram (haram dikahwini).. dan ayah / ibu angkat ini yg sepatutnya menerangkan dan memahamkan anak angkat berkaitan perkara ini.

      Jika ayah / ibu angkat itu tak faham, maka sebaiknya sang anak angkat itu menggunakan budi bicara untuk slow talk dengan mereka.. supaya mereka pun sama2 faham hukum..

      Pengecualian sentuhan adalah pada wanita2 tua yg dah takde nafsu seks.. orang tengok dia pun takde nafsu.. maka ketika itu, ada keharusan untuk bersalam dengan mereka (namun masih lagi tertakluk pada syarat tertentu). Wanita ni ada tahap nafsunya akan turun (biasanya lepas menopaus – tapi tak semestinya.. ada gak yg lagi tua lagi galak). Tapi, bagi lelaki, umur itu tak bermakna apa2.. terutama bagi peminum tegar segala jenis minuman bertongkat.. sbb tu, ada atuk yg dah uzur, tapi masih mampu merogol cucunya.

      Sebaiknya, jika ayah angkat sakit, maka anak2 dialah yg kena menjaganya.. anak angkat cuma tolong mana yg mampu saja.. tapi kalau dah dharurat (takde sapa nak diharapkan), maka buatlah sekadar termampu. Semoga Allah mengampunkan kita kerana kita tidak punya pilihan.. Kalau dibiarkan, mungkin ayah angkat yg uzur itu akan semakin melarat.. maka mengelakkan keburukan yg lebih besar itu adalah lebih utama (ketika bertembungnya dua keburukan) πŸ˜‰

    1. Ni kira sebulan beraya ke ni? hehe πŸ˜€

      Selamat Hari Raya juga.. Minal A’idin Wal Faizin πŸ˜‰

  2. thanks sebab kongsi pandangan πŸ™‚

    ustaz nak tanya, sblm tanya, sy ceritakan situasi dulu. mak suruh tanya ustaz love hehe

    seorg ayah menasihati anak2nya supaya berbaik2 dgn abg sulung, pergi beraya ke rmh, mcm org lain, beraya kunjung mengunjungi rmh adik beradik..tapi anak2nya berkeras tak nak..siap tinggikan suara & menjawab bhw tiada dlm hadis & al-quran yg mesti kena beraya berbaik2 dgn abg..utk lanjut, kalau ustaz sudi, boleh baca di
    http://suterakasihyann.blogspot.com/2011/08/kisah-sedih-di-pagi-hari-raya.html

    saya dh coretkan kat di situ..so apa pandangan ustaz?
    betulkah tiada dlm hadis/al-quran menyatakan kenyataan mcm tu..sy yg mendengarnya hanya mampu beristighfar & sedih…

    dan satu lagi, kalau org miskin, tidak berkemampuan, tak pernah solat, tak pernah puasa..mereka pun wajib bayar zakat ka? sbb ada terjadi di persekitaran saya..mereka tak byr zakat dgn alasan mereka org susah..tp menurut pndgn saya, mereka tak susah..mereka yg sengaja menyusahkan diri..mereka mampu bekerja cuma ada sedikit malas berusaha yg saya lihat then mereka tak pernah puasa dan solat apatah lagi soal nk bersedekah…so apa pandangan ustaz?

    1. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry..

      p/s: kemsalam kat mak ye.. selamat hari raya, maaf zahir batin πŸ˜‰

    1. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin ye kakjem kalau ada salah silap dan kata2 yg menyinggung.. mungkin tak perasan dalam dok bergurau tu, ada perkataan yg menghiris perasaan..

      p/s: ayat mcm poyo la plak.. kihkih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme