I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Sunat Raya : Mendengar Khutbah Raya

Salam…

Ustaz Love meneruskan entry pasal sunat raya.. Iaitu mendengar khutbah raya.. kalau solat sunat hari raya itu hukumnya sunat bagi mukallaf dan orang2 yg tak uzur, mendengar khutbah raya pula adalah sunat bagi orang tak uzur, mahupun orang yg uzur (haid). Sebab tu, masa orang ke masjid, semua lelaki wanita, kanak2 mahupun orang tua, kena beramai2 keluar ke masjid.. Tinggalkan dulu juadah raya tu.. sebab time khutbah raya, takde orang nak datang beraya lagi..

Siapkan makanan, lepas tu tutup.. lepas tu gi masjid.

Bagi yang boleh solat, maka sertai la solat sunat raya.. jangan dok buat ketupat (mengumpat) plak kat tangga masjid.. Kalau tak boleh solat, maka tunggu kat luar pun takpe.. Jangan buat bising, main mercun dsb.. tunggu solat sunat selesai, lepas tu dengar la khutbah raya..

InsyaAllah, khutbah raya ni bakal memberikan sentuhan kalbu kepada hati2 yg dah lembut kerana telah bermujahadah selama sebulan menahan hawa nafsu dan makan minum. Walaupun agak panjang (sampai kebas2 punggung) tapi memang berbaloi menunggu khutbah raya ni.

Tambahan lagi jika disampaikan oleh khatib yang bersemangat.. InsyaAllah, banyak nasihat yang boleh diambil terutama berkaitan kaedah menyambut raya yg sebetulnya mengikut syariat. Supaya, pahala yg kita kumpul sepanjang berpuasa sebulan itu tak tenggelam dek dosa yang kita lakukan sepanjang sehari beraya.

Lepas khutbah, biasanya para jemaah akan bermaafan sesama sendiri.. Kalau dah cabut awal, memang agak susah nak jumpa lagi.. Mungkin juga jemaah tu ada yang dah pergi beraya jauh2 ke, rumah dia dalam hutan ke (tak sanggup kita nak gi ziarah), kita tak berapa kenal sangat ke.. jadi, masa berkumpul di masjid ini menjadi wasilah kita mengeratkan lagi silaturrahim.. Ada kemungkinan, dah berpuluh tahun tak jumpa kawan kita tu, maka boleh la jumpa dan bersalam2an mengucapkan tahniah dan memohon kemaafan.

Yang pentingnya, jangan tido dalam khutbah.. sekalipun insyaAllah akan memperolehi pahala, tapi manfaatnya tak dapat apa2.. Buka mata dengar khutbah raya.. walaupun sebenarnya kita mendengar melalui telinga 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme