RSS
 

Sunat Raya : Mandi Sunat Hari Raya

29 Aug

Fast & Furious 6.. Telan Air Liur Je La Kalu Pakai Kancil!!

Kat Selangor dan Penang, Jangan Kata Wireless, Free Wi-Fi Lagi!!


Salam..

Sebelum ni Ustaz Love ada buat entry pasal mandi sunat raya ni.. Tapi entry tu berkongsi dengan pasal mandi wajib.. jadi takde la Ustaz Love terangkan lebih mendalam..

Kat sini pun takde la dalam mana Ustaz Love nak terangkan.. kerana air laut itu adalah lebih dalam daripada ilmu Ustaz Love ni.. hehe

Mandi sunat hari raya ini cuma dilakukan pada hari raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha saja.. tak boleh, malah haram melakukan amalan solat sunat ini pada Hari Raya Cina, Hari Raya India, Hari Raya Krismas dsb. Sebab umat Islam cuma meraikan 2 hari raya saja (hari raya puasa 6 pun sebenarnya tak wujud).

Menurut mazhab Syafie, waktu mandi ini bermula sebelum Subuh.. kiranya bleh pakej sekali la dengan mandi wajib.. hehe.. Tapi, bukanlah wajib mandi sebelum Subuh.. dah la mandi kat kampung air telaga (kat telaga ada pasang water heater ke?), mau kecut seluruh anggota.. tak beraya plak hari tu..

Maksudnya boleh je mandi lepas Subuh ke.. tapi sebaiknya, sebelum gi Solat Sunat Hari Raya tu, mandilah dulu.. sebab kita kan nak pakai baju baru.. Apalah gunanya baju baru, kalau ketiak berbau.. ye tak?

Mungkin ada yg kata, hadis2 yg menunjukkan amalan mandi sunat hari raya ini adalah dhaif, tetapi ia dibuktikan dengan athar (kata2 dan amalan sahabat) yang menunjukkan wujudnya amalan mandi sunat hari raya ni.. Jadi, jangan gaduh2.. nak mandi sunat, mandi je.. kalau tak nak, takyah mandi seminggu pun takde sapa nak heran ;)

Seperti biasa, niat mandi sunat adalah lintasan hati.. Masa nak mandi tu, terdetik dalam hati nak mandi sunat hari raya kerana Allah Taala, maka itulah dia niat. Kalau terus je masuk bilik air, dan mandi kebushh kebushh terus keluar, tengah sikat rambut, baru perasan terlupa plak nak niat.. Takkan nak bukak balik baju nak mandi kan?

Takde masalah.. gi la solat dulu.. Balik kang boleh mandi sunat lagi.. Tambah2 lepas solat biasanya orang berpeluh2 (masjid kampung takde air-cond), jadi bleh mandi segarkan badan dulu sebelum keluar beraya.. Kalau keluar beraya dengan peluh2 tu, ditakuti ketiak akan menjadi hangit dan membakar hati orang yang terhidu baunya.

Waktu akhir adalah sebelum masuk Maghrib.. jadi, panjang waktu untuk mandi sunat ni.. Jangan dibiarkan masa berlalu sia2.. mandi pun bleh dapat pahala apa ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
2 Comments

Posted in mandi

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

 
CommentLuv badge
 
  1. Sunat Hari Raya Aidilfitri « Ustaz Love Menulis…

    29/08/2011 at 4:12 pm

    [...] – Mandi Sunat Hari Raya [...]

     
  2. muazfaris

    18/08/2012 at 11:54 pm

    jgn lupe semua mandi ye, u do a good job too

    http://muazfaris.com/amalan-amalan-sunat-hari-raya-aidil-fitri/
    muazfaris recently posted..Amalan-Amalan Sunat Hari Raya Aidil fitriMy Profile

     
 

Switch to our mobile site