I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Sunat Raya : Makan Sedikit Sebelum Keluar Ke Masjid

Salam…

Hari Raya is not all about food only, but.. pehhh.. sekali skeaping london la plak.. kihkih.. sebut2 london ni, teringat kat biskut almond london yg sangat menjadi faveret Ustaz Love..

Walaupun hari raya ini, kita kena jaga makan (hari tak raya pun kena gak jaga makan), tapi bukanlah bermaksud tak boleh makan langsung.. Itu dah serupa puasa dah.. Sedangkan pada hari raya, kita diharamkan berpuasa.. Iaitu pada 1 Syawal.. walaupun kita beraya sampai sebulan (raya orang Malaysia), cuma 1 Syawal saja yg diharamkan berpuasa..

Maka, untuk membezakan hari itu adalah hari raya dan bukannya hari puasa, disunatkan kita makan sikit dulu sebelum keluar ke masjid untuk solat sunat raya.. Ianya sangat membantu kekhusyukan kita solat dan mendengar khutbah.. Kalau tak makan sebelum keluar, ada kemungkinan kita akan terbayang2 ketupat rendang kat rumah.. menyebabkan kita akan berasa gelisah duduk kat masjid.. Apatah lagi, khutbah raya ni biasanya panjang2, lebih panjang daripada khutbah Jumaat, lebih panjang daripada beras faizah basmathi..

Ianya juga bagi mengalas perut supaya tak lapar sangat.. kalau masa bulan puasa, kita dah belasah nasik 3 pinggan masa sahur. Oleh kerana masa raya takde puasa, maka takde la sahur.. jadi makan sedikit itu sebagai sarapan mengalas perut. Mana la tau, lepas habis khutbah raya, member terus ajak gi raya kat rumah ke, aweks sms suh datang rumah sebelum ayah dia balik ke, maka sekurang2nya perut tu takde la lapar sangat.. kira masa makan kat rumah aweks nanti, bleh la makan bersupan santun depan bakal mak mertua (sbb bapak mertua blom balik masjid lg).

Ataupun mungkin nak gi kubur dulu ke (sbb masih pagi lagi.. jadi takde la berpanas terik kalau pergi lambat2). Kalau dah makan kat rumah tadi, takde la lapar sangat waktu kat kubur nanti.. apatah lagi jika banyak masa nak digunakan untuk membersihkan kubur (maklum la, setahun sekali je jengah kubur tu). Sebab tu, jangan meletakkan pagi raya itu sebagai hari wajib ziarah kubur.. kerana, kubur ni bukan semestinya kena ziarah pagi raya.. petang ni pun (petang Ramadhan terakhir) boleh ziarah kubur.. tapi jangan la ziarah tengah2 malam ke kubur.. sbb syaitan2 baru je dilepaskan daripada ikatan.. kering plak darah tu kena geget dengan puntianak.. hehe..

Pendek kata, jamah la sikit sebelum keluar.. makan kuih bahulu cicah air teh o ke.. pehh.. meleleh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme