I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Terlanjur Tapi Pasangan Enggan Bernikah

Salam..

Masih lagi isu terlanjur.. Soalan ni diajukan oleh zus :

salam, ustaz saye nak tanyer, terlanjur or berzina seperti artikel di atas adalah merujuk kepada hubungan seks yg mcm suami isteri kan.tapi macam mane pula kalo couple tu juz tdo sama2 dan melakukan oral seks?kemudia salah seorang dari mereka da insaf dan bertaubat, dan die berniat utk bernikah dgn psangan nyer kerana utk menebus segala dosa yg pernah dilakukan, tetapi pasangan die tidak sudi.apa yg harus die lakukan, kerana hati die terlalu berharap. – telah berbagai usaha dilakukan seperti solat hajat, baca doa pelembut hati dan berdoa.ada tak cara laen untuk melembutkan hati pasangan nye?

Banyak entry Ustaz Love berkaitan kes2 terlanjur ni, Ustaz Love nyatakan yang cara untuk menebus dosa akibat berzina itu bukanlah dengan berkahwin.. sekalipun berkahwin, dosa zina itu takkan terampun kecuali la melalui jalan taubat.. kena taubat nasuha. Begitu juga dengan yang suka ringan2, jangan ingat dosanya juga ringan.. Bila Allah perintahkan supaya tidak mendekati zina, maka ia menunjukkan bahawa perbuatan itu juga serius. Sekalipun dosa ringan2 dan khalwat ini tak sampai ke tahap zina, dan tak layak dikenakan hukum hudud, tetapi hukumnya tetap haram dan berdosa.. kena bertaubat kepada Allah atas segala kesilapan tersebut.

Apatah lagi perbuatan oral seks itu sendiri merupakan perbuatan di luar tabii (bukan setakat liwat je dipanggil perbuatan di luar tabii).. bahkan ianya perbuatan menjijikkan yang tidak pernah diajarkan oleh agama.. Sebab mulut adalah untuk makan, bukannya untuk melakukan seks. Inilah padahnya akibat kerap menonton pornografi dan video lucah.. Ustaz Love takde nak tuduh sapa2, tapi kebiasaannya memang berpunca daripada perkara ini la.. Orang kita suka meniru benda2 yang tak elok.. Yang baik2 nampak mcm tak best..

Berkenaan hajat nak kahwin itu, memang patut pun kahwin. Budaya tinggal serumah tanpa berkahwin ini merupakan budaya yg menyeleweng daripada ajaran Islam dan juga adat orang Melayu. Kes2 macam ni banyak berlaku kat bandar2 terutama kat kondominium yang mana jiran sebelah menyebelah kebiasaannya tak amik tau sangat hal jiran2 yg lain.. tau2 dah membusuk dan berulat kat sebelah, baru telefon polis bagitau ada bau busuk.. kot2 ada mayat ke.. Kalau kes2 bawak balik pasangan ni, memang takde sangat nak amik tahu.. kalau kat flat2, masih lagi ada budaya amik tahu pasal jiran ni..

Jangan susah2.. kalau pasangan tu tak nak bernikah, maka mintak la mak ayah carikan pasangan.. jangan diikutkan sangat hati dan perasaan. Kadang2 kita rasa perasaan tu macam cinta, tapi sebenarnya adalah obsesi.. dah orang tak sudi, buat apa kita nak tertampi2 lagi? Tinggalkan je.. mungkin pasangan tu lebih suka dengan kehidupan maksiat tersebut.. ianya bakal membahayakan pasangan satu lagi yg dah insaf dan bertaubat.. takut2 terjebak semula dengan pujuk rayu pasangan yg gila maksiat itu..

Jika telah bertaubat, maka tinggalkan saja pasangan itu.. adalah lebih baik berdoa semoga mendapat pasangan baru yang lebih best (cantik ke, kacak ke, hidung mancung ke) dan soleh, berbanding memburu pasangan yang tak sanggup nak meninggalkan maksiat itu. Jangan fikir perkahwinan boleh selesaikan segala2nya.. ada kalanya, perkahwinan itulah yang bakal mencetuskan penderitaan yang sebenarnya.. cewahh..

Semuanya bergantung atas keputusan yang kita ambil.. jangan tinggalkan istikharah.. dan juga mintalah nasihat orang tua dan keluarga.. kerana tak rugi orang yang bermesyuarat, dan takkan menyesal orang yang beristerikharah πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
    1. zaman sekarang ni, zaman pakai buang.. mak ayah pun ramai yg kena buang kat rumah orang2 tua πŸ˜‰

  1. Ustaz LOVE….

    Mintak ustaz bg pendapat pasal kes ni….
    Apa hukumnya kalau kita asyik berdakwah pd org tp pd masa yg cma salah seorang ahli keluarga yg telah tersasar jauh tidak pernah dipedulikan malah disisihkan lagi… Bukan nk membantu tp membiaqkan lg org tu jauh terbabas…. Mcm mana pula ibadah kita pd Allah???

    p/s : tersasar dari tajuk ustaz ni!!! >,<

    1. Takpe.. yang penting isi tu tak tersasar.. hehe..

      insyaAllah, nanti Ustaz Love jawab dalam entry πŸ˜‰

  2. umat islam dah terpengaruh dengan barat…semuanya kalau boleh nak ditiru dari barat yang punah ranah akhlaknya..

    di sana, mak bapa ajar nak seks bebas boleh, pastikan pakai kondom….kerajaan ajar nak isap dadah boleh, tapi jangan kongsi jarum…dunia akhir zaman..

    di sini?lagi teruk…

    1. kat sini, berzina sampai mengandung..
      kat Barat, berzina pakai kondom..

      kat sini, berzina, mengandung, buang anak..
      kat Barat, berzina, mengandung, anak tu dijaga elok2..

      apapun, kat sini budaya zina masih lagi dianggap jijik oleh masyarakat.. harapnya itu pun tak terkikis daripada masyarakat kita πŸ˜‰

  3. Assalamualaikum ustaz .. Saya nak bertanya kn tentang jikalau saya pernah melakukan dosa besar seperti tajuk diatas .. Saya belum bersedia untuk menjadi suami .. Tetapi saya mahukan anak itu dan saya mahu besarkan anak itu .. Tetapi saya tidak mahu berkahwin .. Macam mana ustaz .. Saya keliru dengan pelbagai masalah yang bermain difikiran saya

    1. Anak itu bukan hak saudara, bahkan tidak dinasabkan pada saudara pun.. anak itu milik ibunya.. kalau nak anaknya, berkahwinlah dengan ibunya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme