I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Suami Enggan Daftar Nikah

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yg menamakan dirinya dengan aini :

salam, saya isteri ke 2, kami nikah di siam tahun lepas, suami enggan istihar saya isteri nya enggan daftar, takut sadar mara tahu terutama isteri ptama, suami jga x berlaku adil pada saya, masa nya banyak di isteri pertama, jiwa saya tergangu , apa yang harus sya lakukan ?

Salam Pn. Aini..

Ustaz Love bersimpati dengan apa yang berlaku. Benda dah terjadi.. kalau sebelum bernikah, minta nasihat dulu daripada family, orang alim, orang2 tua dsb, insyaAllah perkara2 sebegini takkan berlaku. Namun, jangan berputus asa dengan rahmat Allah. InsyaAllah, masih ada jalan untuk memperbaikinya.

Setiap perkahwinan perlu melalui proses2 tertentu yang telah ditetapkan oleh undang2.. ia bukanlah bertujuan untuk menyusahkan umat Islam, sebaliknya bagi mengelakkan masalah2 di kemudian hari (spt masalah yg berlaku pada puan ini). Jadi, bila jabatan agama menetapkan prosedur yg agak ketat dalam bab berpoligami, sudah tentu ianya untuk tujuan maslahah. Sebab poligami ini bukan sesuatu yg wajib sehingga kita mencari2 jalan lain yg akhirnya menyusahkan diri kita sendiri.

Sebelum berpoligami, kita perlu mengetahui situasi pasangan kita.. sama ada beliau memang seorang yang jujur, ataupun kaki pengelat.. Sama ada beliau seorang yg berani, ataupun jenis yg pengecut.. daripada penilaian2 ini, barulah kita mampu untuk menentukan hala tuju seterusnya.. Sama ada sanggup untuk menempuh kehidupan berpoligami, ataupun mencari lelaki2 yg masih lagi solo. Ada banyak lagi kat luar sana.. jangan takut2 sangat..

Bagi Ustaz Love, tindakan sang suami yang tidak sanggup nak bagitau isteri pertama dan mendaftar pernikahan kedua, menunjukkan yang beliau seorang tak tidak bertanggungjawab. Ustaz Love minta maaf jika tersinggung dengan kata2 yg agak kasar ini. Tapi, itulah hakikatnya.

Puan perlu memahami risiko jika tidak mendaftarkan pernikahan ini sangat tinggi. Jika pada masa ini pun puan dah tertekan jiwa, bayangkan nanti bila dah ada anak, lagi bertambah2 susah hati dan perasaan.

Ustaz Love tak pasti sama ada puan bernikah secara sah dengan Jabatan Agama Islam Thailand (bukan sindiket) atau tak.. cuma, ia sebenarnya telah melanggar undang2 negara. Kalau Ustaz Love tak silap, jika disabitkan dengan kesalahan, boleh didenda sehingga RM1k dan penjara sebulan..

Namun, pernikahan ini mesti didaftarkan.. jangan takut sangat benda yang belum terjadi.. kalau tak, bukan saja masalah sekarang tak selesai, masalah lain plak akan timbul.

Bayangkan sekiranya puan tak mendaftarkan pernikahan ini, jika suami puan meninggal (wal ‘iyazu billah), maka sudah tentu hak puan akan terabai dari segi pewarisan harta, apatah lagi jika dah ada anak, dah tentu agak sukar nak menasabkan anak disebabkan pernikahan tidak didaftarkan..

Jadi, Ustaz Love cadangkan agar puan berbincang dengan suami agar dapat mendaftarkan pernikahan ini secepat mungkin. Jika suami masih lagi tidak bersetuju, maka puan sendiri kena datang ke pejabat agama untuk berjumpa dengan kaunselor jabatan agama. InsyaAllah, mereka boleh mencadangkan tindakan dan prosedur2 yang boleh puan lakukan.

InsyaAllah, selepas merujuk kepada jabatan agama untuk mendaftar pernikahan, masalah isteri pertama tak tahu suami berpoligami akan selesai.. mungkin juga akan timbul masalah baru (kena serang ke), tapi tak perlu nak risau.. benda belum berlaku.. mungkin juga isteri pertama akan dapat menerima puan sebagai madunya.

Puan kena cekalkan hati dan banyak berdoa pada Allah.. setiap tindakan, insyaAllah ada natijahnya.. kita pun tak pasti sama ada ianya baik ataupun buruk.. sekurang2nya, ada perubahan dalam kehidupan. Jika puan berdiam diri, masalah takkan selesai dan makin lama puan akan makin tertekan.

Air yang jernih perlu dialirkan.. maka ianya akan memberi manfaat untuk minum, mandi, basuh baju dsb.. tapi, jika air bertakung, ia akan menyebabkan pembiakan nyamuk dan air itu lama2 akan membusuk dan memberi rasa tak selesa kepada kita dan masyarakat.

Jadi, angkatlah telefon.. telefon jabatan agama.. InsyaAllah, langkah pertama akan menghasilkan seribu langkah yang seterusnya..

Semoga Allah memberikan jalan keluar dan kemudahan kepada puan dalam menyelesaikan masalah ini. πŸ˜‰

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
    1. hehe.. belum layak lagi Mama.. Ustaz Love ni cuma menulis dgn tujuan mengingatkan diri sendiri.. belum tentu lagi mampu nak amal kalau diuji perkara yg sama πŸ˜‰

  1. ustaz,saya ada satu soalan..tapi sebab saya tak tahu nak tujukan kat alamat email ustaz, maka saya menumpang dekat entry ni..ia berkenaan dengan satu hadis ni

    Dari riwayat Abu Hurairah r.a
    Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluar satu batang leher dari Neraka pada hari kiamat, dengan dua mata yang melihat, dan dua telinga yang mendengar, serta lidah yang bercakap, lalu berkata: “Aku diberi kuasa menyiksa tiap-tiap seorang dari tiga jenis manusia: Tiap-tiap orang yang kejam dan keras hati, lagi degil tidak menerima kebenaran yang diketahuinya; tiap-tiap orang yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, dan orang-orang yang membuat gambar”.

    golongan orang buat gambar?golongan macam mana tu ustaz.
    kira nya bergambar ni kira berdosa la?

    1. soalan kat ruangan komen lebih memudahkan Ustaz Love untuk menjawab.. sbb Ustaz Love jarang2 buka e-mail.. penuh dgn spam.. hehe..

      insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry πŸ˜‰

    1. kalau dah kewujudan isteri kedua dirahsiakan, seumpama nak bagitau yg isteri kedua tu tak wujud.. sedangkan perkahwinan ni kena diwar2kan.. supaya tak mendatangkan fitnah kepada masyarakat (dengan anggapan khalwat ke, kena ngorat ke) πŸ˜‰

    1. solat Isyraq adalah solat sunat selepas syuruq (naik matahari) kira2 dalam 15 minit selepas syuruk.. πŸ˜‰

  2. Assalamualaikum ustaz..
    saya nak mintak pandangan drpd ustaz berkaitan dengan perkeliling yang dikeluarkan oleh JHEAI negeri Pulau Pinang yang telah memutuskan bahawa bacaan Al-Quran dengan pembesar suara di masjid atau di surau adalah dilarang mengikut hukum syarak. ia dikatakan kerana perbuatan itu boleh mengganggu org lain sama ada yang berada di dalam dan di luar masjid. dan perbuatan itu mestilah diberhentikan kerana terdapat nas yang melarangnya. mohon pandangan daripada ustaz.

      1. assalam ustad…………….saya baru nak berjinak2 solat tahajud. soalan saya bilakah mulanya sepertiga malam. kalau saya solat tahajud pukul 5 pagi, boleh tak? minta sangat ustad ulas. tq

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme