I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Perlukah Solat Taubat Untuk Bertaubat?

Salam…

Ustaz Love meneruskan entry soal jawab ni.. Soalan ni daripada seseorang yg menamakan dirinya insan runsing :

Salam..ustaz..sy nk tahu lah…maksud taubat tu.MESTI dibuat SOLAT TAUBAT ke?Jika seseorg itu hanya memohon keampunan atas perbuatanya dlm solat hariannya,menyedari ksalahanya dan berhenti melakukan zina dgn pasangan nya,tetapi dia masih belum membuat solat taubat nasuha(sbb xtahu caranya)sblm dia bernikah.Adakah dikira belum bertaubat?maka penikahanya adakah tidak sah?

Maksud taubat itu rasanya semua orang dah faham.. sbb taubat itu merupakan perkataan Arab yang telah dimelayukan.. dan digunakan secara meluas di kalangan kita.. tobat aku tak buat dah.. gitu la antara bunyinya..

Tapi, adakah taubat ini setakat menyebut tobat.. tobat? Ataupun wajib disertai dengan solat taubat? Ataupun nak kena bunuh diri dulu ke? (kes amik hukum daripada al-Quran semata2.. sedangkan itu syariat untuk pengikut Nabi Musa a.s.)

Taubat ini sangat mudah.. nak kekalkan diri kita dalam keadaan bertaubat itulah yg paling payah.. Macam nak mengekalkan kejuaraan la.. nak jadi juara mudah je, nak kekalkan kejuaraan tu yg payah.. apatah lagi jika ianya dikira pada pengakhiran hayat kita.. Belum tentu hidup kita yg penuh dengan amal dan kebaikan ini, akan berakhir dengan kebaikan juga.. Dan belum tentu hidup seseorang yang penuh dengan kejahatan, akan berakhir dengan kejahatan juga..

Sebab itu, jangan mendabik dada dengan kebaikan yang kita lakukan sekarang.. dan jangan putus harapan dengan kejahatan yg dilakukan seseorang.. kerana kita tidak mengetahui nasib kita pada pengakhirannya nanti.

Untuk bertaubat nasuha, maka perlukan kepada beberapa perkara.. iaitu perlukan penyesalan dan kekesalan atas maksiat yg dilakukan.. seorang yg beristighfar tanpa adanya kekesalan terhadap dosa2nya, adalah seumpama seorang yg mengigau.. mulut istighfar, tapi tak tahu apa yg diistighfarkan.. maka, ianya sangat berkaitan dengan muhasabah diri.. kita lebih fokus pada dosa sendiri berbanding dosa orang lain.. dan akan lebih bersungguh2 istighfar memohon keampunan Allah atas dosa2 kita.

Menyesal je tak cukup.. seorang yg berzina, dan menyesal atas perbuatannya.. menangis2 sampai keluar hingus.. bila air hingusnya dah kering, dia sambung berzina.. maka ini bukan menyesal.. kerana kekesalan itu perlu disertai keazaman untuk meninggalkan perbuatan tersebut.. dengan azam yg kuat inilah, maka jika digoda untuk kembali melakukan maksiat yg dulu, beliau akan tetap hatinya dan tak tergoda dengan pujukan dan rayuan tersebut.

Jika perbuatan jahatnya itu (sebelum ini) melibatkan perampasan hak (spt duit, harta benda dsb), maka beliau wajib memulangkan / sedaya upaya berusaha memulangkan hak orang yg telah beliau zalimi.  Jika tidak, taubatnya masih lagi tak cukup syarat..

Jika beliau terjebak dengan kejahatan tersebut (sebelum ini) disebabkan terpengaruh dengan persekitaran (contohnya berkawan dengan golongan penzina sehingga beliau terjebak dengan perzinaan), maka sewajarnya beliau berhijrah ke tempat lain dan meninggalkan kawan2 tersebut.. semoga dengan suasana baru itu, akan lebih menguatkan keazaman beliau dalam mengekalkan taubat dan tidak ingin kembali kepada maksiat yg dulu.

Begitu juga jika maksiat yg beliau lakukan itu telah menjadi buah mulut orang kampung / jiran2, maka adalah lebih baik berhijrah (berpindah) ke tempat lain.. Ini kerana, agak sukar masyarakat nak menerima seseorang yg telah bertaubat.. kebiasaannya mereka akan bias dan menyindir2 mereka2 yg telah bertaubat ini.. tak kurang juga ada yg mengeluarkan kata2 kesat.. kalau mampu menahan hati, tiada masalah nak kekal di situ.. Cuma ditakuti, lama2 kena caci, akhirnya kita putus asa dan kembali melakukan maksiat yg sama..

Dan perbanyakkanlah melakukan amalan kebaikan.. kerana amalan kebaikan yg kita lakukan ini, akan menghapuskan kejahatan yg pernah kita lakukan.. banyakkan amalan dengan mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadah2 khusus (wajib dan sunat) spt solat, puasa, membaca al-Quran, zikir dan doa. Juga banyakkan bersedekah.

Jadi, tak semestinya seorang yg rajin menunaikan solat taubat itu, taubatnya diterima Allah.. dan tak semestinya seorang yg tak melakukan solat taubat, taubatnya tak diterima.. Masih ramai orang yg tak pernah tinggal solat taubat, tapi masih terlibat dengan maksiat yg beliau selalu mohon keampunan itu.. Ada juga yg tak tahu solat taubat, tapi berjaya meninggalkan perbuatan maksiat yg pernah dilakukannya.. Kita tak tahu bila taubat kita akan diterima.. kerana Allah juga yg memiliki hati kita, bila2 masa boleh dibolak-balikkan..

Namun, tidaklah Ustaz Love mengatakan bahawa solat taubat itu tiada asasnya.. ianya memang ada asas bersandarkan kepada hadis Nabi s.a.w.. tetapi ianya adalah mustahab (digalakkan) dan bukannya wajib..

Tidak ada seorang lelaki berdosa yang melakukan dosa, kemudian dia berdiri membersihkan diri lalu bersolat – 2 rakaat – kemudian memohon pengampunan dari Allah swt, melainkan dosa telah diampunkan. Kemudian dia membaca ayat ini :-“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal” -[surah Aali Imran 135-136]” (HR. Abu Daud, an-Nasaie, ibn Majah, al-Bahaqi dan al-Tirmidzi)

yg wajibnya adalah menyesal dan berazam tidak akan melakukan kejahatan itu lagi.. itulah syarat taubat nasuha..

Jadi, jika beliau bernikah sebelum sempat melakukan solat taubat, tiada masalah.. pernikahannya tetap sah, sekalipun beliau belum bertaubat.. sebab taubat daripada dosa itu bukanlah syarat sah nikah.. Cuma sebaiknya janganlah ditangguh2kan bertaubat ini.. kerana kita tak tahu bilakah akan sampainya saat kita (ajal) 😉

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

36 Comments

Add a Comment
  1. Betul tu ustaz. Jika hendak bertaubat,eloklah melakukan solat taubat. Mengadulah kepada Allah dan mintalah diampunkan segala dosa.

    Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Penerima taubat bagi hamba yang meminta keampunan.

    Sekadar pandangan.

  2. ustaz bagaimana klau org yg berdamping dgn makhlus halus adakah mereka juga perlu membuat taubat nasuha???(agak2 ada kena mengena x dgn yg tersurat & tersirat)hihi

    1. wahh.. soalan mencabar minda ni.. kihkih..

      berdamping dengan makhluk halus spt semut dan tungau, tiada masalah.. jaga jangan bagi kena gigit je..

      Kalau dengan makhluk jin, maka hukumnya haram.. sbb berdamping itu adalah dgn tujuan meminta pertolongan jin.. jika meyakini kehebatan dan keupayaan jin menyembuhkan penyakit dsb, maka boleh terjerumus dalam kesyirikan.. yg ni memang kena taubat nasuha dan membuang segala jin2 yg didampingi tu..

      Kalau nak buang, buang la jauh2.. jangan plak gi buang kat rumah jiran.. kihkih

  3. AsSalam Ustaz….

    sekiranyer solat taubat dilakukan selalu ,sebabnyer dikhuatiri kita terlakukan dosa2 kecil @ dosa2 besar tanpa di sedari, jadik sebagai langkah berhati dilakukan sekerap mungkin… mcm taip2 hari @ semimggu sekali @ sebulan sekali…. apa pandangan ustaz

    wasalam

    1. Assalam nafuha..

      Jika mampu, lakukanlah setiap hari sebelum tido.. jika tak mampu, buatlah sekadar yg kita mampu.. sebaik2nya, lakukan muhasabah diri sebelum tido agar kita dapat mengingat kembali apakah dosa2 yg kita lakukan sepanjang hari.. dari situlah, baru kita boleh kenalpasti jenis dosa yg kita lakukan. Dosa kecil cukup dengan istighfar atau melakukan amalan sunat spt mengambil wudhuk, solat sunat dsb.. sedangkan dosa besar, memerlukan taubat nasuha.. taubat nasuha ini tak semestinya kena solat taubat.. tetapi sebaik2nya dilakukan solat taubat dan diikuti dengan syarat2 taubat nasuha.

      Selebihnya, kita memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa yg kita tak sedar / tak ingat melakukannya 😉

      1. pernah tidak solat selama 10tahun
        skrg sudah insaf,menyesal,sudah bertaubat,semaye *taubat..
        saya ada tanya ustaz ada kata kena ganti solat tggl tu
        *ada ustaz lain kata,cukup dgn kita smaye taubat,azam jgn tggl solat lg,tggl larangan,buat baik.sedekah..
        *ada ustaz lain kata kena btaubat btl2,buat baik,dan ganti seberapa boleh ganti,sbb solat masa tggl dl xingt dh berapa..
        disini persoalan nya ustaz..cara bagaimana supaya taubat saya,saya dh btl2 insaf..utk diterima oleh Allah s.w.t..dan bagaimana cara solat yang tggl dulu tu diampun oleh Allah S.w.t..
        (sebabny ustaz.setelah sy sedar,insaf,meyesal saya mula solat.xprnh tggl dh skrg.saya bimbing isteri dan anak,cuma solat ganti saya xbuat,tapi pekara yg tidak baik saya xbuat dh,skrg sy buat baik,cuba bsedekah,cuba pegi masjid selalu..dekat dgn org2 masjid..cuma muskil psl solat yg dulu tggl tu..mcmn ustaz..

  4. ustaz:::..masa muda dulu
    start umur 17thn sapa umur 30thn..jarang solat,kebanyakkan lalai tggl solat,prnh jugak tidak solat..tapi skrg ustaz umur 31.saya start solat,xprnh tggl,saya solat taubat,sy betul insaf,meyesal sgt2.byk kesilapan yg di lakukan…cuma disini ingin saya tanya ustaz..adakah masa sy muda dl umur 17 thn sapa 30 tu..solat yg sy tggl tu prlu sy ganti semua..ustaz..tlg la pejelaskan secara jelas ustaz..sy inginkan bantuan ustaz.saya insaf dan myesal ustaz,,

    1. alhamdulillah.. syukur pada Allah kerana telah memberikan taufiq dan hidayah kepada saudara dan kita semua.

      Solat fardhu adalah wajib dilakukan.. dan jika ditinggalkan (sama ada dengan sengaja atau tak sengaja), wajib diganti.. cuma kaedah nak ganti itu, terpulang atas kemampuan saudara.. jika mampu, saudara boleh menggantikan solat yang pernah ditinggalkan dulu dan melakukannya tiap2 kali selepas selesai solat fardhu. Saudara berusahalah untuk menggantikan semua solat yang ditinggalkan itu.. insyaAllah, dengan niat dan usaha nak melakukan qadha solat, jika ditakdirkan tak sempat nak buat semua (sebab lebih dulu dijemput Allah), maka ia akan diampunkan oleh Allah..

      Walau sebesar mana pun dosa yg kita lakukan, ketahuilah bahawa keampunan Allah itu lebih besar lagi.. 😉

  5. pernah tidak solat selama 10tahun
    skrg sudah insaf,menyesal,sudah bertaubat,semaye *taubat..
    saya ada tanya ustaz ada kata kena ganti solat tggl tu
    *ada ustaz lain kata,cukup dgn kita smaye taubat,azam jgn tggl solat lg,tggl larangan,buat baik.sedekah..
    *ada ustaz lain kata kena btaubat btl2,buat baik,dan ganti seberapa boleh ganti,sbb solat masa tggl dl xingt dh berapa..
    disini persoalan nya ustaz..cara bagaimana supaya taubat saya,saya dh btl2 insaf..utk diterima oleh Allah s.w.t..dan bagaimana cara solat yang tggl dulu tu diampun oleh Allah S.w.t..
    (sebabny ustaz.setelah sy sedar,insaf,meyesal saya mula solat.xprnh tggl dh skrg.saya bimbing isteri dan anak,cuma solat ganti saya xbuat,tapi pekara yg tidak baik saya xbuat dh,skrg sy buat baik,cuba bsedekah,cuba pegi masjid selalu..dekat dgn org2 masjid..cuma muskil psl solat yg dulu tggl tu..mcmn ustaz.tlg jelaskn btl2 dan hukum yg btl supaya taubat dan keinsafan sy i termakbul..tlg ustaz..

    1. solat yang tertinggal itu kena diganti.. lakukan qadha solat pada waktu yg kita mampu dengan jumlah solat yg kita termampu untuk melakukannya 😉

  6. askum ustaz..saya nk tanya pasal solat dhuha..
    1.lps saya solat subuh perlu tido dulu ke sebab solat dhuha biasa kul8 – kul12..
    2.wajib kena solat dhuha 12 rakaat ke..
    3.rakaat petama baca ayat ape.
    4.rakaat kedua baca ayat ape.
    5.kalu betul kena solat 12 rakaat kena baca ayat yang sama ke atau lain lain..
    ustaz tolong jelaskan secara jelas,tq

  7. tertinggal solat subuh..semasa hendak smaye zohor saya qada subuh waktu itu..boleh ke ustaz…semasa qadar smaye subuh dalam waktu zohor kena smaye seprti biasa ke solat subuh tu..kena baca la doa qunum tu..

    1. boleh, takde masalah.. solat subuh qadha sama spt solat subuh tunai.. jadi, dinasihatkan agar qadha solat subuh tu di rumah supaya tak menjadi aib kepada kita..

      WA

  8. As-salam
    ustaz,sy mau bertanya..sy pernah melakukan zina dan ingin bertaubat. sy benci dan menyesal atas perbuatan sy dahulu..sy ada melakukan solat taubat.sy telah meninggalkan kekasih sy 2 tahun yang lepas kerana sy tidak mahu terus melakukan zina. sy sgt lemah ustaz.bila bersama dgnnya mesti sy akan melakukan perbuatan terkutuk ini. sy telah minta maaf dari kekasih sy atas perpisahan ini..dan die memaafkan sy..persoalan sy,adakah keputusan sy meninggalkan die ini betul?atau pun sy wajib menikahi die?bagaimana kalau sy jumpe orang len yg masih dara dan menikahinye tanpa memberitahu kisah silam sy?apa hukumnye..tolong ustaz..sy benar2 keliru..

  9. as salam ustaz..
    kita lari sedkt dari topik ini, bagaimana pula jikalau kita dlm dilema utk memilih teman hidup? sy telah b’kwn dgn ssorg hampir 3 tahun.namun sy menghadapi mslh d mana sy tidak tahu samada teman sy itu benar2 serius utk m’jdkan sy yg halal buatnya.byk cara telah d’lakukan termasuklah m’beri kata 2 pd beliau samada teruskan atau tamatkan.namun beliau masih tidak m’berikan keputusan.dlm masa yg sama, sy mahu d’jodohkan dgn ssorg yg tidak d’kenali.apa yg perlu sy lakukan ustaz? sy benar2 stress bila m’mikirkan usia yg s’makin mningkat (27 tahun) tetapi masih hidup solo..=(

    1. assalam..

      kalau tak tahu beliau serius atau tak, dan telah berterus-terang tapi dia buat dunno, itu tandanya beliau memang tak serius.. adalah lebih baik saudari mula berkenalan dengan seseorang yang nak dijodohkan itu, berbanding membuang masa menunggu buah yang tak gugur 😉

  10. Assalammualaikum Ustaz Love.. bagaimana pula bg orang yg melakukan dosa bagi soal duit.. jika mereka 2 segan dengan dosa yang dia lakukan iaitu dia ingin memulangkan duit kepada tuan nya tapi takut dosanya yang lalu diketahui oleh orang tersebut.. ada cara lain untuk menebus dosanya ?? inginkan bimbingan dari Ustaz..

    1. Waalaikumussalam..
      Syarat penerimaan taubat utk dosa sesama manusia perlu mendapatkn kemaafan manusia tsb. Dalam hal ini, boleh melihat kpd 2 mudarat, mana mudarat yg lebih ringan. Pilihlah yg lebih ringan. Cthnya jika dgn berterus terang bakal menyebabkn mudarat lebih besar spt ditumbuk, dihentak dsb, maka lebih baik sembunyikan identiti. Cuma kembalikan saja wang tersebut dan mohon maaf melalui e-mail cthnya. WA

  11. Assalamualaikum, sy baru bekerja di tempat baru dlm 3 bln. Selama 3 bln, sy perasan yg immediate bos lelaki sy tidak solat fardu & juga solat jumaat. ia telah membuatkan sy tidak tenteram. akhirnya minggu lepas sy antar text mssg mengingatkan dia pg solat jumaat & dia pergi. skrg ni sy dlm usaha utk cari keje lain kerana sy x mau bersubahat. Sy telah melakukan solat hajat & tahajud akan tindakan sy utk berhenti kerja di situ.Adakah sy telah melakukan perkara yg betul? Mohon pencerahan.

  12. sye mmpunyai seowg kwn,,,beliau melaku kn zina,,maksiat,,,dn telah hamil,,,dengn takdir tuhan,,,bayi yg dilahirkn tak cukup bulan,,,dn meninggal ,,,soalan pertama,,,adekah sah pde kedua2 nyer melakukan solat,,?sah kah mereka mengambil hadas besar??dn sah kah lelaki itu untok mnyempurna kan jenazah itu ???sah kah mereka sembyng ??tanpe melakukan solar taubat???

  13. kalau kita dah nazar ,dan kite terlupa .sperti ,kalau kita ulangi perbuatan itu lg.kite akan ditimpa musibah,apekah kesan nya??adakah kita akan ditimpa musibah sedangkn kita terlupa??

    1. itu bukan nazar.. itu sumpah orang Melayu lama..

      “Kalau aku buat lagi perkara ni, matilah aku dipanah petir”.. contohnya..

      musibah atau bala tiada kaitan dengan sumpah2 sebegini.. namun, tiada yg mustahil di sisi Allah..

  14. salam ustaz..mcm mne klu slat sy du2 xsah sbb skrg n bru sy sdar yg keputihan yg alami adalah njis..xley bwa smbhyg..solt2 sblm2 n mcm mne ya? sy kne qada blik or biarkn je sbb time tu sy xtau lg psl hal n?

  15. Assalamualaikum Ustadz,
    Mohon sedikit penjelasan dari Ustadz. Saya terbaca dalam blog tempohari tentang solat sunat Istaghafar. Adakah solat sunat ini sama dengan solat sunat Taubat?
    Terima Kasih.

  16. As salam ..
    saya kerap kali meninggalkan solat dan saya dah tak tahu dah berapa kali saya tinggal ..macam mana saya hendak menebus dosa saya ..??

    Wassalam ..

  17. As salam ustaz…
    jika melakukan taubat tetapi masih melakukan dosa..jadi tergolonglah dalam kalangan orang fasik…betul ke tak ustaz…saya tak faham..

  18. As salam ustaz..
    Jika melakukan taubat tetapi masih melakukan dosa..jadi tergolonglah dalam kalangan orang fasik…
    Betul ke tak ustaz..
    Saya tak tahu..

  19. As salam ustaz..
    Jika melakukan taubat tetapi masih melakukan dosa..jadi tergolonglah dalam kalangan orang fasik betul ke tak ustaz..
    Saya tak tahu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme