I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Perkaitan Nuzul Al-Quran Dan Lailatul Qadr

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Nys berkaitan Lailatul Qadr :

“Salam.. Sedikit kekonfiusan dalam diri nih.. Nuzul Quran hari sempena turunnya Al-Quran. Lailatul Qadar adalah malam di mana turunnya Al-Quran. So persoalannya, adakah Nuzul Quran dan Lailatul Qadar tu adalah hari yang sama?”

Persoalan bila berlakunya Nuzul al-Quran ini tidak dapat dipastikan dengan sejelasnya.. Ini kerana, banyak hadis yg menyatakan tentang tarikhnya yang berbeza2.. Namun, kesimpulan secara umumnya, Lailatul Qadr berada di dalam bulan Ramadhan. Dikhususkan lagi melalui hadis2 Nabi s.a.w. yg menyuruh mencari Lailatul Qadr pada malam2 ganjil pada 10 malam terakhir (malam ke 21, 23, 25, 27, 29)..

Perbezaan hadis2 yg menyatakan tentang waktu Lailatul Qadr ini menunjukkan bahawa Lailatul Qadr ini tidak tetap masanya.. mungkin juga tahun lepas berlaku pada malam ke 21 Ramadhan.. mungkin juga tahun ni berlaku pada malam ke 23.. mungkin juga 25..

Secara jujurnya, Ustaz Love sendiri pun tak pasti adakah al-Quran itu diturunkan keseluruhannya pada malam Lailatul Qadr (dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah) ataupun sebahagian al-Quran (ada antara ayat al-Quran) diturunkan pada malam Lailatul Qadr.. ataupun adakah Lailatul Qadr itu berlaku pada malam ke 17 Ramadhan..

Yg pastinya, hadis2 jelas menyuruh mencari Lailatul Qadr pada 10 malam terakhir. Ini kerana, sebaik memasuki 10 malam terakhir, maka Nabi s.a.w. mengikat ketat2 kain dan menambahkan lagi ibadah. Sebab itu, antara ibadah yg utama pada 10 malam terakhir adalah ibadah iktikaf.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
    1. 17 Ramadhan bukanlah sebahagian daripada 10 malam terakhir.. itu yg pasti.. dan yg pastinya lagi, Lailatul Qadr dan Nuzul Quran berlaku pada bulan Ramadhan πŸ˜‰

  1. assalamualaikum ust..
    ketika menghadiri terawekh,sy gemar tukar2 surau dan di masjid berdekatan.ade 2 situasi yg membezakan kedua-dua tmpt tersebut..
    di masjid,guna imam international…bacaannye i juzuk dan pjg2..acapkali sy sbg makmum yg alpa dan lalai ini termenguap dan amat2 tidak fokus..
    berbanding ngan kat surau, bacaan ayat lazim ringkas..tp sy dpt fokus dgn lebey jitu..
    pendapat sy yg mmg jahil ni,adakah lebih baik amalan sunat ini dibuat secara sederhana dan memastikan makmum lebey selesa dan fokus..bygkanlah para makmum ni terdiri drpd golongan yg bekerja dr pg ke petang,manakala kaum wanita yg kene pk hal ehwal umah tangga dan menu utk bersahur termasuk anak2..dalam pd masa yg sama,kami mmg amat ingin mengejar amal ibadat teraweh yg hanya dlm dilaksanakan sethn sekali sahaja..

    adakah sy berdosa kerana berpendapat sedemikian….

  2. Merujuk “Soal Jawab: Perkaitan Nuzul Quran dan Lailatul Qard”, ustaz masih lagi belum jawab soalan tentang perbezaan antara Nuzul Quran dan Lailatul Qadr, dan adakah Nuzul Quran dan Lailatu Qadr itu hari yang sama sebab kedua-dua hari tersebut di turunkan Al Quran. Yang bertanya dan juga saya ingin tahu adakah sebahagian diturunkan pada Nuzul Quran dan sebahagian lagi pada Lailatul Qadr.

    1. Ustaz Love dah nyatakan dalam entry.. iaitu perkaitan antara kedua2nya hanyalah kedua2nya dikaitkan dengan penurunan al-Quran.. juga dinyatakan dalam al-Quran bahawa malam al-Qadr itu adalah malam diturunkan al-Quran.. juga melalui hadis, dapat difahami bahawa malam2 ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan itu terdapatnya Lailatul Qadr..

      Sebenarnya, penentuan malam ke 17 Ramadhan sebagai Nuzul al-Quran adalah merupakan pendapat ulamak.. banyak juga pendapat ulamak yg lain.. ada juga ulamak yg menyatakan bahawa Nuzul al-Quran itu sebenarnya pada malam 21 Ramadhan (kalau ikut pendapat yg ni, memang takde masalah la sbb kedua2nya berlaku pada malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan). Ini semua berdasarkan tafsiran ulamak.. kita jangan berat2kan sangat fikiran.. sbb bukan tarikh itu matlamat kita, sebaliknya usaha memperbanyakkan ibadah itulah yg patut difokuskan.

      Berkenaan sebahagian atau keseluruhan al-Quran diturunkan, maka menurut para pentafsir, al-Quran diturunkan sekaligus pada malam Lailatul Qadr daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (Langit Dunia).. selepas itu diturunkan secara beransur2 selama lebih kurang 23 tahun kepada Nabi s.a.w., sama ada pada bulan Ramadhan, dan juga bulan selain Ramadhan..

      WA

  3. assalamualaikum..ustaz ni sy ada prtanya,jika seseorang melafaz kn janji tp dia xdpt tunaikn,dia ingkari janji2x nya,apa ka i2 satu ksalahan

    1. memang salah.. orang yg berjanji tapi tak menepatinya, mempunyai salah satu sifat orang munafik.. jika sengaja tak menepati janji, hukumnya haram dan berdosa (dgn syarat janji yg dibuat itu tidak melanggar batasan syarak)

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme