I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Nifas Dan Puasa

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Puan Nina..

“salam ustaz, saya ingin bertanya mengenai nifas kerana saya dalam tempoh berpantang dan hari ini adalah hari ke 43. Pada hari ke 39 saya dapati darah nifas saya kering dan saya berpuasa.Begitu juga pada hari ke 40.Tetapi pada pagi sahur hari yg ke 41, saya dapati darah nifas seakan coklat cair keluar. Selepas sahur saya mandi wajib, berharap darah tu akan kering.

Soalan saya:
1) Adakah 2 hari yang saya puasa tersebut sah atau tidak?

2) Bolehkah saya berpuasa esoknya (dgn mandi wajib)sekiranya, malam sebelumnya saya telah pasti tiada sebarang lendiran coklat keluar?

3) Saya keliru dgn maksud rupa dan jenis darah dan lendiran (kental) coklat yang cair seakan putih cair.

Mohon beri pandangan dan jawapan.”

Salam Puan Nina…

Ustaz Love cuba menjawab setakat termampu.. Ustaz Love sendiri bukanlah mahir sangat bab2 darah ni.. mungkin Puan Nina boleh dapatkan pandangan lain nanti..

Jumhur fuqahak menetapkan 40 hari sebagai tempoh maksimum untuk keluar darah nifas.. selepas 40 hari, jika darah masih keluar, maka ia dianggap sebagai darah istihadhah. Jadi, hari ke 41 itu telah melepasi tempoh maksimum, maka dikira darah istihadhah.

1. Jadi, sah puasa 2 hari itu. Kecuali jika pada hari ke 40, darah keluar kembali.. maka puasa sebelum ini tak dikira sbb dianggap masih lagi belum suci daripada nifas.

2. Bukan setakat boleh, tapi wajib puasa keesokannya.. sama ada dah mandi mandi wajib, atau belum mandi wajib, puasa wajib dilakukan.

3. Jika sudah melepasi 40 hari, maka tak kira mcm mana rupa darah itu, ia dikira darah istihadhah.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. assalamualaikum ustaz,bknkh tempoh nifas bg mzhab syafie paling lma 60hr? masalah sy sma mcm puan nina,sy dlm pntang skrg,hr ni adalh ke40.subuh td sy dapati drh nifas wrna kmerahn kluar semula,adakh sah puasa sy yg 4hr tu?sy mandi wajib satu hr sblm bln ramadan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme