I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Menyahut Panggilan Bapa

Salam…

Ustaz Love teruskan entry soal jawab ni.. esok insyaAllah, Ustaz Love akan sambung balik entry berkaitan puasa.. Soalan ni daripada Qusairy :

assalamualikum ustaz, salam ramadan.. sy nk tnya.. kakak sepupu sy kan ada masalah dengan bapa dia..
semasa kakak sy tu tengah fokus siap untuk memasak juadah berbuka ayah dia yang tek reti memahami panggil dia. pastu kakak pon kata sekejap nak masak ni…(masa tu tinggal 35 minit lagi nak berbuka)…
tapi ayah dia tadi panggil memekek2 nama kakak just untuk bagi tau benda kecil. jd akak sy tu pon terpaksa biar makanan yg dimasak tu macam tu ja… akak sepupu saya itu rasa geram sangat kerna ayah dia tak pandai paham dan tak reti sabar macam takda masa lain nak panggil dia. JD ADAKAH BENAR JIKA PARENT PANGGIL ANAK KENA TINGGALKAN SMUA BENDA OR KERJA DAN MENGHADAP PARENT WALUPON MACA MANA KEADAAN??? cth Klu kt di tandas pon org tua tk paham kt sakit perut.. nk jgk kt jumpa parent camna tu? btl ka klu kt tengah solat pon klu dorg panggil kt kena stop solat????

Salam Qusairy..

Kalau tengah melepas pun, bleh berlari kuar jamban semata2 nak menyahut panggilan ibu bapa, itu namanya anak terlebih taat.. kihkih.. maaf.. Ustaz Love bergurau je..

Asas kepada ketaatan adalah mengikut ranking spt yg dinyatakan dalam al-Quran dan al-Hadith :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

2. Taat kepada ibu

3. Taat kepada bapa

Itu dari sudut kekeluargaan.. kalau dari sudut kenegaraan dan pekerjaan, maka taat kepada pemimpin juga adalah wajib.

Taat kepada Allah dan RasulNya adalah tanpa kompromi.. maksudnya, kena taat membuta tuli dan tak pertikai apa2 dah.. kalau Allah kata babi tu haram dimakan, tak makan dah.. tak pertikai pun Allah larang makan babi tu sebab apa.. sbb babi makan benda kotor ke, sbb babi ada cacing pita ke dsb.. Sbb kalau suatu hari nnt, teknologi dah semakin canggih, para babi cuma diberi makan pil je (kandungannya makanan berzat) untuk tumbesaran, dan teknologi juga berjaya membunuh cacing pita dan segala kuman2 yg ada dalam daging babi, adakah ketika itu hukum babi berubah menjadi halal? Sudah tentu tidak..

Cuma, bab ketaatan kepada manusia ini kena tengok jenis arahan / suruhan itu.. selagi ianya tak menyuruh kepada melakukan maksiat, maka wajiblah ditaati.. Namun begitu, ia masih tertakluk kepada logik tak logik sesuatu arahan itu.

Jika ibu menyuruh untuk mengorek hidung ketika berbuka puasa, maka itu bukanlah suatu arahan yg wajib ditaati.. kerana akal logik mengatakan bahawa perbuatan itu menyalahi adab dan adat, sekalipun mengorek hidung itu sendiri bukanlah perbuatan maksiat (berdosa)..

Kalau tengah memasak dan dipanggil oleh ibu bapa, maka fikirlah secara logik.. tutup dulu ke api, perlahankan api ke.. kemudian, pergi la menyahut panggilan ibu bapa.. dalam hal ini, kena tengok keutamaan.. membiarkan makanan yg dimasak begitu saja boleh menyebabkan hangit dan akhirnya membazir (takde sapa nak makan gulai hangit dan ikan rentung).

Jadi, tidaklah semestinya kalau ibu bapa panggil maka kena tinggal semua kerja.. kena tengok juga pekerjaan yg kita tengah lakukan.. ada pekerjaan yg kita kena selesaikan dulu, tak bleh tinggal separuh2.. contohnya macam memasak.. cuma bleh adjust la ikut keadaan..

Memang panggilan ibu bapa itu wajib disahut, bahkan dibolehkan menyahut panggilan ibu bapa (dalam solat sunat.. maksudnya membatalkan solat sunat.. kalau solat fardhu, tak boleh menyahut panggilan mereka).

Dari sini pun kita bleh amik iktibar, jika panggilan itu lebih penting daripada perbuatan yg tgh kita lakukan, maka kena dahulukan panggilan ibu bapa (contohnya mak menjerit panggil sbb ada ular masuk rumah, maka wajib la pergi cepat2 dan meninggalkan pekerjaan kita yg tengah memasak itu dalam keadaan api dah ditutup.. bukan susah pun kan?).

Tapi kalau tengah melepas, maka jangan la potong separuh tahi tu semata2 nak berkejar menyahut panggilan ibu bapa.. sbb dalam toilet makruh hukumnya berkata2.. cepat2 selesaikan (pastikan dah dibasuh.. kihkih) dan selepas tu, pergilah jumpa ibu bapa yg memanggil itu sambil meminta maaf sbb tak bleh nak datang cepat.. tgh ada urusan dalam bilik kecik..

InsyaAllah, ibu bapa akan memahaminya.. kalau beliau tak paham2 gak, cuba kentut sekali kat situ supaya mereka dapat membayangkan bagaimana seksanya bau angin kentut, apatah lagi bau tahi yg tidak dibasuh.. yg ni pun Ustaz Love gurau gak.. banyak betul la gurau malam2 ni.. minta maaf ye πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
  1. Salam ustaz. Musykil lagi ni. kalau masa kita tengah solat fardhu, mak ayah (tak tahu kita tengah solat, sebab solat dlm bilik) panggil kita sampai kali ketiga, wajib tak kita berhentikan solat tu? maksudnya kali pertama dan kedua still ok lg tak jawab panggilan tu.

    1. Salam amy..

      Mak ayah panggil seratus kali pun tak bleh berhentikan solat fardhu.. cuma boleh disegerakan solat dan menyahut panggilan selepas selesai solat.. kecuali jika dikhuatiri ada kecemasan (ye la.. dah sampai seratus kali panggil, mesti la ada kecemasan.. ye tak?).

      WA

  2. kihkihkihkih…ustad terlebih dos kot tu yg byk gurau tuh kihkihkih…ustad camne dorg yg komen blog ustad ni bleh buh pic? saya pun nak letak gak kihkihkih soklan lari topik ngeeeeeee

  3. yg saya tau lau kite smbhyg…kite mmg xleh stop kan….tp ustaz…kalau kite tgh sbhyg…tetibe de pencuri ke umah terbakar ke…leh berenti sbhyg x?

    1. itulah yg dikatakan kecemasan.. wajib la berhenti ketika itu.. kalau tak, jadi BBQ la kita..

      Kalau part pencuri masuk rumah tu, Ustaz Love rasa better teruskan memakai telekung dan menutup lampu.. lepas tu buat suara mengilai2 sket.. bg pencuri tu takut.. sbb hantu melayu kan suka pakai telekung.. kihkih.. πŸ˜€

  4. Ana der dgr..kalu tgh wat solat fardhu,tetiba ibu/ayah panggil..kita mmng x bole stop xp disuruh perkuatkn skit volme suara tu msa bc surah al-fatihah ka,surah2 lazim ka n takbir.. btulkah?

  5. Bagaimana pula kalau rakan memanggil kita semasa tgh solat, adakah kita perlu menyegerakan solat ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme