I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Mandi Wajib (Sesi Ulangkaji)

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada tornado :

salam ustz โ€ฆsebut pasal mndi wajib..ble tlong buat entry pasal mandi wajib x..sy ingat2 lupa la pasal kumur2 mulut,masuk air dlm hidung n telingaโ€ฆsunat ke wajibโ€ฆ

Ustaz Love tak pasti pernah buat entry pasal mandi wajib ke tak.. tapi tak kisah la.. memandangkan ramai gak yang bertanya pasal mandi wajib (kes mengeluarkan air mani dengan sengaja), maka anggap saja la entry ni sebagai entry ulangkaji.. Sekurang2nya teruna2 yg masih suci itu boleh refresh balik apa yang pernah dipelajari secara teori suatu ketika dulu ๐Ÿ˜€ ..

Perkara yang mewajibkan mandi ni adalah haid, nifas, keluar air mani (sama ada sengaja atau tak) dan jimak (memasukkan hasyafah (kepala kemaluan) secara sempurna (sampai tenggelam takuknya) ke dalam qubul atau dubur, sama ada kepunyaan manusia mahupun haiwan).

Keempat2 perkara di atas ini juga menyebabkan puasa terbatal (kecuali part keluar air mani, jika sengaja keluarkan, maka batal la puasa.. kalau keluar secara tak sengaja, maka tak batal puasa.. jimak / bersetubuh takde isu sengaja tak sengaja ni.. jangan plak memandai kata ada jimak secara tak sengaja).

Rukun mandi wajib ni ada 2 saja iaitu niat dan meratakan air ke seluruh tubuh badan yg zahir (bukan yg dalam2 lubang tu seperti rongga hidung, rongga mulut, rongga telinga, rongga qubul dan rongga dubur).. Maksudnya, selain daripada itu, maka tak jadi masalah kalau tak buat.. Cuma, untuk mendapatkan kelebihan dan kesempurnaan mandi wajib ni, maka kalau mampu sertakan la sekali perkara2 sunatnya..

Ustaz Love tak nak masukkan semua sekali dalam ni, nanti jadi panjang.. kalau ada apa2 pertanyaan, insyaAllah Ustaz Love akan cuba jawab dalam entry lain supaya memudahkan proses pencarian..

Jadi, nak cerita bab niat dulu.. iaitu lintasan hati mandi wajib yg mengharuskan perkara2 yang dilarang sebelum itu (semasa masih berhadas besar spt solat). Nak baca niat pun takde masalah, tapi yg wajibnya adalah niat dalam hati.

Waktu berniat adalah ketika air yg mula2 sekali dijirus sampai ke mana2 bahagian badan.. kalau jirus kepala, maka sebaik air mencecah kepala, maka ketika itulah kena berniat. Lepas tu ratakan la air kat segala celah2 bedah yang ada.. termasuk juga celah2 rambut, celah2 janggut, celah2 bulu ketiak, celah2 bulu pubic (bulu hari2) dan segala bulu2 yg ada kat tubuh badan.. termasuk juga kena ratakan air ke bahagian2 berlipat spt celah2 lipatan perut, lipatan kaki , lipatan lemak, punggung dsb.

Termasuk juga celah2 telinga bahagian luar cuping dan bahagian dalam cuping (mcm basuh telinga ketika wuduk tu).. tak perlu la nak sembur air paip ke dalam lobang telinga.. juga celah2 kuku kaki dan tangan.

Biasanya kena mencangkung gak, baru mudah air nak sampai.. yg wanita plak, had kemaluan yg perlu diratakan air adalah yang zahir semasa mencangkung.. tak perlu ke dalam2 sangat, batal puasa nanti.

Itu saja.. mudah kan? Kita selalu terfikir macam susah mungkin sbb kita ni jenis mandi koboi.. lepas mandi pun, taik mata masih bersepah2 lagi.. itu yg macam leceh nak kena ratakan air ke seluruh badan..

Tapi sebenarnya ia sangat membantu dalam penjagaan fizikal kita.. kadang2 kita terlupa nak gosok2 dan kenakan air kat bahagian2 tersorok.. tau2 bila dah kena kurap, baru perasan yg bahagian tu dah lama tak dibersihkan.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

74 Comments

Add a Comment
  1. dulu saya pun tatau ustad, ada kawan dr kedah yg terang kan mcm ustad ni. malu nye selama ni mandi wajib (haid ye) tak berapa sempurna. tp dah tau ni harap sempurna la kan ustad.

    psst ustad nape pic sy tak kuar gak?????

    1. kesian kawan tu.. jauh2 datang dari kedah semata2 nak terangkan pasal mandi wajib.. semoga Allah memberikan keberkatan hidup kepada kawan itu yg telah bersusah payah demi nak menyampaikan ilmu.. dalam belajar ni, jangan malu2.. sbb malu itu la yg menyebabkan dah beranak cucu pun, hal2 basic mcm mandi wajib tak settle2.

      pic tu ada kaitan dengan e-mail.. dah cek e-mail ke, dia suh activate akaun ke apa ke.. Ustaz Love pun dah tak ingat.. lama dah entry tu ๐Ÿ˜‰

  2. sesi ulangkaji ni..refresh balik..terima kasih ustaz..

    sekarang ni timbul isu pasal larangan menggunakan pembesar suara untuk alunkan bacaan al quran di masjid pada waktu sebelum subuh..

    apa pandangan islam dalam bab ni?

    saya teringat dulu ada seorang ustaz mengatakan (dengar dalam cd, takleh nak tanya), jika kita mengaji al quran tetapi sehingga mengganggu orang lain cthnya sedang solat, tidur dll, haram hukumnya..

    mohon pencerahan..terima kasih

      1. assalamualaikum

        sy ada soalan lg *maaf ye ustaz, byk tanya sbb xbyk ilmu :)*

        sy slalu dgr, cara mndi hadas prlu dmulakan dgn wuduk. pastu mndi (ratakan air). smsa ratakn air tu xblh sentuh bhgian kmaluan/punggung sbb nnt tbatal wuduk

        yg sy confuse, klu dh nk ratakan air ke SELURUH bdn, mstila sentuh bahagian2 yg sy sebut td. mcm mana nk pelihara wuduk klu cmtu?

        1. waalaikumussalam..

          part tu nanti Ustaz Love terangkan dalam entry lain.. sbb ia termasuk dalam perkara sunat ketika mandi wajib.. agak panjang nak terangkan kat ruangan komen ๐Ÿ˜‰

  3. salam ustaz

    dihujung zakar lelaki ada belahan tempat keluarnya air kencing……saya dah basuh di belahan tersebut….tetapi kemudian sewaktu meneran untuk basuh bahagian belakang….air kencing terkeluar….kemudian saya teruskan sahaja membasuh dari peha ke kaki dan habis begitu sahaja….adakah sah mandi wajib tersebut???

    1. salam selam..

      mandi wajib tersebut sah.. sbb keluarnya air kencing takde kaitan dgn mandi wajib.. mandi wajib setakat mengangkat hadas besar, sedangkan kencing itu hadas kecil.. hadas kecil cuma terangkat dengan wuduk..

      kecuali la jika dah ambil wuduk sebelum mandi wajib, maka wuduk yg itu kira terbatal.. dan perlu ambil wuduk baru sekiranya nak solat ๐Ÿ˜‰

  4. ad lg stu ustaz…..saya dah basuh bahagian tangan sebanyak 3 kali tapi….kiri dan kanan….tapi lepas dah mandi….sy rase mcm tak kena pada bahagian celah tangan….tapi lame jugak saya cuci bahagian kuku. was-was….camene tu ustaz

    1. kalau dah yakin air dah sampai ke seluruh tubuh semasa mandi, maka abaikan je keraguan yg datang selepas selesai mandi.. sbb ragu2 dan was2 itu adalah daripada syaitan ๐Ÿ˜‰

  5. Salam..saya sudah basuh di celah-celaj telinga tapi masih was-was sama ada saya basuh atau tidak.Adakah sah solat saya?

  6. Salam ustaz. Saya was-was dalam mandi wajib saya.Saya sudah basuh pada dalam dan luar cuping telinga tapi saya rasa mcm air tak kena pada telinga.Was-was..

    1. Salam nadiah..

      Kalau dah basuh, mcm mana boleh rasa tak kena? Ini adalah permainan syaitan dalam membisikkan rasa was2.. yakin saja, insyaAllah hilang la was2 tu ๐Ÿ˜‰

      1. as salam ustaz sy mau bertanye klu mimpi “bnda tu” tp x kuar air mani kne mndi wajib x sy keliru la ustaz was2 jdnye…

        1. Yang mewajibkan mandi itu adalah disebabkan keluarnya mani, bukannya disebabkan mimpi. Kalau keluar air mani tanpa mimpi pun, wajib mandi. Kalau mimpi tanpa keluar mani, tak wajib mandi.

    1. Salam anon..

      Tak sah mandi wajib kerana cuping telinga termasuk dalam kategori anggota zahir yg wajib dikenakan air ๐Ÿ˜‰

      1. salam ustaz, saya ada terbaca dalam artikel pasal niat mandi wajib ni
        “Isu niat adalah antara yang paling sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang. Faktornya, pendidikan awal di sekolah. Para pendidik agama sering menekankan perkataan โ€œSahaja akuโ€ฆโ€ dalam berniat.

        Apabila niat itu rukun, maka perkataan tersebut wajib dicetuskan dalam hati sebagai tanda kita berniat. Ini adalah tanggapan yang salah, malah amat sukar untuk diperbetulkan. Baca entri โ€œAntara niat dan lafazโ€ yang pernah saya tulis beberapa ketika yang lalu.

        Pendek kata, maksud sebenar niat ialah perbuatan yang dilakukan dalam keadaan sedar. Yang dikatakan tidak niat itu ialah sama ada dia melakukan sesuatu itu dalam keadaan mengigau, atau terlupa, atau nyanyuk, atau berkhayal.ร‚ Selain daripada itu, semuanya berniat.

        Oleh itu, niat mandi wajib itu hadir dengan sendirinya apabila anda ke bilik mandi untuk mandi wajib, seterusnya memulakan mandi itu, sehingga selesai. Maka tidak timbul nak niat masa mana.”

        soalan saya,jika saya tetapkan niat nak mandi wajib seperti”aku nak mandi wajib lah”,kemudian saya terus jiruskan air ke badan saya tanpa hiraukan sama ada niat itu selari dengan jirusan air yang pertama ,adakah sah mandi wajib saya? saya keliru dengan artikel2 yang dibaca kerana berbeza dari segi cara niat.

      2. ustaz, sekiranya selepas mandi wajib, dan telah berwuduk untuk solat, baru perasan tapak kaki ada kesan hitam, perlukan sy ulang semula mandi wajib? sy telah pun keringkan badan, dan rambut.. rambut masih basah(lembap).. ada pendapat menyatakan hanya cuci kotoran dan wuduk semula…

  7. Assalamualaikum Ustaz.

    Tentang mandi wajib, sedia maklum bahagian telinga, wajib dikenakan air pada yang zahir sahaja. Soalan saya, kerak/lendir di kawasan-kawasan telinga itu menghalang air sampai tak? Perlu hilangkan dahulu?

    Lagi satu, orang kafir ucap Selamat Hari Raya kepada kita, apa perlu kita jawab?

    Syukran

    1. jika kerak itu menghalang sampainya air ke kulit (disebabkan ketebalannya), maka wajib bersihkan kerak2 itu dulu. Kalau tak boleh bersihkan dan menyebabkan luka2, maka bersihkanlah sekadar termampu.

      jika orang kafir ucapkan Selamat Hari Raya, kita jawablah : “Terima Kasih.. Duit Raya takde ke?”..

      1. Okay jelas Ustaz. Syukran ๐Ÿ™‚

        Tentang pergerakan dalam solat lagi, sedia maklum ambil nafas dan hembus ada gerakan badan (turun-naik), kena kawal dari 3 kali beturut-turut ya Ustaz?

        1. pergerakan nafas tidak dikira sebab ia bukannya pergerakan dlm kawalan.. sama seperti pergerakan disebabkan batuk, bersin berkali2 dsb yang di luar kawalan kita.

          1. Syukran. Jelas Ustaz ๐Ÿ™‚

            Nak tanya lagi, apa hukum makan tanpa basuh tangan? Adakah makanan yang dipegang dikategori ‘kotor’? Boleh jatuh haram ke?

          2. makan tanpa membasuh tangan menyalahi sunnah.. hukumnya adalah makruh. Jika tangan itu bernajis, maka haram makan makanan yg dipegang dengan tangan tersebut.

      2. Ustaz saya nak tanya dapatkah mandi biasa dulu baru mandi wajib dan tidak menutup aurat tetapi hanya menutup kemaluan

  8. Jelas Ustaz ๐Ÿ™‚

    Soalan lagi, apa hukum delete file ceramah agama, mp3 bacaan alquran dan sebagainya dari hp, laptop, pc dan sebagainya?

      1. Jelas Ustaz

        Sambung tentang whitehead dan blackheads atau kupilan kuning kecil, jika di bahagian hidung atau bibir atau sebaginya, adakah ia menghalang air wuduk atau air mandi wajib sampai?

        Syukran.

  9. Saya lupa tanya Ustaz.

    Jika whiteheads/blackheads yang ter’pecah’ atau terkeluar sedikit, hukumnya sama? Dikira kulit?

    Lagi satu, wajib kah hadir jika dijemput ke open house hari raya tetapi pencampuran lelaki perempuan tidak terkawal disangka kuat akan berlaku?

    1. Ya.. Masih dikira kategori kulit..
      Jemputan yg wajib adalah jemputan walimah..yg lain adalah harus..jika diyakini berlakunya pergaulan bebas, maka makruh menghadirinya.. WA

  10. assalamualaikum.
    saya tidur pada malam hari dan kemaluan saya tiba2 terangsang. saya tidak pasti samada keluar mani atau tidak. Dalam masa yang sama saya sudah habis haid.
    saya mandi wajib berniatkan โ€ sahaja aku mengangkat hadas besar kerana haid kerana Allahโ€ tanpa menyebut kerana keluar mani.
    Sah atau tidak mandi wajib saya.

  11. asalamuailaikum ustaz… ๐Ÿ™‚
    sy masih keliru tentang niat semasa mandi wajib..adakah niat mandi wajib perlu dlakukan SEMASA air sampai ke salah satu bahagian badan contohnya kepala atau niat SELEPAS air tu sampai ke bahagian badan??
    sy pernah trdengar ceramah dari seorang ustaz,katanya niat dilakukan selepas air sampai ke bahagian badan..katanya lagi ianya harus mengikut tertib/urutan..
    sy benar2 keliru dan mohon ustaz jelaskan untuk mengelakkan kekeliruan dan rasa was2 saya..wasalam..

  12. Ustaz,nak tanya jika seseorang tu mandi wajib,tapi dia tak meratakan air dibahagian cuping telinga (seperti basuhan telinga ketika wuduk) disebabkan kejahilan beliau selama ini.Adakah dia berdosa.dan adakah ibadat lain yg dibuat juga tidak diterima Allah dan berdosa.Kini beliau baru tahu dan bertaubat kepada Allah atas kesilapan yg dilakukannya.Adakah perlu dibayar ibadat lain yg dibuat selama ini.

    Mohon penerangan.

  13. Salam ustaz , contoh kita tak niat tuk istinjak basuh kencing tpi ketika mandi hadas kita bersihkan tmpt tu, sah ke tidak mandi wajib??

  14. salam ustaz.macam mana jika saya yakin saya mandi wajib dengan betul tapi dalam solat saya ternampak celah kuku hitam tapi bila saya check takde kotoran pun?kira was-qas sekejap.adakah batal mandi wajib saya?

  15. Assalamualaikum ustaz love. Bagaimana kalau sebelum mandi kita sudah berniat untuk mandi wajib.. Tetapi ketika sdg mandi.. Terlupa pula hendak baca doa mandi hadasnya. Macam mana tu ustaz?

  16. Salam ustaz love,
    Bagaimana jika saya telah mandi wajib sering timbul rasa was-was. sebagai contoh setelah siap mandi timbul rasa was-was adakah air terkena telinga oleh kerana tidak mengingati sama ada telah menyentuh telinga sewaktu mandi. padahal semasa belum keluar saya rasa yakin, tapi lain pulak jadinya selepas keluar dari bilik air.

    1. Itu maksudnya saudari sedang ditipu oleh syaitan. Banyakkan istighfar dan isti’azah (a’uzubillah..) dan berdoa pada Allah semoga dibuang perasaan was2 tersebut.

  17. Salam ustaz, sekiranya seseorang itu keluar mani kemudian belum sempat mandi wajib, terus didatangi haid, bagaimana dia nak mandi wajib? adakah perlu mandi sekali dengan dua niat atau boleh mandi sekali dengan guna satu niat untuk keduanya?

  18. Assalammualaikum, ustaz.. Saya ikut air ‘hujan’ dlm bilik air.. Saya gosok semua bahagian kecuali telinga.. Xpakan?

  19. assalammualaikum ustaz.. nak bertanya.. selepas keluarnya air mani, boleh ke kita terus mandi wajib?? atau pun kne tggu 1 tempoh masa baru kita boleh mandi wajib.. sbb kadang2 ada air mani lebihan yang keluar lambat.. harap faham soalan saya nie ye.. trima kasih ustaz..

    1. Boleh terus mandi.. jika keluar lebihan mani selepas mandi, tak perlu ulang mandi wajib kerana itu adalah sisa mani sebelumnya.

  20. Assalamualaikum ustaz, memasukan air ke dalam celah2 kuku jari tangan dan kaki tu waktu mandi wajib dimestikan kh ustaz? Kalau tak dimasukkn air masih kira sah mandi wajib ustaz?

  21. Aslm @ Ustaz.

    Klau sya tertngal ketiak… slpas itu saya msuk bilik mandi smula dan basuh ketiak sya. Sah x mandi wajib tu?

  22. assalam,tuan..saya mandi wajib berdiri.kemudian semasa nak membasuh bahagian dubur dan kelengkang,saya duduk bertinggung sedikit dan gosok dengan tangan bahagian dubur disebelah luarnya sahaja tetapi saya tidak korek lubang dan meneran dubur itu.saya hanya meratakan dibahagian luar saja tanpa usik lubang dubur itu.adakah sah mandi wajib saya itu tuan??

  23. Saya nak tanya Ustaz..macam mana kalau dah selesai Mandi wajib..selang beberapa jam baru saya perasan masih ada sedikit buih sabun di badan.jadi saya rasa was2.adakah saya perlu mengulangi Mandi wajib?

  24. Assalam ustaz…
    1)saya sering merasa was was ketika mandi wajib dan menyebabkan saya selalu mengulangnya.kalau saya mandi wajib dan berniat untuk membatalkannya kerana tidak mahu mengikut hasutan syaitan.adakan mandi wajib itu batal?
    2)kalau saya mandi wajib 2 kali dan merasa lebih yakin dgn mandi wajib yg pertama adakah mandi itu dikira?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme