I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Mandi Selepas Balik Dari Kubur

Salam…

Kali ni tibalah masanya Ustaz Love nak kena menjawab soalan daripada CIK Jiejah Gorjes (saje je highlight tang CIK tu.. mana la tau kot2 bertemu jodoh dgn pengunjung blog Ustaz Love.. bleh Ustaz Love tumpang makan nasik minyak.. kihkih) :

pagi raya kite biasa ziarah kubur kan ustad. pehtu baru kite ziarah sedara mara kat rumah dorg kan ustad.

soklan kemoskilan saya kan ustad, org kata kalo kite balik dr kubur tak leh sentuh budak kecik. so mcm kes raya ni camner ustad? sbb sy baru je dpt anak sedara bleh ke sy baru pas ziarah kubur peh tu gi beraya ziarah anak sedara sy tu???

Ustaz Love biasa ziarah kubur petang Ramadhan terakhir.. masa tu tak ramai orang datang ziarah.. jadi bleh la melepak kat kubur sambil mengenang kisah lama (kebetulan kubur arwah mak dan ayah Ustaz Love berdekatan). Kalau menangis time tu pun, takde orang nampak.. jadi, takde la jatuh saham Ustaz Love di tepian kubur.

Bagi sesiapa yg menziarah kubur selepas solat sunat Hari Raya, pun takde masalah.. nak gi kubur sebelum solat sunat pun takpe.. nak gi tengah malam raya pun takde masalah.. tiada waktu dihadkan.. kalau berani la.. kihkih..

Cuma tak perlu terlalu lama kat kubur tu.. siap baca yasin buat tahlil dsb.. itu belum masuk part drama swasta dengan air mata, berpeluk2an mengerat silaturrahim, bersalam2an antara bukan mahram, berpakaian artis (pakai baju kelip2) yang menyilaukan mata.. itu semua merupakan gangguan2 yang wujud di tanah perkuburan. Cukup la sekadar ziarah dan berdoa.. kemudian balik la.. kesian kat tetamu tunggu depan rumah nak beraya.

Kalau dah balik kubur tu, elok la mandi.. Ustaz Love takde jumpa dalil yg menyuruh mandi selepas ziarah kubur (kalau ada sesiapa yg terjumpa, mungkin bleh bantu Ustaz Love).. cuma, yg Ustaz Love katakan elok tu, sebab bila kita melawat kubur, kita biasanya duduk atas tanah / lapik tikar.. tak bleh duduk atas kubur orang lain mahupun bersandar pada batu nisan atau kepoknya.. jadi, kalau tak punggung kita melekat tanah, tangan mungkin akan melekat tanah dan kita sapu2 plak kat muka (masa nak kesat peluh ke)..

Paling tak tahan, ketiak juga masa tu mungkin dah berbau hangit.. maka, ada baiknya kita balik dulu bersihkan diri supaya lebih segar dan memberi bauan yang menyegarkan sebelum berziarah ke rumah orang.. Jangan kata baby, bai roti tak tahan bau ketiak hangit itu.. Jangan kata nak sentuh, nak dekat pun baby tu rasa tak selesa.. sbb ada bau yg memeningkan kepala baby itu..

Jadi, mandilah untuk kesegaran.. bukannya sbb menyangka ada benda yg mengikut.. kalau mandi sbb berkeyakinan untuk menghilangkan benda yg mengikut, bleh terjatuh dalam perbuatan syirik (walaupun asalnya mandi itu hukumnya harus)..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment
      1. -Jiejah Gorjes,borang kat ust pun ada kosong lagi…hehhehe
        -tazkirah baru2 ni ada kata makruh hukumnya ziarah kubur pd 1 hari raya:
        1.sbb hari raya bertujuan mengeratkan silaturahim dan kunjung mengunjung bg org yg masih hidup.klau nak p,elok pd petang terakhir ramadhan.
        2.sbb menyamai kaum>…………..(lupa plak).mereka ini mmg akan menziarahi pusara pd raya pertama mereka.
        WallahuA’lam.
        -tentang berkaitan mandi selepas pulang dari kubur tu mmg biasa kakjem dgr,tapi tu dlm kes org ya baru meninggal.(tujuannya utk mengelakkan badi mayat)WallahuA’lam

        1. – Ustaz Love takde simpan borang tu.. sbb Ustaz Love bukan jurunikah.. kalau kakjem nak bermadu nanti, bleh bagitau. nnt Ustaz Love tanyakan kat member prosedur poligami.. kihkih

          1- ziarah kubur asalnya adalah harus.. tiada masalah nak ziarah bila2 pun, termasuk la juga pagi raya.. cuma, haram menetapkan bahawa hanya hari raya saja boleh ziarah kubur / ziarah kubur mesti dilakukan pada pagi raya.. kalau tak, raya tak sah (contohnya)..

          2. yg ni Ustaz Love tak pernah dengar.. ada kaum yg ziarah kubur pagi raya mereka.. sbb setahu Ustaz Love, raya puasa je yg orang raya lama2.. kalau kristian, diorg raya sehari je.. deepavali pun sehari gak.. buddha pun sehari gak.. kaum mana tu?

          – wujud ke badi mayat? mempercayai badi mayat hukumnya adalah syirik.. kerana mayat itu tidak dapat memberi manfaat mahupun mudarat kerana beliau telah mati.

          WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme